Ambil alih konsesei tol bukti PH tunai janji
Cadangan pengambilalihan empat konsesi tol membuktikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mampu menunaikan janji. Sekali gus menutup mulut pembangkang yang melancarkan kempen ‘kencing-hancing-pering’ selama ini. Kononnya PH menipu dalam janji menurangkan kos sara hidup rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai, langkah pengambilalihan itu juga akan menjimatkan wang kerajaan dalam membayar pampasan sekiranya kadar tol sedia ada mahu dikekalkan.
“Langkah Kerajaan PH mengambil-alih konsesi tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Smart Tunnel (Smart) bertujuan untuk menjimatkan wang pembayar cukai sebanyak RM5.3 bilion.
“Langkah ini juga diambil agar diskaun tol boleh diberikan kepada para pengguna. Ia membuktikan Kerajaan PH sedang berusaha untuk meringankan beban hidup rakyat,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.
Sehubungan itu, Chan menyeru agar pembangkang tidak lagi memutar belitkan langkah PH dalam menurunkan kos sara hidup. Walaupun skandal 1MDB hampir memufliskan negara, namun menurut Chan, kerajaan tetap bersngguh-sungguh menunaikan janji manifesto
“Saya harap rakyat faham akan situasi yang dihadapi oleh kerajaan. Walaupun ramai pihak berkata kita patut berhenti menuding jari kepada mantan Perdana Menteri, Najib Razak dan pentadbirannya yang menyebabkan kesusahan kita.
“Saya berpendapat kita harus mengingatkan dan menegaskan kepada rakyat peranan Najib ini, kerana kalau tidak dilakukan, rakyat akan lupakan ‘faktor Najib’ dan akan menuduh PH pula yang menyusahkan mereka,” ujar Chan.