Dikunjungi mantan Pengerusi Hamas, Khaled Mashal bersama delegasinya di pejabat hari ini.
Kami sempat menyentuh beberapa isu penting terkait Palestin:
- Hamas menyampaikan harapan mereka agar saya dapat memainkan peranan dalam membantu dunia Arab
- Peranan tokoh-tokoh Islam juga perlu diserlah dan diketengahkan dalam membantu Palestin menamatkan keganasan.
- Memohon sokongan berterusan kepada perjuangan Palestin bagi menamatkan pendudukan Israel.
- Juga berbincang mengenai tawaran ‘deal of the century’ yang dikemukakan Amerika Syarikat bagi menamatkan perjuangan Palestin yang semestinya akan ditentukan oleh kehendak dan iltizam warga Palestin.