Pagi tadi ketua Pemuda AMANAH Sabah , Saudara Khairuddin Daud bersama pemuda dan ahli AMANAH Sabah daripada Sandakan dan Batu Sapi telah membuat laporan Polis terhadap Calon Bebas PRK Sandakan , Hj.Hamzah Abdullah kerana menggunakan logo Parti AMANAH semasa berkempen di Pasar Bandar Kim Fung.
Tindakan ini dilihat seolah cuba melakukan provokasi terhadap calon DAP dan AMANAH Sabah. AMANAH bersama KEADILAN, WARISAN, PPBM serta UPKO menyokong penuh calon DAP saudari Vivien Wong pada Pilihanraya Kecil Sandakan serta turut bersama turun berkempen.
Untuk pengetahuan Hj.Hamzah Abdullah telah keluar dari AMANAH pada 26 April 2019 selepas meletakkan jawatan Pengerusi AMANAH Sabah pada Ogos tahun lalu.
AMANAH Sabah juga memberi amaran tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli AMANAH yang berkempen membantu calon BEBAS atau mana-mana parti pembangkang lain.