MB TIDAK DILANTIK PENGERUSI BERSATU JOHOR, MASIHKAH TUN MAHATHIR BERDENDAM DENGAN MUHYIDDIN?


Ternampak ada sesuatu yang pelik dan ganjil dalam perlantikan Pengerusi Bersatu Negeri Johor sebagaimana yang disahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, hari ini.
Diminta mengesahkan perlantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Bersatu Johor, Tun Mahathir berkata, “saya fikir dia sudah pun diberikan surat perlantikan itu”.
Mazlan baru-baru ini digugurkan sebagai Exco Negeri Johor berikutan perlantikan Dr. Shahruddin Jamal sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Osman Sapian.
Pengguguran Mazlan bersama seorang lagi wakil daripada DAP tidak disenangi oleh Tun Mahathir sehingga beliau memanggil mesyuarat khas Bersatu untuk meminta penjelasan daripada Muhyiddin Yassin mengenainya.
Ia berikutan kabinet telah membuat pendirian tidak ada sebarang perubahan perlu dilakukan pada barisan Exco Johor, tetapi ketika Muhyiddin bersama Dr. Shahruddin mengadap Sultan Johor, dua nama Exco baru, Solihan Badri dan Tosrin Jarvanthi telah dipersembahkan kepada baginda.
Perlantikan dua Exco baru itu dilihat telah meretakkan hubungan Tun Mahathir dan Muhyiddin, bukan saja kerana arahan Perdana Menteri dan kabinet tidak dipatuhi, tetapi juga disebabkan kedua-dua Exco baru yang dilantik itu adalah dikenali sebagai penyokong kuat kepada Presiden Bersatu itu.
Dr. Shahruddin yang dilantik sebagai Menteri Besar sebelum itu juga dikatakan sebagai penyokong kuat Muhyiddin dan namanya sendiri dikhabarkab dicadangkan oleh Muhyiddin untuk jawatan tersebut.
Mazlan pula sebaik digugurkan sebagai Exco berkata, penggugurannya adalah kerana beliau bukan daripada team Muhyiddin.
Kini, dengan dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Johor yang baru menggantikan Osman Sapian, Mazlan nampaknya telah mendapat pembelaan daripada Tun Mahathir.
Dr. Shahruddin yang merupakan Menteri Besar pula hanya dilantik sebagai Setiausaha Bersatu Negeri Johor.
Bermakna, meskipun Dr. Shahruddin adalah Menteri Besar Johor, tetapi dalam struktur parti di negeri itu, beliau hanya setiausaha atau dalam bahasa pasarnya adalah “budak suruhan” kepada Mazlan.
Bolehkah seorang Menteri Besar hanya menjadi setiausaha kepada Mazlan yang digugurkan olehnya sebagai Exco?
Bolehkah juga Mazlan sebagai Pengerusi Bersatu Johor yang tanpa apa-apa jawatan dalam kerajaan memberi sesuatu arahan kepada Dr. Shahruddin sebagai setiausahanya sedangkan dalam waktu yang sama setiausahanya itu adalah ketua kerajaan negeri?
Tidakkah ini sesuatu yang pelik?
Tidakkah perlantikan ini akan menyebabkan ada dua kepala dalam Bersatu Johor – seorang mengetuai parti dan seorang lagi mengetuai kerajaan negeri?
Dalam hal ini mengapa Tun Mahathir tidak melantik Dr. Shahruddin, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor sebagai Pengerusi Bersatu negeri itu?
Bukankah lebih baik dan lebih mudah jika ketua kerajaan negeri turut menjadi ketua parti di peringkat negeri?
Apa muslihat Tun Mahathir dalam melantik Mazlan dan bukan Dr. Shahruddin sebagai Pengerusi Bersatu Johor?
Apakah Tun Mahathir masih berdendam dengan Muhyiddin, meskipun Presiden Bersatu itu dikhabarkan sudah meminta maaf kerana mendakwa tidak tahu mengenai adanya arahan kabinet berhubung tiada perubahan dalam kedudukan Exco lantaran tidak menghadiri mesyuarat disebabkan ada tugasan di luar negara ketika itu?
Ke mana sudahnya hubungan Tun Mahathir dan Muhyiddin selepas ini, terutama dalam pemilihan Bersatu nanti? (Shahbudindotcom 30/04/2019)

ANWAR TERIMA KUNJUNGAN BEKAS PM ETHIOPIA

Menerima kunjungan mantan Presiden Nigeria Olusegun Obasanjo, mantan Perdana Menteri Ethiopia Hailemariam Desalegn dan Greg Mills di pejabat tengahari tadi. Antara topik yang dibincangkan ialah mengenai isu-isu semasa negara dan umat.

LAPORAN POLIS KE ATAS CALON BEBAS MENGGUNAKAN LOGI AMANAH

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri dan luaran


Pagi tadi ketua Pemuda AMANAH Sabah , Saudara Khairuddin Daud bersama pemuda dan ahli AMANAH Sabah daripada Sandakan dan Batu Sapi telah membuat laporan Polis terhadap Calon Bebas PRK Sandakan , Hj.Hamzah Abdullah kerana menggunakan logo Parti AMANAH semasa berkempen di Pasar Bandar Kim Fung.
Tindakan ini dilihat seolah cuba melakukan provokasi terhadap calon DAP dan AMANAH Sabah. AMANAH bersama KEADILAN, WARISAN, PPBM serta UPKO menyokong penuh calon DAP saudari Vivien Wong pada Pilihanraya Kecil Sandakan serta turut bersama turun berkempen.
Untuk pengetahuan Hj.Hamzah Abdullah telah keluar dari AMANAH pada 26 April 2019 selepas meletakkan jawatan Pengerusi AMANAH Sabah pada Ogos tahun lalu.
AMANAH Sabah juga memberi amaran tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli AMANAH yang berkempen membantu calon BEBAS atau mana-mana parti pembangkang lain.

BERGAMBAR : SEPETANG DI PERMATANG PAUH





Tanyalah rakyat jelata, terutamanya golongan yang berpeniagaan sendiri atau mencari upah - kebanyakan mereka akan menyatakan bahawa mereka terkesan dengan himpitan harga barang dan keadaan ekonomi semasa.


Tiada sesiapa yang merasakan reformasi institusi harus dikesampingkan. Hanya Allah yang tahu betapa saya memperjuangkannya dan mendambakan perubahan untuk sistem yang memangsakan saya. Atas alasan itu juga saya kini mengetuai Kaukus Reformasi Parlimen dan akan terus memperjuangkannya agar hak-hak sivil diperkukuh dan institusi kehakiman yang bebas.

Tetapi apa yang perlu difokuskan adalah aspek Malaysia secara keseluruhan. Dalam masa sama, masalah kemiskinan di bandar dan desa harus ditangani dengan efektif. Rakyat tidak hiraukan kepayahan dan kerumitan dalam melaksanakan reformasi Parlimen jika tidak diyakinkan apakah akan ada makanan dan tempat berteduh untuk anak-anak mereka.

Dalam kesibukan kita menekankan perubahan institusi, jangan pula kita remehkan mereka yang berada di luar sistem, yang tidak ada akses kepada media semasa atau media sosial, yang tidak mempunyai platform. Sekiranya kita terus berbuat sedemikian, golongan ini akan terus dipinggir dan dihampakan.

NAJIB BUKA AKAUN BANK UNTUK TERIMA DUIT


Uma Devi, pegawai AmBank yang memberi keterangan pada perbicaraan Najib Razak hari ini.
KUALA LUMPUR: Najib Razak buka akaun semasa di AmBank pada Januari 2011 untuk menerima sejumlah wang dari luar negara, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Pengarah AmBank Cawangan Raja Chulan, R Uma Devi berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) diberitahu menerusi Sistem Pemantauan Operasi Ringgit (ROMS) pada Februari tahun yang sama kerana menjangkakan transaksi wang masuk yang besar.
Uma berkata berdasarkan rekod bank antara 2011 dan 2013, RM2.6 bilion (AS$681 juta) masuk ke akaun milik Najib yang dibuka pada 13 Januari 2011.
Uma Devi berkata rekod menunjukkan RM2.6 bilion masuk sebagai sumbangan dan hadiah daripada Faisal Turki, kerabat raja Saudi, serta daripada Blackstone Asia Real Estate Partners.
Turut didedahkan RM304 juta dimasukkan ke akaun itu pada 2011, RM756 juta pada 2012 dan RM1.9 bilion pada 2013.
“Pada 23 Ogos 2014, RM2.034 bilion (AS$620 juta) diremit keluar negara,” katanya ketika disoal peguam Najib, Harvinderjit Singh.
Beliau berkata Najib kemudian memindahkan RM162 juta kepada akaun baru yang berakhir dengan nombor 880, manakala akaun sebelum itu, yang berakhir dengan nombor 694, ditutup pada 30 Ogos 2013.
Uma adalah saksi ke-21 yang memberi keterangan pada perbicaraan itu
Najib berdepan 6 pertuduhan pengubahan wang dan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta ke akaunnya dari akaun SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Beliau juga didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan untuk pinjaman SRC International sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan.

Timbalan Menteri PH bagi petua pada Najib kekal ‘relax’ hadapi perbicaraan kes 1MDB


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin memberi petua kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk kekal ‘relax’ dalam menghadapi perbicaraan di mahkamah berhubung skandal 1MDB.

Ini selepas Najib, yang dirakam oleh petugas media Malaysiakini, dilihat menengking seorang anggota polis yang cuba menghalang seorang pemuda yang mendakwa sebagai pelajar daripada meluru ke arah bekas Presiden UMNO itu untuk bertanyakan soalan.

“Cuba ingat kembali saat saat indah ada kuasa dulu dan saat saat indah bersama isteri tersayang (Datin Seri Rosmah Mansor) dan Jho Low yang dikasihi,” kata Hanipa dalam satu hantaran yang turut memuatkan klip video kejadian itu di Facebook miliknya.

Kekecohan itu berlaku di pekarangan bangunan Mahkamah Kuala Lumpur, semalam, selepas prosiding keempat perbicaraan Najib tamat.

Najib berdepan satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah, dan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan skandal 1MDB dalam perbicaraan yang sudah masuk hari ke 10 hari ini.

Terdapat berpuluh kes lagi yang bakal dihadapi Najib di mahkamah.

Jho Low, dianggap sebagai watak utama dalam skandal berprofil tinggi itu. Sebelum ini tular sekeping gambar yang memaparkan gambar Najib dan Rosmah berdiri sebaris bersama-sama Jho Low di atas sebuah kapal layar mewah. 


Reformasi di tangan babi



Image result for pementasan teater
Gambar hiasan

Siapa sangka begitu banyak pengajaran yang boleh dikutip dengan menonton sebuah pementasan teater tentang sekawan babi yang berideologi.

Arakian demikianlah yang berlaku lewat malam Jumaat lalu, usai menonton teater Kandang. Naskhah ini dipentaskan semula pada era Malaysia Baharu, setelah berdepan sedikit kontroversi pada era Malaysia Lama, ketika ia pertama kali muncul.

Diarahkan Omar Ali, anak allahyarham Muhammad Ali Hashim, Kandang adalah adaptasi Bahasa Melayu daripada novel George Orwell, Animal Farm yang terbit pada 1945.

Orwell adalah nama tipu bagi penulis, Eric Arthur Blair yang terkenal melalui novel adikaryanya yang distopia, Nineteen-Eighty-Four (atau lebih biasa dicetak sebagai 1984).

Seperti 1984, Animal Farm yang dicetak lebih awal diterima ramai sebagai amaran Orwell terhadap kedatangan totalitarianisme yang lahir dari rahim ideologi kiri yang mengusung agenda “revolusi”. Terutamanya apabila revolusi itu diwarisi tangan-tangan yang salah.

Dalam kes Kandang, revolusi di Ladang Jones menyaksikan kebangkitan kaum haiwan yang sekian lama membanting tulang untuk Tuan Jones tanpa pulangan setimpal. Revolusi dan kemerdekaan yang dicita-citakan berakhir dengan kekecewaan apabila kaum babi yang memonopoli hal ehwal politik dan kekuasaan akhirnya mengkhianati perjuangan warga kandang seluruhnya.

Dalam satu perenggan, begitulah suratan hikayatnya lebih kurang. Namun apa yang lebih penting ialah perkara-perkara tak nampak yang perlu dicerakin dalam bilangan perenggan yang lebih banyak.

Jangan khianati revolusi

Pementasan Kandang datang tepat pada waktunya di ambang minggu terakhir ulang tahun pertama tumbangnya rejim United Malays National Organisation pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei, 2018.

Akhir minggu lalu ramai yang bernostalgia tentang momen-momen setahun lalu, mengenang kembali hari penamaan calon kepada kempen pilihan raya yang langsung tidak dijangka hasilnya sedemikian dahsyat.

PRU14 adalah pilihan raya yang paling revolusioner, dalam sejarah negara. Tanpa pertumpahan darah, dan tanpa pergelutan fizikal, Barisan Nasional (BN) tersungkur daripada takhta kekuasaan yang dipegangnya selama lebih enam dekad.

Mantan perdana menteri Najib Razak ternyata tidak menyangka nasibnya akan berakhir sedemikian rupa. Harta bendanya disita, beg tangan isterinya diangkut trak polis secara begitu terbuka. Wang berjuta yang tersimpan di rumah kerana terlalu yakin akan kekal berkuasa, habis diangkut juga.

Najib berdepan kekalahan yang begitu memalukan. Kubu BN hancur, dan mengambil masa berbulan-bulan untuk dipulihkan.

Di pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH), kuasa yang baru diraih sedikit memeranjatkan. Para menteri yang selama ini hanya memandu kereta Kelisa sudah terpaksa punya escort polis dari rumah ke tempat kerja. Harus naik kereta “roti john” dengan lampu biru bergemerlapan. Tidak sedikit pula yang menanggung sakit kepala setelah dibongkar segala rahsia istana Putrajaya.

Sakit kepala itu juga ada yang melarat sehingga membawa kesan jangka panjang kepada sesetengahnya, sehingga menjadi tidak ketahuan hala dan mengundang kutukan panjang berjela dari rakyat jelata.

Begitulah juga yang diperhatikan dalam pementasan Kandang.

Setelah Tuan Jones dilengser, semua haiwan meraikan kemenangan. Kerbau, lembu, itik, dan angsa, masing-masing memasang angan-angan. Tiadalah mereka tahu bagaimana kemenangan itu nanti akan dibajak oleh beberapa ekor babi dengan aspirasi politik sendiri. Ketuanya diberi nama Tunggal. Seekor babi yang tidak banyak bercakap kononnya, tetapi dalam diam menanam ranjau.

Kandang mengajar kita bahawa faham politik semurni mana pun mampu berakhir celaka di tangan babi yang berlagak nabi. Orwell, si sosial demokrat, memberi amaran ini supaya masyarakat berjaga-jaga, dan supaya ahli politik berhati-hati, agar tidak tergelincir dari jalan perjuangan dan berakhir dengan perangai si babi.

Pun begitu, apa yang lebih penting daripada mesej nyata Orwell ialah hakikat kandang nan satu itu tidak berubah bentuknya, meski berubah penguasa.
Kandang itu tetap kekal menjadi kandang yang mengumpulkan haiwan segala macam, baik yang haram mahupun yang halal. Mereka tetap bekerja, mereka tetap perlu makan, dan mereka tetap hidup bersama.

Sama juga halnya dengan sebuah negara.

Malaysia, setelah melalui perubahan politik, dan dalam rangka melalui perubahan sosial, kekal menjadi tanah tumpah darah segala macam manusia dengan pelbagai latar keturunan, ekonomi, pendidikan dan fahaman. Semuanya kekal hidup bersama dan mendepani hari-hari muka dengan tujuan yang serupa.

Pakat-pakat jagalah, ya. Jangan buat perangai Si Tunggal, babi yang mengkhianati reformasi. – Roketkini.com
*Tulisan ini kali pertama disiarkan di The Malaysian Insight

ANWAR BALIK CREROK TO KUN

Pulang ke Permatang Pauh hari ini dan kini berada di Cherok To’ Kun untuk sesi beramah mesra bersama penduduk Cherok To’ Kun, dan pemimpin masyarakat.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan dalamanImej mungkin mengandungi: 2 orang


ANWAR MENERIMA KUNJUNGAN BADAN BEBAS UNTUK PELARIAN

Pertemuan bersama Hamdi Ulukaya, CEO, Chobani, Mehmet Şimşek, Mantan Timbalan Perdana Menteri untuk Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Kewangan Turki, Jay Collins, Wakil Pengerusi Bahagian Korporat dan Kewangan Citi, Annemarieke de Haa, Pengarah Urusan Unilever Malaysia, Gideon Maltz dan Ali Salman, CEO IDEAS Malaysia. Mereka hadir sebagai mewakili Tent Foundation di mana badan ini akan bekerjasama dengan sektor perniagaan bagi mengenalpasti peluang-peluang yang ada untuk pelarian.


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, dalaman dan makanan


MASIH ADA PEMIMPIN BERUNDING KELUAR UMNO?