---
Masa Agong letak jawatan hari tu, ada orang buat lawak kata Anwar patut ganti, masa pertandingan Dewi Remaja pun orang buat lawak yang sama.
Nak kata Anwar gila jawatan la. Macam la dia tiba-tiba muncul kat Malaysia dan lama sangat nak jadi PM.
Aku nak cerita sikit pasal Anwar hari ni.
Anwar ni lahir di Kampung Cherok Tok Kun. Dulu orang selalu buat main kata orang cerok ni tak boleh jadi pemimpin. Cerok ni maksudnya macam kampung yang hujung dunia la.
Masa dia sekolah, dia buat kelas tambahan percuma untuk bantu orang kampung. Bukan dia sorang mengajar, ramai lagi dia ajak.
Inisiatif ni lama-lama berkembang jadi Yayasan Anda Akademik (YAA), sekolah yang tolong pelajar yang SPM (dulu MCE) dia tak cemerlang ambil MCE paper Julai, selain tingkatan 6 dan tingkatan 3.
Masa Anwar kat MCKK, dia dah tunjuk kebolehan sebagai pemimpin. Selain yang dah dicatit dalam tulisan, aku juga pernah dengar yang Anwar pernah buka tabung bila dia dapat tau ada sorang pelajar tak cukup duit untuk balik kampung. Kawan tu kata Anwar memang tak boleh tengok orang susah.
Lepas tu dia masuk UM, kat sini la mula kuat politik. Dia pejuangkan isu bahasa dan orang miskin kat Baling, buat demo sampai UM tutup. Dalam buku Reluctant Politician, biografi Tun Dr Ismail ada cerita sikit episod ni tapi dari sudut pandang lain. Kelakar. Masa ni juga kena ISA.
Sekitar masa tu juga Anwar bersama-sama asaskan PKPIM dan ABIM yang wujud sampai sekarang. Ini antara sebab orang-orang liberal tuduh Anwar yang jadi pemula Islamisasi dan Arabisasi di Malaysia. Tapi kalau lihat dalam mendalam, era tu memang era orang mencari-cari Islam.
ABIM pula muncul sebagai suara yang sederhana membawa imej Islam moden. Perlu diingat, setiap vakum akan diisi dan banyak lagi pertubuhan Islam yang 'lebih keras' ketika itu.
Masa tu Anwar dilihat rapat dengan pemimpin muda Melayu-Islam yang ideal. Walaupun ketika tu rapat dengan Pas, tapi rombongan Tun Mahathir untuk sunting Anwar masuk Umno lebih berjaya.
Dalam masa tu, Anwar banyak buat usaha untuk kembangkan idea Islam yang sederhana namun tak semua diterima ramai. Misalnya, usaha untuk buat dialog antara agama dipandang sebagai 'pluralisme agama' oleh orang Islam sendiri sedangkan usaha membawa nilai Islam dikatakan Islamisasi.
Anwar juga masa ketika jadi TPM dah gariskan visinya untuk Malaysia. Idea seperti masyarakat madani, ekonomi manusiawi dan cara menanggapi 'idea barat' dibentangkan dan akhirnya kini menjadi guiding idea untuk reformasi. Buku ni pernah diharamkan zaman reformasi 98.
Anwar sentiasa relevan hatta dalam penjara sekalipun. Dia pernah bantu Pak Lah yang hampir ditumbangkan ketika PAU dan kini sekali lagi bantu Tun Mahathir tumbangkan Najib.
Cuma sekarang tak boleh cakap lebih sangat lah, nanti orang menganjing kata tak sabar.
Tapi kalau duduk diam pun tak boleh juga nanti orang kata tak peduli dan dah tak relevan.
Kalau ikut cakap orang, sampai bila pun tak betul saja.
Pada zaman jurang makin melebar dari segi ekonomi, pergeseran bangsa, kebangkitan 'right-wing' Islam selain perang perdagangan antara US-China, kita mungkin lebih perlukan Anwar untuk kemudi Malaysia, lebih mendesak dari sebelum ini.
Credit: Twitter @bumilangit