Anwar Ibrahim: Malaysia's Prime Minister-in-waiting | Conversation With | Full Episode
Anwar memang suka berjenaka. Tanggapan bahawa beliau menyatakan bahawa beliau yang sepatutnya dilantik dibuat hanya dalam nada berseloroh....
SOKONGAN KEPADA AZMIN DI SELANGOR MULAI PECAH
Sokongan kepada Azmin di Selangor mulai pecah
Penolong Setiausaha AMK Pusat, Syed Badli Shah Syed Osman mendakwa sokongan akar umbi parti itu di Selangor terhadap pemimpin PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin dijangka berpecah.
“Kegagalan mereka mengurus tadbir perjalanan parti di peringkat negeri dengan adil menyebabkan ramai anggota akar umbi tidak berpuas hati.
“Hasil tinjauan saya terhadap 22 cabang Keadilan di Selangor mendapati rata-rata anggota akar umbi menyifatkan Azmin gagal berlaku adil khususnya dalam pembahagian jawatan-jawatan lantikan politik,” kata Syed Badli dalam suatu kenyataan hari ini.
Selain itu bekas ketua AMK Selangor itu juga mendakwa Zuraidah memainkan peranan mencantas individu yang dilihat sebagai tidak sependapat dengan Azmin.
“Keadaan ini bertambah buruk dengan peranan yang dimainkan oleh timbalan pengerusi negeri YB Zuraidah Kamarudin, untuk tidak meraikan dan mencantas mereka yang dilihat tidak sependapat dengan Azmin.
“Rata-rata mereka yang masih menyokong gandingan Azmin dan Zuraidah adalah mereka yang berkepentingan dan mendapat manfaat secara langsung seperti jawatan lantikan politik,” katanya.
Syed Badli juga mendakwa pemilihan PKR kali ini menyaksikan 20 daripada 22 cabang parti itu di Selangor berlaku pertembungan untuk jawatan ketua cabang.
“Hampir semua penyandang yang pro kepada Azmin dan Zuraidah dicabar oleh calon dari akar umbi.
“Keadaan ini berlaku berikutan akar umbi berasa tidak puas hati dengan gaya kepimpinan Azmin dan Zuraidah,” katanya lagi.
Semalam, penyandang timbalan presiden PKR itu meminta anggota parti tidak mempertikaikan kesetiaannya kepada parti yang didokongnya selama ini.
Beliau berkata ada pihak tertentu yang membuat dakwaan liar konon dirinya tidak setia kepada parti terutama menjelang pemilihan parti tersebut.
Terdahulu, calon naib presiden, PKR Zuraida berkata beliau memilih untuk mengabaikan serangan kepadanya dan pihak yang bersama dengan Azmin.
“Tak apalah itu cara dia. Kalau begitu cara dia berkempen, jadi itu tidak matang.
“Saya lebih suka mengamalkan politik matang, jadi tak apalah, kami akan abaikan sesiapa yang tidak matang,” katanya.
Sabtu ini, seramai 105,056 anggota PKR layak untuk mengundi pada pemilihan parti itu yang bermula di dua negeri iaitu Kedah dan Pulau Pinang.
Pemilihan peringkat Selangor akan diadakan pada 13, 14 dan 21 Oktober ini. –
KEDUA-DUA CALON TIMBALAN PRESIDEN PKR CERDAS, PINTAR – ANWAR
Kedua-dua calon Timbalan Presiden PKR cerdas, pintar – Anwar
Kedua-dua calon bagi jawatan timbalan presiden “PKR pintar, cerdas dan mempunyai rekod yang baik”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang baru-baru ini memenangi jawatan presiden PKR tanpa bertanding berkata demikian pada Siri Syarahan Kepimpinan Ho Rih Hwa yang dianjurkan oleh Singapore Management University.
Anwar berucap atas topik bertajuk “Kepimpinan pada Abad Ke-21: Angin Perubahan”.
Anwar menjawab soalan daripada hadirin yang bertanya bagaimana beliau akan menyatukan Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding merebut jawatan tersebut.
“Apa masalahnya? Ini pemilihan demokratik. Mereka 2 personaliti…Mengapa pula ini akan membawa perpecahan dalam parti…satu-satunya penyelesaian ialah tidak ada pertandingan…jadi saya akan mengikuti kaedah Korea Utara.
“Ini demokrasi yang anda perlu bersikap toleransi…anda harus menerima hakikat bahawa mereka perlu berkempen…semangat demokratik yang mereka kekalkan untuk bertanding…memenangi pemilihan,” kata beliau.
Pemilihan akan diadakan secara berperingkat bermula Sabtu hingga 28 Oktober untuk memilih majlis pimpinan pusat iaitu timbalan presiden, naib presiden, ketua Pemuda, ketua Wanita dan ahli majlis.
Anwar menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR.
“Memang menjadi tugas saya sebagai presiden untuk membawa mereka bersama dan memberi peranan yang sesuai kepada calon yang tewas dalam pemilihan parti…lebih-lebih lagi ini adalah pemilihan di kalangan anggota parti,” kata beliau.
Beliau menarik perhatian bahawa media yang “nampaknya” melaporkan bahawa terdapat perpecahan dalam PKR.
‘LANTIK ANWAR JADI TPM, BETULKAN SEJARAH’
‘Lantik Anwar jadi TPM, betulkan sejarah’
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri akan memberi peluang kedua untuk memperbetulkan keadaan dengan bekas seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas lanjut candangan yang disuarakan di Twitter dua hari lalu, Rais berkata gandingan Mahathir-Anwar sebagai “sangat bagus” dan “sangat menyerlah”.
“Lebih baik gandingan ini dihidupkan semula…Hal-hal yang berlaku sebelum 1998 boleh disusun (dan dibetulkan) balik.
“Janji-janji yang dibuat sebelum ini dapat diserahkan (dijayakan) kepada rakyat. Pada saya gandingan Mahathir dan Anwar sangat bagus dan sangat menyerlah.
“Apa yang berlaku pada masa lalu boleh dipercantikkan dan diperelokkan sekarang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran autobiografi Allahyarham Kassim Ahmad bertajuk Autobiografi Seorang Pemberontak di Universiti Malaya hari ini.
Rais mengulang kembali gesaannya agar isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri untuk memberi laluan kepada Anwar.
“Lebih kena kalau Anwar jadi timbalan (perdana menteri) dan Wan Azizah memilih (jalan) yang terhormat jika ada penyusunan (kabinet),” katanya yang kini menganggotai BERSATU.
Ketika kali pertama Mahathir sebagai perdana menteri, Rais berkhidmat sebagai menteri luar.
Anwar dilihat sebagai protege Mahathir ketika mula menceburi politik, namun hubungan kedua-duanya mengeruh dan beliau dipecat daripada kerajaan dan Umno pada 1998.
Peristiwa itu melahirkan gerakan Reformasi selepas Anwar mendakwa Mahathir menjatuhkannya menerusi pendakwaan liwat dan salah guna kuasa yang bermotifkan politik.
Menjelang PRU ke-14, kedua-dua musuh ketat itu berdamai dan BERSATU – parti yang diasaskan Mahathir – menyertai HARAPAN.
Mahathir dijadikan calon perdana menteri dengan persefahaman akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar, namun tiada tempoh muktamad yang ditetapkan untuk peralihan itu.