Dr M kata ‘ok’, kamu sibuk kenapa, Anwar beritahu pengkritik



PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan untuk bertanding pilihan raya kecil Port Dickson dan jika menang kembali ke Parlimen dengan berkata langkah itu disetujui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Image result for anwar ibrahim dibaling


Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepada Dr Mahathir terlebih dahulu sebelum pengumuman dibuat.
“2 hari lalu selepas balik dari Hong Kong saya telefon dan saya kata Insya Allah saya ambil kawasan Port Dickson setelah Datuk Danyal Balagopal Abdullah (penyandang) letak jawatan.
“Dia kata ‘OK’. Yang kamu (pengkritik) sibuk kenapa? Tak jadi masalah. Nak bangkitkan apa lagi?” katanya semasa berucap di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka malam tadi.
Semalam, Anwar diumumkan akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas kerusi itu dikosongkan oleh penyandang, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, bagi membuka laluan kepada untuk kembali ke Parlimen.
Pakatan Harapan dilaporkan mempunyai persefahaman iaitu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Anwar, selepas tempoh masa tertentu.
Anwar merupakan pilihan pertama gabungan itu untuk jawatan perdana menteri.
Langkah itu bagaimanapun mengundang kritikan termasuk daripada pimpinan PKR sendiri.
Semalam, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mahu Anwar menyatakan pendirian dan menuduh beberapa pemimpin PKR dangkal kerana tidak mengikut saluran betul dalam keputusan mengosongkan kerusi Port Dickson.
Sementara itu, Anwar berkata tidak perlu menangguhkan pemilihan parti yang dijadual berlangsung dari 22 September hingga 28 Oktober untuk PRK Port Dickson seperti yang dicadangkan Naib Presiden Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Saya kata tak payah tangguh sebab dua-dua penting dan lepas pemilihan parti kita tumpu PRK Port Dickson,” katanya.
Hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti Datuk Rashid Din berkata pemilihan PKR tidak boleh ditangguh kerana akan menyalahi peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Rashid berkata JPPM menetapkan perhimpunan agung PKR perlu diadakan November ini.


PRK PORT DICKSON DAN ANWAR.

Oleh Faisal Zainal

PRK Port Dickson dibenarkan oleh Perlembagaan Negara dan SPR iaitu dengan cara mengosongkan kerusi parlimen dan meletakkan calun lain untuk dipertandingkan secara demokrasi. Inilah sahaja sebagai satu mekanisme yang membolehkan untuk melayakkan Anwar berada dalam parlimen.
Image result for anwar ibrahim dibaling


Anwar adalah pemimpin tersohor dimana hampir seluruh hidup beliau digunakan untuk politik dan idealisme perjuangan beliau. Idealisme perjuangan Anwar untuk merobah landskap politik negara sudah tentu menggugat kepimimpinan yang ada dengan sebab itu beliau ditindas dan dizalimi (dipenjara).
Image result for anwar ibrahim dibaling

Ketokohan Anwar diakui oleh pimpinan negara seluruh dunia dan idealisme pejuangan beliau dijadikan pebincangan oleh tokoh agama dan politik.
Sosok Anwar tidak akan dapat dibaca oleh orang biasa sama ada diwarung kopi atau dari pimpinan-pimpinan picisan dalam masyarakat. Jika tidak dihujah hanya mendatangkan tuduhan negatif dan naif menampakan Anwar kaki liwat, kronisme membina empayar politik keluarga, gila kuasa dan gelojoh untuk jadi PM.
Tidak keterlaluan jika dikatakan jika tanpa Anwar politik hikmah akan berkecai. Kerana semasa remajanya ketika Peristiwa Baling, Anwar telah nampak kelemahan UMNO melalui visi UMNO mentadbirkan negara. Dan ini terbukti kelemahan UMNO dan kepimpinan terus melebar dimana selepas 20 tahun Reformasi terbukti UMNO dinyahkan dari memimpin negara.
Kegagalan Anwar untuk memimpin negara, pembinaan "negara bangsa" dalam idealisme perjuangan Anwar yang berasaskan nilai murni akan menjadikan illusi semata-mata. Apa pun dan siapa pun Anwar Ibrahim, beliau mempunyai keupayaan merobah dunia sekular kepada politik bijaksana.
Oleh itu PRK Port Dickson sahajalah peluang Anwar menyertai kerajaan secara pantas yang mana peluang beliau seumpama ini ditutup kerana dipenjara.
Orang yang berfikir tidak akan memandang sepi politik Anwar ini kerana sepanjang "track record Anwar" seluruh agenda beliau semata-mata membawa pada kebaikan dan kebajikan pada ummah dan masyarakat seperti ingin membasmi jurang kemiskinan, membenteras rasuah, membina perpaduan ummah dan membangun negara kepada yang lebih baik, berdaulat dan gagah.

HANYA MENUNGGU UMNO....


PAS hanya akan menjadi penghasut.Untuk tidak mahu bertanding, Pas cuma ingin memprotes dan kononnya meminta  membentangkan rang undang undang pembubaran mana mana Ahli Parlimen...kononnya..

Pas awal-awal sudah sudah buat keputusan tidak akan  bertanding dalam pilihanraya kecil Port Dickson yang akan diadakan tidak lama lagi dengan alasan mahu memberi laluan kepada UMNO meletakkan calonnya.

Tidak cukup dengan itu, Pas juga sedia memberi sokongan kepada UMNO kempen pilihanraya itu nanti sebagaimana UMNO telah membantu Pas di Seri Setia.

Kemudian, MIC yang secara tradisinya bertanding di Port Dickson juga mengumumkan tidak akan meletakkan calonnya kali ini.

Malah Presiden MIC, SA Vignewaran juga berkata, “kalau UMNO mahu bertanding, biar mereka bertanding. Kita tak akan campur tangan.”

Maka, segala-galanya kini bergantung kepada UMNO saja lagi?

Apakah UMNO akan meletakkan  calon atau bakal memberi kemenangan percuma kepada Anwar?

Zahid oh Zahid...di mana Zahid Hamidi? (ShahbudinHusin 13/09/2018)