PRK PORT DICKSON DAN ANWAR.
Oleh Faisal Zainal
PRK Port Dickson dibenarkan oleh Perlembagaan Negara dan SPR iaitu dengan cara mengosongkan kerusi parlimen dan meletakkan calun lain untuk dipertandingkan secara demokrasi. Inilah sahaja sebagai satu mekanisme yang membolehkan untuk melayakkan Anwar berada dalam parlimen.
Anwar adalah pemimpin tersohor dimana hampir seluruh hidup beliau digunakan untuk politik dan idealisme perjuangan beliau. Idealisme perjuangan Anwar untuk merobah landskap politik negara sudah tentu menggugat kepimimpinan yang ada dengan sebab itu beliau ditindas dan dizalimi (dipenjara).
Ketokohan Anwar diakui oleh pimpinan negara seluruh dunia dan idealisme pejuangan beliau dijadikan pebincangan oleh tokoh agama dan politik.
Sosok Anwar tidak akan dapat dibaca oleh orang biasa sama ada diwarung kopi atau dari pimpinan-pimpinan picisan dalam masyarakat. Jika tidak dihujah hanya mendatangkan tuduhan negatif dan naif menampakan Anwar kaki liwat, kronisme membina empayar politik keluarga, gila kuasa dan gelojoh untuk jadi PM.
Tidak keterlaluan jika dikatakan jika tanpa Anwar politik hikmah akan berkecai. Kerana semasa remajanya ketika Peristiwa Baling, Anwar telah nampak kelemahan UMNO melalui visi UMNO mentadbirkan negara. Dan ini terbukti kelemahan UMNO dan kepimpinan terus melebar dimana selepas 20 tahun Reformasi terbukti UMNO dinyahkan dari memimpin negara.
Kegagalan Anwar untuk memimpin negara, pembinaan "negara bangsa" dalam idealisme perjuangan Anwar yang berasaskan nilai murni akan menjadikan illusi semata-mata. Apa pun dan siapa pun Anwar Ibrahim, beliau mempunyai keupayaan merobah dunia sekular kepada politik bijaksana.
Oleh itu PRK Port Dickson sahajalah peluang Anwar menyertai kerajaan secara pantas yang mana peluang beliau seumpama ini ditutup kerana dipenjara.
Orang yang berfikir tidak akan memandang sepi politik Anwar ini kerana sepanjang "track record Anwar" seluruh agenda beliau semata-mata membawa pada kebaikan dan kebajikan pada ummah dan masyarakat seperti ingin membasmi jurang kemiskinan, membenteras rasuah, membina perpaduan ummah dan membangun negara kepada yang lebih baik, berdaulat dan gagah.