ERJASAMA UMNO – PAS TERMETERAI DI SG KANDIS

SST: BELI LEBIH BANYAK BARANG DENGAN NILAI WANG SAMA – DR DZULKIFLY

KEKALAHAN BN DI MALAYSIA MEREBAK KE PAP SINGAPURA?

KISAH TAIB MAHMUD BERKAITAN SKANDAL BALAK 2014.ADAKAH DIA TERLIBAT???

LALUAN ALIRAN WANG - Dokumen Terkini Mengaitkan Taib Dengan Skandal Kayu Balak Jepun!

Ikut arah aliran wang itu - dari Laila, Sulaiman dan Abu Bekir dan Richfold Investment kepada Sakto kendalian Seam Murray menerusi Jamilah Taib
Ikut arah aliran wang itu – dari Laila, Sulaiman dan Abu Bekir dan Richfold Investment kepada Sakto kendalian Seam Murray menerusi Jamilah Taib
Menjelang usahanya untuk mendapatkan kekebalan menerusi pejabat Yang di-Pertua Negeri, Sarawak Report boleh mendedahkan suatu dokumen penting mengaitkannya dengan skandal ekspot kayu balak Jepun yang didedahkan dalam tahun 2007 dahulu.

Skandal itu telah melibatkan jutaan ringgit yang telah dibayar para pengekspot kayu balak Jepun dari Sarawak kepada sebuah syarikat Hong Kong bernama Regent Star Company Limited, berjumlah RM32 juta sepanjang tujuh tahun.

Pada masa itu Taib telah mengumumkan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, menjauhkan dirinya dari sebarang penglibatan dalam perkara itu dan mengatakan bahawa dia tidak tahu-menahu atau mempunyai sebarang hubungan dengan Regent Star, yang dikendalikan oleh saudaranya sendiri Onn Mahmud.

Walaubagaimana pun, dokumen-dokumen yang ditemui di Kanada oleh NGO Switzerland Bruno Manser Fund jelas menunjukkan hubungan antara isteri Taib dan syarikat itu, yang melibatkan pemindahan wang dari Hong Kong kepada syarikat anak perempuannya, Jamilah Taib, Sakto Corporation di Ottawa, Kanada.
Sean Murray dari Sakto selaku penerima pinjaman berjumlah $20 juta dari isteri Taib dan syarikat kembar milik Regent Star, Richfold Investments Limited
Sean Murray dari Sakto selaku penerima pinjaman berjumlah $20 juta dari isteri Taib dan syarikat kembar milik Regent Star, Richfold Investments Limited
Dokumen-dokumen itu mempunyai kaitan dengan pinjaman berjumlah $20 juta oleh Jamilah sendiri kepada Sakto, di mana wang itu dikatakan sebagai “dipegang secara beramanah” olehnya dan berhutang kepada “seseorang dengan berkebenaran daripada Jamilah H Taib meminjamkan wang itu kepada Sakto”.

Suami Jamilah, Sean Murray, merupakan Pengarah dan juga Setiausaha dalam Sakto, adalah orang yang dinamakan sebagai penerima pinjaman itu dan orang-orang yang dinamakan sebagai pemberi pinjaman adalah isteri Taib yang dahulu, arwah Laila Taib; dua orang anaknya Abu Bekir dan Sulaiaman; syarikat mereka Sogo; Onn Mahmud dan syarikat Richfold Investment Limited, yang selaku syarikat kembar kepada Regent Star, yang telah dikorporatkan pada hari yang sama di alamat yang sama dan juga berpengarah yang sama.

Jamilah adalah pemberi pinjaman wang itu ‘yang diamanahkan’ oleh ahli-ahli keluarganya dan juga syaarikat Richfold
Jamilah adalah pemberi pinjaman wang itu ‘yang diamanahkan’ oleh ahli-ahli keluarganya dan juga syaarikat Richfold
Dokumen itu, yang boleh diperiksa di rekod awam di Ontario, Kanada, jelas menunjukkan kaitan dengan syarikat Regent Star, yang menerima pembayaran jutaan dollar daripada kartel perkapalan Jepun yang bertindak selaku ‘broker’ lesen-lesen ekspot yang dikeluarkan oleh Onn Mahmud, dan pelaburan-pelaburan keluarga Taib di Kanada.


Antara golongan sosialit Kanada  Sean dan Jamilah Taib-Murray. Namun dari manakah wang itu datang?
Antara golongan sosialit Kanada Sean dan Jamilah Taib-Murray. Namun dari manakah wang itu datang?
Hubungan ini telah wujud lama sebelum skandal itu didedahkan dalam tahun 2007. Perkara ini membangkitkan persoalan kenapakah Ketua Menteri itu menafikan bahawa dia tidak tahu akan adanya sebuah syarikat yang terikat dengan pinjaman berjumlah sehingga $20 juta yang melibatkan isteri dan anak-anaknya?
Pinjaman itu turut melemahkan penafian-penafiannya yang terdahulu bahawa syarikat Sakto telah menerima pembiayaan berterusan daripadanya.


Setelah Sarawak Report mendedahkan perkaitan itu, Taib telah mengumumkan bahawa ‘dia memberikan sejumlah wang untuk membolehkan anak perempuannya memulakan sesuatu’ dalam tahun1983 dan tidak lebih dari itu.


Kini, dia harus menjelaskan suntikan berjumlah $20 juta ke dalam syarikat Sakti dalam tahun 1996 oleh isteri dan anak-anak lelakinya, setelah dia dengan gahnya mengatakan anak-anaknya beroleh kejayaan cemerlang kerana mereka lebih pandai daripada rakyat kebanyakan di Sarawak.

Mungkin Ketua Menteri itu ingin mengambilkira penjelasan Jamilah sendiri berkenaan model perniagaan syarikatnya pada tahun 1989, apabila dia mengesahkan dalam sebuah wawancara akhbar bahawa ianya adalah sebuah kemudahan perniagaan untuk ahli-ahli perniagaan Pacific Rim dengan ‘wang besar’?

Apabila dia merujuk kepada Pengerusi para pelabur dalam syarikatnya ‘yang datang dari Malaysia dua kali setahun’ adakah Jamilah bermaksud kunjungan ayahandanya Taib Mahmud ke Kanada atau adakah ianya merujuk pada saudaranya Onn Mahmud, yang rapat dengan perniagaan isteri dan anak-anaknya?
Para pemegang saham nominal dalam syarikat-syarikat Onn Mahmud? – Shea Kin Kwok menerima cenderamata
Para pemegang saham nominal dalam syarikat-syarikat Onn Mahmud? – Shea Kin Kwok menerima cenderamata
Kini Taib Mahmud harus menjawab persoalan-persoalan menekan mengenai punca semua wang ini, sebelum sebarang persoalan mengenai dirinya dilantik ke jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.


Kerana perkaitan antara pinjaman Jamilah dan pengaliran wang daripada ‘broker’ lesen-lesen perkapalan Jepun kini adalah jelas dan ianya harus diperjelaskan bahawa punca wang itu bukannya satu dan yang sama.
Dan, jika keluarganTaib tidak melaburkan wang sogokan, maka dari manakah punca wang pelaburan yang amat banyak itu, memandangkan gaji bulanan Ketua Menteri ketika itu bukanlah besar sangat?

Rekod-rekod menunjukkan bahawa kedua-dua syarikat Regent Star Limited dan Richfold Investment Limited telah dikorporatkan di Hong Kong oleh setiausaha kepada saudaranya Onn Mahmud, Shea Kin Kwok pada 22 November 1983 di alamat yang sama.

Shea dinyatakan sebagai pemegang saham dalam Regent Star namun, pemegang saham dan Pengarah dalam Richfold Investment adalah Onn Mahmud sendiri.

Tribunal Percukaian Jepun telah mengesahkan bahawa syarikat-syarikat itu dikorporatkan tidak lama sebelum ‘pembayaran pembrokeran’ mula dilakukan pada Regent Star, di bawah kontrak yang dimeterai dengan kartel perkapalan Jepun untuk membantu mengeluarkan lesen-lesen ekspot kayu balak.

Dalam percanggahan kepentingan yang jelas pada syarikat Achipelago milik Onn Mahmud yang telah dilantik oleh pentadbiran Taib untuk mengawal lesen-lesen ekspot kayu balak kepada syarikat-syarikat perkapalan, walaupun dalam ucapannya dalam Dewan Undangan Negeri Taib telah mengatakan bahawa keputusan itu tiada kena-mengena dengan dirinya atau agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen-lesen itu, SEDC.
Onn Mahmud adalah pemilik Richfold, namun setiausahanya, She Kin Kwok yang dinamakan sebagai Pengarah dan pemegang saham bersama majikannya Onn dalam syarikat kembarnya, Regent Star
Onn Mahmud adalah pemilik Richfold, namun setiausahanya, She Kin Kwok yang dinamakan sebagai Pengarah dan pemegang saham bersama majikannya Onn dalam syarikat kembarnya, Regent Star
Lembaga Percukaian Jepun juga mendapati bahawa siasatan menunjukkan terdapat sedikit sahaja dokumen yang menunjukkan bahawa Regent Star mengendalikan pembrokeran yang mungkin mendatangkan pembayaran merit sehingga mencecah berjuta-juta ringgit.
Namun Tribunal Rayuan kemudiannya memutuskan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Regent Star tidak menyediakan pembrokeran antara para pengekspot dan Onn, dan oleh yang demikian, ianya telah membenarkan pembayaran-pembayaran tidak dikenakan cukai.


Memandangkan Sarawak Report telah mendapati bahawa Shea Kin Kwok adalah setiausaha Onn di Hong Kong dan juga merupakan pekerjanya, jelaslah Onn yang mengenakan yuran-yuran broker berjumlah berbilion-bilion yen untuk merundingkan dengan dirinya sendiri.

Para penyiasat Jepun, mengesahkan bahawa terdapat hubungan erat antara Onn dan Regent Star – hinggakan pada suatu ketika syarikat-syarikat perkapalan telah mengirimkan bayaran-bayaran kepada Onn dan juga kepada Regent Star menggunakan satu pindahan wang yang sama kepada Shea Kin Kwok!

Kini Sarawak Report menyimpan terjemahan penuh perbicaraan percukaian Jepun, yang akan dikemukakan bersama-sama penemuan yang lain di sidang media di Tokyo nanti.

Walau bagaimana pun, isu siasatan ke atas percukaian Jepun itu hanya berfokus pada sama ada syarikat-syarikat Jepun harus membayar cukai pada pembayaran-pembayaran ini, tetapi bagi orang-orang di Sarawak dan Malaysia, perkara itu amatlah berbeza.

Rakyat Malaysia berhak untuk tahu sama ada keuntungan yang datang dari pembalakan yang tidak terkawal tetapi yang dibenarkan oleh Taib itu disalurkan ke dalam dana awam atau disalurkan secara rahsia ke dalam akaun ahli keluarganya di Hong Kong.

Dan rakyat juga berhak untuk tahu jika wang daripada Regent Star itu disalurkan menerusi Richfold ke dalam pelaburan keluarga Taib di Kanada dan seterusnya.
Jaringan perniagaan di Hong Kong – perkaitan pelaburan di US dan pembayaran ke Jepun
Jaringan perniagaan di Hong Kong – perkaitan pelaburan di US dan pembayaran ke Jepun
Regent Star dan Richfold hanyalah dua dari jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Shea Kin Kwok sepanjang perkhidmatan sebagai setiausaha Onn Mahmud di Hong Kong.

Ini termasuk Grand Shine dan Herolite Investment, yang memiliki pegangan saham dalam konglomorat Onn yang lain seperti Achijaya Corporation, Whittaker Company, Grand Will, Icharaku dan sebuah lagi syarikat yang bernama Natalite Investment.
Dan, seperti yang dilaporkan oleh laman ini, satu set cap jari juga dikaitkan dengan syarikat-syarikat di Amerika Utara milik keluarga Taib dengan kepentingan-kepentingan di Hong Kong ini.

Dalam tahun 2006 anak-anak Taib, yang selaku pemegang saham dalam syarikat Sakti yang memiliki hartanah di US (termasuk pejabat-pejabat FBI di bangunan Abraham Lincoln di Seattle) telah memfailkan retan percukaian dengan menamakan Natalite di Hong Kong sebagai alamat surat-menyurat mereka.

Sehingga Ketua Menteri itu telah dapat memberikan penjelasan yang penuh berkenaan keadaan yang menjurus kepada skandal itu barulah ianya dikeluarkan dari sebarang keputusan untuk membolehkannya dilantik ke jawatan Yang di-Pertua Negeri nanti.


PAS – UMNO ADIK-BERADIK – TUN M