ANWAR SOKONG PERANAN JAKIM DIKAJI DAN DITAMBAH BAIK

SKANDAL TERBAHARU: NAJIB ARAH ANUGERAH KONTRAK RM1.25 BILION

RUU 355: BUKAN MUSLIM ADA HAK BAHAS – ANWAR

AMANAH BANTAH PAS CUBA SABOTAJ KERAJAAN KEDAH

VIDEO: TEMURAMAH TERKINI TUN M: ANWAR PENGGANTI SAYA




Dr Mahathir dan Anwar berbuka puasa dengan disertai isteri masing-masing malam baru-baru ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengganti beliau sebagai perdana menteri.
Katanya dalam wawancara dengan Sinar Harian, ketetapan itu dibuat sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.
“Anwar Ibahimlah akan mengganti saya.
“(Dulu dah putuskan) perdana menteri Dr Mahahir, timbalan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail), yang menunggu jadi perdana menteri Anwar Ibrahim,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.
Ketegasan Dr Mahathir dibuat ketika sebuah media Singapura mendakwa, Dr Mahathir sedang mempersiapkan Datuk Seri Azmin Ali sebagai penggantinya.
Azmin, kata laporan itu diberikan pelbagai kelebihan termasuk menjaga segala khazanah negara melalui semua anak syarikat dan badan utama kerajaan termasuk Petronas, Khazanah Holding, Tabung Haji, Felda, Felcra dan sebagainya.
Menurut Dr Mahathir, tempoh dua tahun beliau menjadi perdana menteri tidaklah tetap.
“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat.
“Keutamaan adalah mengembalikan kekayaan negara, ekonomi negara menjadi sebuah negara yang berupaya,” katanya.
Pada 7 Febuari lalu Dr Mahathir berkata tempoh dua tahun cukup untuknya “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.

USAHA BONGKAR FAIL MERAH BERTERUSAN

BONUS AIDILFITRI 2018: NAJIB UMUM TANPA PERUNTUKAN

SAKSI UTAMA SRC INTERNATIONAL DIBERI PERLINDUNGAN SEPENUHNYA

DUDUK DIAM-DIAM ADALAH LEBIH BAIK BUAT NAJIB...




Kebelakangan ini Najib Razak terlihat sangat aktif dalam memberi respon terhadap beberapa perkara yang dibangkit, diputus atau didedahkan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan.

Setiap kali sesuatu perkara itu diambil tindakan, barangkali kerana beliau ketika ini ada banyak masa sejak tidak lagi bergelar Perdana Menteri dan tidak boleh pula untuk ke luar negara, beliau dengan pantas akan tampil dengan jawapan balasnya.

Baik mengenai bayaran yang dibuat oleh Kementerian Kewangan bagi melangsaikan hutang 1MDB sebagaimana yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, perjanjian merugikan di mana kerajaan membayar sehingga hampir  90 peratus sedangkan kerja hanya dilakukan pada tahap 13 peratus  bagi projek paip saluran gas, pembatalan beberapa projek atau apa saja yang diputuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir Mohamad, semuanya akan mengundang reaksi daripadanya.

Cuma, dalam kes-kes tertentu seperti isterinya Rosmah Mansor turut dipanggil SPRM untuk memberi keterangan, waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Jho Low dan  menghilangnya Musa Aman serta Jamal Mohd Yunos ke luar negara saja yang tidak disentuhnya setakat ini.

Dalam sekian banyak  reaksi itu, Najib masih cuba menunjuk baik dengan menasihatkan agar politik dendam tidak diamalkan oleh kerajaan baru, selain apabila projek-projek tertentu dibatalkan seperti Keretapi Laju Kuala Lumpur - Singapura atau HSR, ECRL dan MRT3, beliau juga cuba memberi gambaran indah mengenai kebaikannya.

Selain itu, Najib juga menyentuh bagaimana projek-projek lain yang diperkenalkannya seperti sambungan LRT dan MRT telah memberi manfaat yang banyak kepada rakyat.

Perlukah Najib terus bersuara menjawab setiap perkara yang diputuskan oleh kerajaan sedangkan beliau sudah meletakkan jawatan daripada UMNO dan BN, manakala pimpinan barunya seperti Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein lebih suka berdiam diri saja?

Apakah Najib benar-benar tidak mengamalkan politik dendam selama ini?

Adakah Najib masih mahu mempertahankan hutang yang tinggi atau kos projek yang tidak munasabah bagi semua itu?

Najib sebenarnya adalah pemimpin yang gagal. Beliau dilingkari terlalu banyak skandal, mengkayakan diri sendiri dan keluarga secara keterlaluan dan menjadikan negara dibebani hutang yang tinggi selama 9 tahun era pemerintahannya sebelum ini.

Skandal 1MDB saja sudah cukup membuatkan namanya menjadi sebutan di seluruh dunia dan dengan beberapa perbicaraan berkaitan skandal itu akan dibicarakan tidak lama lagi, kebusukan salah lakunya yang selama ini terlindung di sebalik kuasa dan jawatan Perdana Menteri  yang disandangnya pasti akan membuatkan lebih ramai menggeleng kepala terhadapnya.

Lagi kerap beliau cuba mempertahankan dirinya dengan selalu tampil menjawab atau memberi reaksi terhadap apa yang diputuskan kerajaan, ia sama sekali tidak menjadikannya kelihatan sebagai orang baik dan dipandang mulia oleh umum.

Malah, ia akan lebih mengingatkan orangramai kepada skandal 1MDB dan Jho Low yang dikaitkan dengannya. Juga akan mengingatkan orangramai kepada Rosmah yang suka bermewah, 284 kotak beg tangan mewah dan 37 beg mengandungi barang kemas yang baru-baru ini berjaya dirampas serta tidak lupa kepada anak tirinya, Riza Aziz yang tiba-tiba menjadi kaya dan mampu menjadi penerbit filem di Hollywood, sekaligus memiliki banyak kondo mewah di Amerika serta London.

Najib bukanlah seperti Tun Mahathir yang sentiasa dihormati, dipandang tinggi dan kata-katanya didengari, meskipun selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri pada 2003 dahulu. Tun Mahathir memiliki semula kelebihan itu kerana beliau tiada skandal, tidak pernah disiasat, tidak dihalang ke luar negara dan tidak pernah mencuri wang negara.

Sebaliknya, semua elemen buruk itu dikaitkan atau terkait dengan Najib sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Najib juga bukanlah Anwar Ibrahim yang ada jiwa perjuangan yang kukuh dan kental dalam dirinya. Najib adalah pemimpin manja yang menang semua jawatan dalam UMNO selama ini dengan percuma.

Maka, terus bersuara, lebih-lebih lagi cuba menyanggah apa yang dilakukan oleh kerajaan baru dan Tun Mahathir yang berjaya menumbangkannya pada pilihanraya 9 Mei, tidak lagi memberi sebarang makna kepada pengembalian maruah dirinya.

Maruah diri Najib kini sedang diperhitung melalui siasatan dan mungkin pendakwaan yang bakal dihadapinya tidak lama lagi.

Lebih baik ketika ini beliau menumpukan perhatiannya kepada kes-kes yang bakal dihadapinya di mahkamah serta kemungkinan hukuman yang bakal diterimanya, selain menggunakan masa terluang yang ada untuk merenung kembali kesilapan-kesilapan masa lalunya.

Untuk menjawab atau memberi reaksi terhadap apa jua yang dilakukan oleh kerajaan baru sekarang, biarlah ia dilakukan oleh pimpinan baru yang kini menerajui UMNO dan BN. 

Tidak wajar Najib mengganggu tugas dan peranan mereka seolah-olah beliau masih lagi Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Berdiam diri atau duduk diam-diam adalah lebih baik baginya. Terus bersuara, selain mengingatkan kembali kepada skandal demi skandalnya, juga akan menambahkan lagi kebencian ramai terhadapnya.

Lebih buruk jika skandal yang dikaitkan dengan Najib lebih banyak yang terdedah lagi bersama kekerapannya bersuara dan memberi reaksi itu.

Najib harus ingat, rakyat menolak UMNO dan BN adalah kerana benci dengan salahlaku dan deretan skandal ciptaannya. Namanya saja, jangankan orang biasa, ahli UMNO pun kalau boleh tidak mahu menyebutnya lagi.  (ShahbudinHusin 09/06/2018).