VIDEO: TEMURAMAH TERKINI TUN M: ANWAR PENGGANTI SAYA




Dr Mahathir dan Anwar berbuka puasa dengan disertai isteri masing-masing malam baru-baru ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengganti beliau sebagai perdana menteri.
Katanya dalam wawancara dengan Sinar Harian, ketetapan itu dibuat sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.
“Anwar Ibahimlah akan mengganti saya.
“(Dulu dah putuskan) perdana menteri Dr Mahahir, timbalan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail), yang menunggu jadi perdana menteri Anwar Ibrahim,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.
Ketegasan Dr Mahathir dibuat ketika sebuah media Singapura mendakwa, Dr Mahathir sedang mempersiapkan Datuk Seri Azmin Ali sebagai penggantinya.
Azmin, kata laporan itu diberikan pelbagai kelebihan termasuk menjaga segala khazanah negara melalui semua anak syarikat dan badan utama kerajaan termasuk Petronas, Khazanah Holding, Tabung Haji, Felda, Felcra dan sebagainya.
Menurut Dr Mahathir, tempoh dua tahun beliau menjadi perdana menteri tidaklah tetap.
“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat.
“Keutamaan adalah mengembalikan kekayaan negara, ekonomi negara menjadi sebuah negara yang berupaya,” katanya.
Pada 7 Febuari lalu Dr Mahathir berkata tempoh dua tahun cukup untuknya “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.