Anwar akan rasa selesa bila ambil tugas PM daripada saya - Tun Mahathir

Anwar akan rasa selesa bila ambil tugas PM daripada saya - Tun MahathirTun Mahathir, tugasnya sebagai Perdana Menteri akan tamat dalam masa terdekat dan penggantinya dilihat bersedia untuk menggalas jawatan itu. - Foto Astro AWANI

























PUTRAJAYA:

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad
 tidak berhasrat untuk
 menjawat jawatan Perdana Menteri
melebihi dua tahun disebabkan faktor umur 
meskipun rakyat memintanya untuk berbuat demikian.

"Itu rakyat (yang) minta, saya kena
 jaga kesihatan saya sama. Saya dah
tua,"
 katanya ketika sidang media selepas membuat ucapan penggulungan
sempena
 Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2018 yang diadakan bermula Jumaat 
di Pusat Konvensyen Antarabangsa
 Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Tambah beliau, tugasnya sebagai
 Perdana Menteri akan tamat dalam
masa terdekat
 dan penggantinya dilihat bersedia
 untuk menggalas jawatan itu.

"Saya ada makan malam dengan
 Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi isu
 ini 
(peralihan kuasa) tidak dibincangkan.

"Saya rasa dia selesa bila ambil alih
 jawatan (Perdana Menteri) daripada
saya," 
tambahnya lagi.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14
 (PRU14) lalu, Pakatan Harapan
membuat
 keputusan bahawa Dr Mahathir akan
 hanya akan memegang jawatan
 Perdana Menteri 
tidak melebihi tempoh dua tahun.

Beliau seterusnya akan diganti oleh
 presiden PKR, Datuk Seri Anwar
 Ibrahim.

Terdahulu, Dr Mahathir bertegas
 beliau akan tetap berpegang pada
 janji untuk bersara
 daripada jawatan Perdana Menteri
selepas dua tahun.

Meskipun ada beberapa perwakilan
yang mencadangkan agar beliau
kekal memegang 
jawatan Perdana Menteri hingga
PRU15, Dr Mahathir tetap
menunaikan janji bersama
 Pakatan Harapan.