Wikileaks nafi dedah akaun Anwar
Lamanweb WikiLeaks telah menafikan menerbitkan butiran akaun bank yang dikatakan milik presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
WikiLeaks berkata ia dimaklumkan mengenai laporan tentang dakwaan itu yang dibuat oleh Setiausaha Agung Gerakan, Teng Liang Meng terhadap Anwar, dengan memetik butiran yang dikatakan dibocorkan dan disiarkan di laman webnya.
“Claims spread in Malaysia that @WikiLeaks published @anwaribrahim’s bank account details are false. Liang Tech (sic) Meng is pushing a fabrication.
“WikiLeaks has published significant information about Malaysian politicians but not Mr Ibrahim’s bank accounts,” said WikiLeaks in a tweet last night.
Pada hari Rabu, laman web The Coverage melaporkan dakwaan Liang bahawa Anwar didakwa mempunyai berjuta-juta dalam senarai akaun bank asing, dan maklumat itu dikatakan didedahkan oleh WikiLeaks.
Artikel Coverage itu tidak menyatakan bila dakwaan itu dibuat.
Apabila dihubungi, Liang mengesahkan bahawa kenyataannya itu bukan baru dan The Coverage mendasarkan artikelnya kepada laporan kenyataannya dari dalam Dewan Rakyat pada tahun 2013.
“Sila semak semuanya di Parlimen pada tahun 2013,” bekas MP Simpang Renggam itu memberitahu Malaysiakini.
“Saya gembira Wikileaks menjelaskan.
“Betul adalah betul. Salah adalah salah,. Itulah prinsip saya,” kata Liang yang mempertikaikan mengapa Wikileaks respon terhadap dakwaannya itu hanya selepas lima tahun.
Liang berkata ia juga mungkin beberapa pihak sekali lagi memaikan dakwaan terhadap Anwar yang merupakan seorang daripada tujuh calon dalam pilihanraya kecil Port Dickson.
Dalam menolak artikel The Coverage itu, pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengeluarkan satu amaran bhawa parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terus menyebaran maklumat yang tidak disahkan itu melalui media sosial, dalam percubaan untuk mencemarkan Anwar