Anwar menang besar, 23,560 majoriti
Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.
Setakat 7.30 malam, Anwar telah meraih 23,560 undi.
SPR menganggarkan peratusan keluar mengundi adalah 60.2 peratus, yang bererti calon yang mendapat 22,700 undi ke atas akan memenangi PRK itu.
Peratusan keluar mengundi rasmi setakat 4 petang tadi adalah 54 peratus.
PAS setakat berita ini ditulis berada di tempat kedua dengan 6,540 undi, sementara bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di tempat ketiga meraih 4,230 undi.
Selain Mohd Isa, calon bebas lain dijangka hilang deposit.
Empat calon bebas lain pula mendapat tidak lebih 350 undi. Mereka adalah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan (82 undi), pakar perunding pengurusan, Kan Chee Yuen (154 undi), bekas pensyarah universiti swasta, Lau Seck Yan (214 undi) dan personaliti media sosial, Stevie Chan Ken Leong (337 undi).