Pembebasan Anwar bukan Selasa
Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat mengenai pembebasan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu ini berbeza dengan laporan media sebelum ini yang mengatakan mesyuarat itu berlangsung esok.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Jabatan Perdana Menteri memberitahu perkara itu.
“Oleh yang demikian, sebarang program berkaitan pembebasan Anwar ditangguhkan sehingga pemberitahun selanjutnya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.