DAPATAN KAJISELIDIK PENGUNDI SETAKAT APRIL 2018: UNDI MELAYU BN MERUDUM KEPADA 18 PERATUS SAHAJA
Kajiselidik dijalankan melalui telefon oleh penemuramah (“call agents”) yang bercakap dengan pengundi yang dipilih secara rawak oleh sistem computer.
Kajiselidik disertai oleh 1,961 pengundi berdaftar yang maklumat mereka telah disahkan sama dengan daftar Pengundi.
Kajiselidik berjalan di antara 12 April 2018 hingga 23 April 2018.
Dapatan kajiselidik melalui proses “weightage” untuk memastikan ia mewakili strata pengundi (“stratified”) iaitu mewakili setiap kumpulan pengundi mengikut kaum, umur dan latar belakang.
Margin of error adalah 2.21%
POLA SOKONGAN PENGUNDI MELAYU
Undi Melayu BN jatuh merudum dari 41.1% (Disember) kepada hanya 18.1% (April) membayangkan peralihan besar pengundi Melayu.
Undi Melayu di kalangan pengundi yang telah membuat keputusan di antara BN, PH dan PAS hampir sama.
50.7% responden memberi jawapan “Tidak pasti” atau “Undi rahsia” yang membayangkan mereka pengundi atas pagar.
POLA SOKONGAN PENGUNDI CINA
Undi Cina BN jatuh merudum ke paras 9.3% dalam bulan April 2018.
66.3% pengundi Cina menyatakan mereka “atas pagar” walaupun besar kemungkinan mereka penyokong PH.
Pola sokongan yang sama ditunjukkan oleh pengundi Cina: tahap sokongan kepada BN jatuh merudum sebanyak 50% dalam tempoh 5 bulan.
POLA SOKONGAN PENGUNDI INDIA
Sokongan pengundi India kepada BN merudum ke paras 18.7% berbanding sokongan kepada PH (32.9%).
Ini kali pertama sejak INVOKE menjejaki tahap sokongan pengundi bermula Januari 2017 yang menyaksikan sokongan pengundi India kepada PH lebih tinggi berbanding sokongan kepada BN.
Angka menunjukkan peralihan undi yang besar kepada PH di kalangan pengundi India berbanding sokongan kepada BN di saat-saat akhir, yang akan membawa kesan besar kepada banyak kerusi-kerusi marginal.
PROFAIL PENGUNDI ATAS PAGAR
Jumlah pengundi atas pagar meningkat mendadak dua minggu sebelum pilihanraya, membayangkan peralihan pengundi setiap kaum lari dari BN.
Pecahan pengundi atas pagar mengikut kaum: Melayu (50.7%), Cina (66.3%) dan India (46.9%)
PROFAIL PENGUNDI PAS
Hanya 32.6% dari pengundi PAS adalah penyokong tegar PAS. Selebihnya, sebanyak 32.1% ada potensi akan mengundi PH dalam senyap.
KESIMPULAN
Perbezaan sokongan antara BN, PH dan PAS di kalangan pengundi Melayu yang telah buat keputusan adalah tidak besar (sekitar 1% ke 3% sahaja).
Undi Melayu BN telah jatuh merudum berbanding 6 bulan lalu dan kini berada dalam lingkungan undi Melayu PH.
Di kalangan pengundi semua kaum, pilihan Perdana Menteri yang paling atas adalah Tun Mahathir/PH (29.9%) mengatasi Dato’ Seri Najib/BN (23.8%).
Majoriti pengundi (40.5%) yakin kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, berbanding hanya 27.6% yang percaya BN akan kembali berkuasa.
Bagi Pihak Invoke
RAFIZI RAMLI
Anda mungkin juga meminati: