PH YAKIN TANPA GST HASIL MENINGKAT RM6 BILION

TA’AWUN MENJELANG PRU: PAS SEMAKIN BERCELARU ‘MENENTANG’ UMNO

Tanah runtuh: Kekeliruan kelulusan projek terjawab



GEORGE TOWN, 26 OKT: Kekeliruan mengenai kelulusan projek perumahan swasta Taman Sri Bunga yang mengalami kemalangan tanah runtuh 21 Oktober lalu terjawab.
Kelulusan dibuat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil kira semua ulasan jabatan teknikal berkaitan secara menyeluruh di mana Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 30 November 2014 memberikan ulasan tiada bantahan kepada projek berkenaan.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menjelaskan, selain itu, MBPP juga mengambil kira pandangan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“JMG adalah jabatan yang mempunyai bidang kuasa dalam hal-hal geologi, pendasaran tapak, pemadatan tanah dan kerja-kerja peletupan.
“Kepakaran ini bukan di bawah JAS, tetapi di bawah JMG dan dalam kes ini JMG (pada 30 Disember 2014) memberi ulasan tiada halangan kerana dia (JMG) ada kepakaran dalam isu-isu ini,” jelasnya dalam sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar sebentar tadi lapor Buletin Mutiara.
Kon Yeow berkata, JAS bukanlah pihak berwajib yang diberi kuasa membuat keputusan mengenai permohonan kebenaran merancang kerana ia dibawah kuasa MBPP.
“JAS cuma bimbang mengenai jarak tidak cukup, mungkin ganggu bunyi kerana terlalu dekat dekat kawasan perumahan, debu-debu dan sebagainya.
“JAS adalah salah satu daripada jabatan luaran yang telah memberi ulasan yang tidak menyokong kerana tidak memenuhi keperluan zon penampan yang ditetapkan di bawah ‘Guidelines Form Siting and Zoning of Industry and Residential Areas’,” katanya.
Menurutnya, kuasa yang diberikan kepada MBPP sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawal pembangunan serta memberi kebenaran pembangunan berwajib adalah berdasarkan Seksyen 19 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976.
Fakta:
  1. Permohonan projek tersebut mematuhi Pelan Dasar dan Perancang Pemajuan MPPP 1976 dan di atas tanah yang bawah daripada 76m (250 kaki) dan dikategorikan sebagai Kategori II dengan cerun purata di bawah 20°.
  2. Ia bukanlah projek tanah bukit yang tinggi sepertimana didakwa oleh Penang Forum dan parti-parti pembangkang.
    Projek Tetuan Taman Sri Bunga berada pada jarak 714.53m dari pusat letupan kuari, berbanding dua projek lain yang menurut ulasan JAS terdahulu adalah tiada halangan.
  3. Dua projek pembangunan itu adalah projek perumahan Tetuan Prestasi Raya pada jarak 421.57m dari pusat letupan kuari, dan Kolej Tungku Abdul Rahman sejarak 589.44 m.
  4. Dari ‘crushing point’, jarak tapak projek Taman Sri Bunga adalah 181.95m, berbanding tapak projek Prestasi Raya (194.37m) dan tapak Kolej Tunku Abdul Rahman (258.45m).
  5. Projek tersebut berada di tanah landai, ketinggian di bawah 250 kaki atau 76m dari paras laut, mengikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi.

Mansuh GST: Rakyat untung, kerajaan tidak terbeban



KUALA LUMPUR, 26 OKT: Penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kerugian sebanyak RM42 bilion kepada kerajaan seperti yang didakwa kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, ia mampu diseimbangkan dengan pengurangan perbelanjaan berdasarkan dua komponen belanjawan iaitu pendapatan dan perbelanjaan.
Ia termasuk penjimatan kerajaan daripada pembaziran dan rasuah sebanyak RM20 bilion selain menurunkan peruntukan RM20.80 bilion Jabatan Perdana Menteri kepada RM8.40 bilion.
Dalam ucaptamanya, Presiden HARAPAN, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, GST merupakan cukai regresif yang mengakibatkan kenaikan kos mendadak.
“Kalau dulu cukai hanya untuk golongan yang layak dicukai sahaja tetapi dengan GST tiada yang terkecuali termasuk golongan fakir miskin penerima zakat.
“GST juga merupakan antara punca utama kenaikan kos sara hidup rakyat selain kenaikan caj tol serta harga petrol dan diesel. Akibatnya harga barangan dan perkhidmatan naik melambung yang membebankan rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah,” kata beliau.
Menurut Belanjawan Alternatif 2018 Pakatan Harapan (HARAPAN), meskipun penghapusan GST menyebabkan kerugian bersih sebanyak RM25.50 bilion, HARAPAN mampu mengembalikan sebanyak RM16.50 bilion berdasarkan kaedah percukaian sebelum pelaksanaan GST.
Penghapusan GST juga akan mampu menyuntik semula RM25.50 bilion secara langsung melibatkan tiga komponen hasil iaitu peningkatan aktiviti perniagaan dan kepenggunaan; peningkatan pembelian konservatif pengguna dan pemilikan item bernilai tinggi seperti hartanah dan kenderaan.
1)      Peningkatan aktiviti perniagaan dan kepenggunaan menyumbang kepada hasil pendapatan Cukai Pendapatan Syarikat (CITA) akan meningkat dengan anggaran perolehan RM2.81 bilion.
2)      Penghapusan GST akan menyebabkan peningkatan perbelanjaan sebanyak 20 peratus dengan pendapatan sebanyak RM1.46 bilion hasil duti import dan eksais untuk semua barangan – tidak termasuk kenderaan bermotor.
3)      Penggunaan item bernilai tinggi seperti hartanah dan kereta juga dijangka pulih dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 20 peratus menghasilkan perolehan Cukai Keuntungan Hartanah (RPTG) tambahan sebanyak RM0.20 bilion, menjadikan jumlah perolehan RTPG meningkat kepada RM1.82 bilion.
Belanjawan Alternatif ini turut mengunjurkan peningkatan penjualan kereta sebanyak 20 peratus yang bakal menyumbang kepada tiga kategori pendapatan iaitu import, eksais dan lesen kenderaan bermotor.
“Peningkatan 20 peratus akan meningatkan duti import sebanyak RM0.13 bilion kepada RM0.77 bilion; kenaikan duti eksais meningkat sebanyak RM1.30 bilion kepada RM7.82 bilion manakala lesen kenderaan bermotor meningkat sebanyak RM0.50 bilion kepada RM3.01 bilion.
“Oleh itu, jualan kereta lebih baik daripada paras rendah kebelakangan ini yang didorong oleh penghapusan GST akan menyumbang hasil tambahan sebanyak RM1.93 bilion,” memetik belanjawan tersebut.
Dalam masa yang sama, perolehan duti setem akan meningkat sebanyak RM1.20 bilion dan menjangkakan melalui tadbir urus yang baik- kerajaan HARAPAN mampu merealisasikan tambahan RM3.8 bilion hasil pendapatan pelaburan daripada syarikat GLC, GLIC dan institusi kewangan pembangunan (DFI). 

TUN MAHATHIR DAKWA SPRM DIPERGUNA NAJIB LAWAN PEMBANGKANG

BAJET PH MANSUH GST, KEMBALIKAN SUBSIDI MINYAK, BELI KONSESI TOL

PRU 14: USAH TUNGGU 2018, EKONOMI MAKIN BURUK, PENGANGGURAN TINGGI