RCI Forex: Tun Mahathir berani, datang tanpa diundang
Suruhanjaya Diraja Malaysia (RCI) berkaitan kerugian dalam urusniaga matawang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyaksikan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun beliau tidak diundang untuk memberi keterangan.
Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika skandal itu berlaku tiba di kompleks mahkamah Istana Kehakiman pada hari kedua RCI itu.
Dr Mahathir mengambil tempatnya dalam kamar di baris hadapan.
Dr Mahathir mengambil tempatnya dalam kamar di baris hadapan.
Prosiding bermula jam 9 pagi dan diketuai Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Selain Sidek, ahli panel lain ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad; Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon.
Turut terlibat ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Yusof Ismail yang juga setiausaha RCI.
Sebagai perdana menteri ketika kerugian itu dilaporkan, Dr Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merupakan fokus kepada prosiding tersebut.
Bekas menteri kewangan Datu Seri Anwar Ibrahim pula merupakan menteri kewangan pada masa itu.
Suruhanjaya berkenaan ditubuhkan pada bulan lalu.
BNM dilaporkan mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang sekitar 1990-an.
Pada hari pertama pendengaran, bekas penolong gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid dan pegawai BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf dan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin hadir memberikan keterangan.