BN tidak mungkin panjangkan tempoh PRU 14 – Tinjauan
Tinjauan Suara pakatan daily terhadap 30 orang masyarakat awam termasuk pekerja bank, pemandu teksi, kerani, pekerja hotel dan lain-lain menjangkakan kerajaan BN akan mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke 14 dalam tempoh 2 atau 3 bulan yang akan datang.
Seorang pekerja hotel Alfred Lopez berkata, PRU 14 akan diadakan dalam tahun 2017 kerana BN tidak akan menunggu sehingga pembangkang berjaya mempengaruhi pengundi luar bandar untuk melakukan perubahan.
“PRU 14 pasti hangat disebabkan oleh terlalu banyak isu. Di kawasan bandar, pengundi sudah membuat keputusan untuk mengundi PH tetapi di kampung dan kawasan luar bandar, sokongan untuk BN masih kuat lagi.
“Oleh sebab itu, PRU14 akan diadakan ‘sebentar lagi’ supaya PH tidak ada masa untuk memberi maklumat secukupnya kepada pengundi kampung dan luar bandar,” katanya.
Seorang eksekutif bank, Calvin Wong, berumur 30 tahun, berkata walaupun angka ekspot dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sudah naik, namun untuk rakyat biasa, kos sara hidup yang meningkat tinggi, harga barang mahal serta nilai matawang Ringgit masih rendah mendorong mereka untuk menolak BN.
“Ada sesuatu yang tidak kena (bagi rakyat biasa). Kerajaan selalu mengeluarkan kenyataan ekonomi negara amat baik serta kukuh dan hanya setengah pihak tertentu sahaja yang sedang memburukkan-burukkannya tetapi apabila anda turun padang, anda boleh nampak keadaan yang sebenar.
“Ada kilang tutup, pekerja dikurangkan, gaji lebihan masa dipotong, pasaran sudah ‘slow down’ dan sebagainya. Susah hendak percaya situasi ekonomi di Malaysia adalah bagus,” kata Wong.
Beliau memberitahu golongan usahawan terutamanya pelabur asing kini kurang yakin dengan perkembangan politik di Malaysia kerana nampaknya hala tuju kerajaan adalah kabur.
“Kerajaan Malaysia perlu membayar IPIC (penyelesaian bon 1MDB) pada 31 Julai. Saya hendak tahu perkembangan lanjut mengenai kes ini.
“Saya berpendapat PRU14 akan diadakan dalam masa terdekat supaya Pakatan tidak ada masa mengatur strategi serta mencelikkan minda pengundi kampung,” ujar Wong.
“Saya berpendapat PRU14 akan diadakan dalam masa terdekat supaya Pakatan tidak ada masa mengatur strategi serta mencelikkan minda pengundi kampung,” ujar Wong.