BERSATU MENENTANG Umno/Bn.TINGGALKAN YANG MASIH RAGU RAGU


KREDIT:  WAN FAUDZIN


Suasana di Ceramah Mega Setahun Amanah Selangor di Shah Alam  malam tadi. Dalam suasana hujan, kehadiran orang ramai amat membanggakan.
Berikut petikan ucapan para pimpinan utama:
Husam Musa - Pembangkang harus segera melangkah dan atur strategi menghadapi PRU14. Mana-mana yg setuju untuk bersatu jatuhkan Umno/Bn harus digembeling sekarang, mana-mana parti yg masih was-was dan ragu-ragu untuk bersama kita, biarkan mereka dengan keraguan mereka dan kita harus jalan dahulu ke medan.
Mat Sabu - Ingatan sejarah, waktu Parti Semangat 46 tubuh untuk lawan Umno/Bn, kita sambut dan bantu mereka. Waktu PKR tubuh, kita sambut dan bantu mereka. Dan kini, waktu Amanah pula wujud, Amanah juga seharusnya disambut dan dibantu.
Azmin - Amanah diharapkan dapat memperkasakan parti mereka di Selangor khususnya bagi memperkuatkan sokongan rakyat bagi bersama PKR dan Dap serta Bersatu untuk menumbangkan Umno/Bn di Pusat. Mana2 pihak yg tidak mahu bersatu menumbangkan Umno/Bn, mereka akan ditolak oleh rakyat dlm PRU akan datang.
Mahathir - Pembangkang mesti bersatu dan mesti menggunakan satu logo di dlm PRU akan datang untuk pastikan satu lawan satu dengan Umno/Bn. Menyeru rakyat untuk turun himpunan BERSIH 5 dan beliau juga akan turun bagi menggambarkan rakyat menolak kepimpinan Najib, Umno/Bn. Provokasi oleh puak2 Jamal baju merah adalah taktik untuk menggagalkan BERSIH supaya Najib boleh gunakan kuasanya bagi menghalang BERSIH atas alasan kononnya berlaku huru-hara dan pergaduhan kaum.




Dulu Selangor kubu Umno BN. Sekarang Selangor jadi kubur bagi Umno BN.
Tahniah kepada AMANAH. Walaupun usia setahun tapi cukup matang dalam politik mereka. Saya yakin AMANAH akan main peranan penting dalam politik negara.
Senario politik semasa memerlukan kekuatan baru. Negara sedang dilanda kegawatan kepimpinan dan kecurangan pengurusan ekonomi negara. Kita tak boleh lagi mendokong Umno BN.
Bukan sahaja menyokong Perdana Menteri Najib Razak malah mana-mana pihak yang dilihat bersama dengan Najib pun tidak boleh diterima.
Tidak boleh bersekongkol dengan bapak perompak negara.
Kita nyatakan ikrar, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN, rakyat akan menolak mereka pada pilihan raya akan datang.
DS Azmin Ali




Selepas pembalakan melampau, Kelantan buat Dialog Sayangi Hutan


Dialog Sayangi HutanDialog Sayangi HutanEkoran kontroversi pembalakan tidak terkawal di bahagian hulu Kelantan, pihak kerajaan negeri hari ini menganjurkan dialog 'Sayangi Hutan Kita'.
Program anjuran Perkuburan Intelektual dan Graduan Kelantan (i-Grad) itu yang bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu dijangka berlangsung pukul 9.15 malam semalam.
Dialog itu diadakan selepas pembongkaran kemusnahan kritikal alam sekitar oleh Royalti (R) Malaysia bersama kumpulan NGO dan media minggu lalu.
Pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Zaki Hamzah dan NGO Rakan Alam, Huzir Sulaiman sebagai ahli panel.
Dialog yang dipanggil 'Sanggar Intelek' itu diuar-uarkan akan menjawab persoalan berkaitan amalan pengurusan hutan yang sebenar, takrifan Hutan Simpan Kekal serta hutan sebagai sumber ekonomi negeri.
Dalam hal berkaitan, tinjauan Malaysia Dateline bersama R Malaysia baru-baru ini mendapati penebangan balak turut melanggar had 50 meter dari tebing sungai selain beberapa balak bersepah di Air Terjun Dakota.
Tinjauan media dan NGO di pedalaman Gua Musang melalui drone minggu lalu mendapati pembalakan secara tebang habis turut melanggar zon rizab sungai. Foto: R MalaysiaTinjauan media dan NGO di pedalaman Gua Musang melalui drone minggu lalu mendapati pembalakan secara tebang habis turut melanggar zon rizab sungai. Foto: R MalaysiaSiasatan juga mendapati paras sungai di sekitar Hutan Simpan Kekal Balah juga cetek akibat aktiviti berlebihan mendapan pasir yang dipercayai kesan pembalakan.
Masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan turut mengadu kehidupan mereka semakin terancam ekoran sumber hutan yang semakin merosot.
PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Pihak tolak Bersih 5 jadi tangga Umno, kata Husam


Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkanDatuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan
Pihak yang menolak untuk sertai Bersih 5 atas alasan tidak mahu jadi "tangga" pihak lain adalah sebenarnya mahu jadi "tangga" Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana tindakan sperti itu sudah tentu akan membantu pihak yang menipu dalam pilihan raya.
Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan kerana dalam meraih sokongan rakyat semua pihak saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
"Pas sendiri sudah berapa kali mendapat manfaat politik melalui bantuan politik atau "tangga" pihak lain," katanya dalam ceramah kemuncak konvoi Bersih 5 di Pasir Puteh malam tadi.
Pada pilihan raya 1999 katanya, Terengganu terlepas dari tangan Umno kerana isu pemecatan Datuk seri Anwar Ibrahim.
"Pas sudah dapat tangga Anwar ketika itu dan dapat memerintah, ada sesiapa terfikir untuk beri Anwar imbuhan atau gaji?.
"Semua dibolot Pas Terengganu dan PKR waktu itu jadi melukut ditepi gantang saja," katanya.
Begitu juga katanya dalam pilihan raya 2008 dan 2013, Pas telah mendapat kemenangan di banyak tempat termasuk di Selangor, Perak dan lain-lain hasil mendapat "tangga" dari pengundi bukan Islam yang sebahagiannya kerana perjuangan Bersih.
"Di Selangor pernah dapat hingga 15 kerusi dari 20 kerusi ditandingi, tidak sedarkah kita ini hampir mustahil tanpa "tangga" pihak lain," soal beliau.
Penyertaan dalam gerakan Bersih katanya adalah kewajipan agama dalam ajaran Islam kerana pengendalian pilihan raya yang penuh penipuan dan senget sebelah adalah perkara yang melampaui batas.
"Dalam Islam perakara ini disebut "tangha" atau "taghut"," katanya.
Menurut beliau, semasa arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dulu, penyertaan dalam aktiviti Bersih dianggap satu kewajipan.
"Semua acara Bersih sejak yang pertama hingga Bersih 3, arwah Tok Guru arahkan kita semua bersama kerana perkara ini bukan setakat tindakan politik malah satu kerja agama.
"Tok Guru arahkan saya supaya membuat panduan dan tatacara ketika menyertai Bersih, antara lain mengarahkan kita supaya bersolat di mana saja bila masuk waktu solat.
"Dari situlah kita lihat peserta Bersih bersolat di semua sudut, dan orang bukan Islam menghormati tindakan ini dengan turut membersihkan tempat kita nak bersolat dan mereka yang bawa air turut membantu mereka yang belum ada wudhuk mengambil wudhuk.
Perkara ini kata beliau menjadi viral ke seluruh dunia kerana gambar-gambar diambil bagi menunjukkan perpaduan dan keharmonian antara kita rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
"Kita diajar bersatu menentang kezaliman dan penindasan dan bukannya memperlekehkan oang-orang yang berusaha menuntut keadilan dan sistem pilihan raya yang bersih dan bebas.
"Orang memerhati cakap-cakap mereka ini dan semakin terasa ucapan terhadap Bersih ini seperti percakapan menteri di pejabat perdana menteri," katanya.

Usul MP Marang mesti dapat kebenaran Najib, dakwa Rafizi


Rang Undang Undang yang bakal dibawa MP MaarangRang Undang Undang yang bakal dibawa MP Maarang
Usul pindaan Akta 355 yang bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika dibenarkan adalah untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat agar satu Rang Undang-undang bagi menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah dirujuk kepada menteri yang berkenaan untuk dipertimbangkan.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata demikian ketika mengulas jangkaan Presiden Pas itu akan membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat pada masa terdekat.
Menurutnya, usul itu mesti mendapat kebenaran daripada kerajaan iaitu Datuk Seri Najib Razak selaku ketua kerajaan untuk dibentangkan.
"Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberi oleh menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen yang sekarang ini dipegang Datuk Azalina Said Othman.
"Jika Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentang dan dibahaskan.
"Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahas maka berlaku pengundian," ujarnya sambil menekankan perlunya Peraturan Mesyuarat difahami.
Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, ramai yang menjangkakan Dewan Rakyat akan tunggang terbalik jika sampai ke peringkat pengundian kerana jika diluluskan kononnya terlaksanalah hudud di Malaysia.
"Yang tidak setuju berpandangan ini satu bahaya yang kita mesti hentikan. Yang bersetuju menegaskan kalau tidak setuju maka orang itu menolak Islam.
"Hakikatnya jauh panggang dari api, jauh undang-undang dari 1MDB (pepatah kedua saya tambah sendiri)," sindirnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perjalanan untuk hudud bahkan menaik taraf Mahkamah Syariah masih jauh jika usul RUU355 itu diundi dan diluluskan.
"Sebabnya ialah pengundian yang dibuat selepas pembentangan dan perbahasan usul Ahli Parlimen Marang itu hanya bagi mendapat persetujuan Dewan Rakyat untuk merujuk rang undang-undang tersebut kepada menteri yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan.
"Selagi menteri berkenaan tidak kembali untuk membentangkan rang undang-undang itu sebagai rang undang-undang kerajaan dan dibahaskan kembali, maka undi yang dibuat susulan dari usul Ahli Parlimen Marang itu tidak lebih dari menyatakan sokongan moral tanpa ada kesan undang-undang," tegasnya.
Sehubungan itu, Rafizi menasihatkan supaya rakyat faham bahawa pindaan Akta 355 akhirnya kembali kepada keputusan Najib jika pengundian berlaku selepas pembentangan usul Ahli Parlimen Marang tersebut.
Menurutnya, cadangan Hadi itu hanya berpeluang untuk dilaksanakan jika Najib mengarahkan Datuk Seri Jamil Khir membentangkan satu rang undang-undang jenayah memperkasakan Mahkamah Syariah untuk dibahaskan pada peringkat bacaan kedua.
"Ramai yang tidak sedar bahawa walaupun ahli parlimen bukan kerajaan boleh sahaja mengusulkan apa-apa cadangan rang undang-undang, untuk ia dibahas dan diundi sebelum dilaksanakan, ia mestilah diterima dan dibentangkan kembali sebagai rang undang-undang kerajaan.
"Hanya rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan yang akan dan boleh dilaksanakan," tambahnya lagi.