TUN M ATUR JADUAL TURUN KEMPEN TENTANG BN DI DUA PRK

MAT SABU AJAK PENYOKONG PAS UNDI AMANAH, JANGAN BAZIR PELUANG

Calon tempatan kelebihan Amanah di pertembungan empat penjuru Kuala Kangsar


image
KUALA KANGSAR, 5 JUN: Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar hari ini berjalan lancar dan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Bebas, PAS, BN dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Proses penamaan calon bermula jam 9 pagi tadi berjalan lancar dengan kehadiran ribuan penyokong dari parti-parti yang bertanding.
Calon Bebas diwakili Izat Bukhary Ismail Bukhary, PAS oleh Najihatussalehah Ahmad, Mastura Mohd Yazid mewakili BN manakala Dr. Ahmad Termizi Ramli mewakili Amanah.
Berucap di hadapan penyokong setelah pencalonan diterima, calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan (PH) Dr. Ahmad Termizi berkata Pakatan Harapan perlu menang dalam PRK Kuala Kangsar demi memperjuangkan negara yang bersih daripada gejala rasuah.
“Ini juga satu persediaan kepada Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 dan membentuk kerajaan yang lebih baik,” ujar anak jati Kuala Kangsar itu.
Selain pimpinan PH negeri, turut memberi sokongan kepada calon Amanah ialah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Parlimen Kuala Kangsar memiliki 32,949 pengundi yang berdaftar berdasarkan daftar pemilih SPR sehingga Mei lalu.
Ia meliputi 15,334 pengundi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan dan 17,298 dari DUN Manong. – Roketkini.com

Sempena Ramadan, Pulau Pinang mulakan program Ibu Emas


Lim Guan Eng Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 5 JUN: Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini mengumumkan program penghargaan Ibu Emas sebagai imbalan untuk pengorbanan serta sumbangan yang telah dicurahkan lebih 50,000 wanita yang berdaftar dalam program tersebut.
Setiap peserta yang berdaftar akan menerima sumbangan penghargaan sebanyak RM100 setiap tahun dan bayaran kali pertama akan diagihkan mulai esok ke akaun bank peserta.
“Minggu depan kerajaan negeri akan memulakan program penghargaan ibu emas untuk mengiktiraf sumbangan ibu yang tidak keluar rumah bekerja demi jaga anak, suami dan keluarga.
“Untuk IBU EMAS yang belum berdaftar, mereka boleh berbuat demikian di pejabat kerajaan negeri dan juga wakil rakyat kerajaan negeri Pakatan,” umum Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam Perutusan Ramadannya, hari ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Bagan itu turut mengumumkan bonus tiga perempat bulan gaji untuk semua anggota pentadbiran negeri.
Pemberian Bonus Raya itu meningkat satu perempat bulan gaji berbanding setengah bulan gaji yang diterima penjawat awam yang terlibat tahun lalu, tambahnya.
“Di samping itu, kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa bantuan kepada sekolah agama rakyat akan diteruskan. Sejak 2008, kerajaan negeri telah menghulurkan peruntukan sebanyak RM41.6 juta iaitu jumlah yang jauh lebih besar berbanding dengan peruntukan yang diberikan sebelum 2008.
“Sekiranya kos pengambilan tanah untuk sekolah agama diambil kira, maka jumlah yang diperuntukkan adalah kira-kira RM45 juta,” katanya.
Dalam aspek tanah pula, Kerajaan Negeri telah menyumbang tanah bernilai RM80 juta untuk membina Kompleks Kehakiman dan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang di Jalan Scotland sebagai lambang penghormatan kepada agama Islam.
“Sungguhpun pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah ini di bawah kerajaan Persekutuan sudah lewat 21 bulan, adalah diharapkan ia boleh siap sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri,” tambahnya.
Dalam kenyataan yang sama, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua penganut agama Islam di Malaysia, khususnya. – Roketkini.com

VIDEO DAN GAMBAR GAMBAR PENAMAAN CALON

KREDIT GAMBAR DARI FB  RAKAN  LAMANREFORMASI LAMAN RAKYAT
















HAKIKAT SEBENAR DI SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR




Betul kata menteri ini, apa yang berlaku kepada Pas sekarang tidak lain menunjukkan parti itu menyokong dan mengakui apa yang diperjuangkan UMNO selama ini.
Pengarah Pilihanraya Pas, Mustaffa Ali pula mengesahkan musuh mereka dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ialah Amanah dan bukannya UMNO.
Lalu, benarlah bahawa walaupun di atas kertas berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi hakikatnya ialah perlawanan dua lawan satu iaitu Pakatan Harapan melawan BN yang dibantu oleh Pas selaku sekutu barunya.
Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, yang bermula hari ini akan dihidangkan dengan pelbagai jamuan kempen sehingga 18 Jun depan, diharapkan tidak sesekali terkeliru dengan hakikat ini. 

Di antara dua, pilihan hanya satu dan eloklah diabaikan parti yang sudah berubah laku. (SH 05/06/2016).

PKR arah anggota semua peringkat bantu kempen calon PH di Sg Besar, Kuala Kangsar


Wan Azizah akan bersama mengiringi calon Amanah di Sungai BesarWan Azizah akan bersama mengiringi calon Amanah di Sungai Besar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberikan sepenuh kerjasama membantu jentera kempen Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata jentera PKR dari seluruh negara akan dipimpin sendiri oleh Pengarah-pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) iaitu YB Nurul Izzah Anwar di Sungai Besar dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail di Kuala Kangsar.
"Untuk perarakan mengiringi calon esok, Dato’ Seri Presiden, Dato’ Dr Wan Azizah Wan Ismail akan hadir bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Harapan yang lain untuk mengiringi calon Pakatan Harapan bagi Pilihanraya Kecil Sungai Besar, Ustaz Mohd Azhar Abdul Shukur.
"Manakala pimpinan PKR yang lain juga akan turut bersama-sama mengiringi calon Pakatan Harapan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli ke pusat penamaan calon," katanya dalam satu surat yang diedarkan hari ini.
Beliau juga menyeru supaya anggota PKR dan aktivis reformasi turun beramai-ramai mengiringi calon-calon Pakatan Harapan ke pusat penamaan calon pada 5 Jun 2016 ini untuk menzahirkan sokongan padu dan komitmen PKR kepada Pakatan Harapan dalam kedua-dua pilihanraya kecil.
Beliau juga mengarahkan pengerusi-pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Pengarah-pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri (JPRN) supaya berbincang dengan Nurul Izzah Anwar dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail bagi tujuan penyelarasan tugasan.
"Secara umumnya, negeri-negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak ditugaskan membantu kempen Pakatan Harapan di Kuala Kangsar sementara negeri-negeri Selatan/Tengah iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu ditugaskan membantu kempen Pakatan Harapan di Sungai Besar," katanya.
Beliau mendoakan semua ahli dan penyokong turun beramai-ramai menyertai jentera PKR yang telah ditugaskan di kedua-dua kawasan untuk memastikan kemenangan kepada Pakatan Harapan.
"Kemenangan itu In Sha Allah akan menjana gelombang rakyat membawa reformasi dan membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim," katanya.