Tun M atur jadual turun kempen tentang BN di dua PRK
Tun Dr Mahathir Mohamad past akan turun berkempen bagi mengalahkan calon BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata pihaknya tengah menyusun jadual Bekas perdana menteri untuk kedua-dua kawasan itu.
“Secara tak langsung, Tun Mahathir akan turun atas dasar Deklarasi Rakyat.
“Dia akan berkempen di aktiviti Pakatan Harapan tapi atas platform Deklarasi Rakyat.
“Kalau Pakatan Harapan anjur program Deklarasi Rakyat selamatkan malaysia sudah pasti Tun Mahathir akan turun,” kata Khairuddin yang hadir bersama Pakatan Harapan ke pusat penamaan calon Sungai Besar hari ini.