on:
Speaker Parlimen tak benar Ahli Parlimen tanya tentang skandal 1MDB
9 Mac 2016
KUALA LUMPUR, 9 MAC: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, enggan membenarkan ahli-ahli Parlimen bertanya tentang skandal RM2.6 bilion dan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
Sedangkan dalam sesi yang lalu, beliau tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen untuk membangkitkan isu berhubung skandal berkenaan.
Keadaan ganjil itu menyebabkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mempersoalkan sikap tidak konsisten Speaker Dewan, walaupun pihak parti pemerintah telah berjanji untuk bersikap terbuka dan adil.
Menurut Kit Siang, pada November tahun lalu, semua ahli Parlimen dan rakyat dijanjikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bahawa kerajaan akan menjawab sebarang soalan berhubung skandal-skandal tersebut pada hari terakhir mesyuarat bajet pada 3 Disember.
Sejak mesyuarat Bajet bermula pada Oktober, tambah beliau, Azalina dilihat cuba mengelak dari menjawab soalan mengenai dua skandal mega melibatkan RM55 bilion 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Katanya, pada 3 Disember, wujud dua kali tindakan untuk melarikan diri dari menjawab soalan berhubung dua skandal mega itu.
“Pertamanya, Najib tidak ada dalam dewan untuk berikan jawapan kepada ahli-ahli Parlimen dan rakyat.
“Keduanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pula mengambil masa tiga minit dan mengarut untuk menjelaskan bahawa beliau tidak boleh memberikan sebarang jawapan, yang mana pada waktu itu seluruh negara sedang menantikan jawapan sebenar yang dijanjikan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Dalam sesi Parlimen terbaru ini, Kit Siang berkata, Speaker Dewan Rakyat pula tidak membenarkan soalan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan berhubung skandal derma RM2.6 bilion Najib itu.
“Speaker perlu memuaskan hati ahli-ahli Parlimen dan orang awam, rakyat Malaysia kerana tindakan pilih kasih ini sangat tidak boleh diterima seolah-olah berada di barisan hadapan menyekat segala persoalan berhubung dua skandal mega Najib itu,” katanya lagi. – Roketkini.com
APA YANG HANG MERAPU NI TONTOWI.........
AL HUSSEYN
Nasrudin Tantawi dengan kajian putar alamnya ...
Walaupun sudah empat hari Deklarasi Rakyat telah ditandangani tetapi Pas masih mengkaji sama ada Deklarasi Rakyat itu memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara atau sebaliknya kata Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan.
Menurutnya, PAS mempunyai pendirian yang jelas bahawa perdana menteri mesti ditukar melalui proses demokrasi.
Ahli Parlimen Temerloh itu juga menegaskan, tindakan Pas membenarkan empat anggotanya menghadiri majlis menandatangani deklarasi itu tidak bermakna Pas menyokong deklarasi. Baca kenyataan penuhnya di sini
Hoi! Kamu nak kaji berapa lama lagi Tantawi?? Apa yang jelas kepada kami, Pas mempunyai pendirian klu klek bukan sahaja dalam isu tersebut, malah dalam beberapa isu yang lain.Pas dalam banyak hal, dilihat lebih cenderung membela Najib.
Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir dan pemimpin Umno-BN adalah pengakuan pemimpin parti pemerintah itu bahawa pentadbiran mereka merosakkan banyak institusi kerajaan.
Deklarasi tersebut telah menyemarakan lagi hala tuju Pakatan Harapan untuk terus maju dengan penganjuran Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia.
Setahu saya, Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar hadir dan menandatangani deklarasi itu atas insiatif dan kesedaran mereka sendiri sebagai warga negara yang prihatin dengan masalah rakyat. Mereka tidak pernah meminta izin dari Pas untuk hadir seperti apa yang kamu dakwa.

Tidak sebagaiman Datuk Mustafa Ali dan Datuk Khairuddin Aman Razali yang tiba-tiba tercongok di situ meskipun sebelum itu, PAS telah menyatakan mereka tidak akan bersama.
Pas membuat kenyataan bahawa kehadiran mereka mendapat izin presiden dan bertujuan untuk mengambil maklumat hanyalah kerana nak tutup kemaluan setelah parti mereka terlalu gelojoh dan gopoh membuat kenyataan.

“Menandatangani deklarasi itu inisiatif mereka dan kami tak nyatakan itu sebagai kesalahan sebab pergi secara peribadi dan majlis tak memberi kemudaratan kepada parti." - Kata-kata Tantawi ini mengingatkan kita kepada Adun Dewa Jadi-jadian yang pergi ke majlis Tahun Baru Cina secara peribadi dan tidak memberi kemudaratan kerana tanpa niat! Kah!Kah! Kah!
Dan Tantawi kata, “Membenarkan mereka hadir bukan bermaksud bersetuju dengan deklarasi.”
Tetapi bagaimana pula dengan kenyataan Presiden Pas yang menganggap Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu boleh diterima?
Dan kalau benar tidak bersetuju, kenapa Mustafa Ali susahkan diri menandatangani deklarasi tersebut?
Kenapa Mustafa tidak bertindak sebijak Mohd Khairuddin yang memberi alasan terbaiknya, “ana (saya) hanya hadir tetapi tidak sign declaration kerana mandat dari Presiden hanya untuk hadir mendengar dan menemani Cikgu Pa…”
Lalu kamu pun beri alasan, Mustafa menandatanganinya itu adalah atas kapasiti peribadi.... Tapi, kalau Hj hadi yang sain atau buat keputusan atas keputusan peribadi, korang boleh terima pula bahawa itu adalah keputusan Pas!!
At-tantawi, teruskanlah dengan kajian putar alam politik matang kamu itu ! Permisi, kami maju dulu...

Ahmad Said Dakwa Simpan Rahsia Besar Najib
Saya simpan rahsia besar Najib – Ahmad Said
Bekas Menteri Besar Terengganu,
Datuk Seri Ahmad Said mendakwa
beliau menyimpan satu rahsia besar
Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak, demikian lapor
FreeMalaysiaToday.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan,
ia boleh memalukan Najib dan rakyat.
“Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya
dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).
“Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya,
saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang,”
katanya kepada FMT.
Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan
sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.
Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau hanya
akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan komen-komen pemimpin
UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib sendiri.
“Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor).
“Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina,” katanya.
Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membahaskan titah ucapan
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan
Negeri (DUN).
Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya
terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar
peraturan DUN.
Portal bicara.news melaporkan bahawa pada sesi petang, kelibat Dato’ Seri
Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di dalam Dewan.
"Ketiadaan Hadi telah mengambarkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan
cara yang dibuat oleh Adun Kijal tersebut dan beliau tidak menghadirkan
diri dalam dewan," lapor portal berkenaan.
Pembangkang (PAS) mempunyai 14 kerusi dun dan PKR satu kerusi tidak mungkin
jika undian dibuat akan berpihak kepada pembangkang kerana Barisan
Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi dun, tambahnya.
Jika ianya ditolak dengan kerusi dun Kijal maka BN mempunyai 16 kerusi dan 14
kerusi di pihak pembangkang dimana satu kerusi dimiliki Abdul Hadi Awang dari Rendang.
PAS kononnya tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu dengan menyebarkan
kepada ahlinya bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan
undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.
ULASAN GB
Tetapi Presiden PAS sendiri tak datang untuk mengundi sokong tidak usul
Ahmad Said berkenaan, bagaimana kata ahli-ahli PAS bahawa PAS akan
mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif?

DEKLARASI RAKYAT BUKAN AGENDA DAP HANCURKAN UMNO
Deklarasi Rakyat bukan agenda DAP hancurkan Umno
Tuduhan yang mengatakan Deklarasi Rakyat adalah agenda DAP untuk menghancurkan Umno merupakan satu tuduhan yang tidak benar,’ kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, Deklarasi Rakyat bukan agenda mana-mana parti politik , kerana ia terbit daripada kesedaran individu daripada pelbagai latar belakang sosial dan politik yang sedar bahawa kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri sudah tidak wajar lagi memandangkan beliau terpalit dengan pelbagai skandal kewangan yang menjejaskan keyakinan rakyat kepada beliau untuk memimpin Malaysia.
“Malah imej negara kita juga terjejas teruk di peringkat antarabangsa. Hakikatnya, Deklarasi Rakyat adalah perjuangan rakyat yang merentasi ideologi politik, kaum dan agama untuk menentang kemungkaran, menyelamatkan Malaysia dan menebus kembali maruah negara,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Jumaat lepas, Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
Antara lain, ia turut dihadiri Muhyiddin sendiri, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.
DANA RM42 JUTA SRC : MANA BETUL, NAJIB ATAU PEGUAM NEGARA?
Dana RM42 juta SRC : Mana betul, Najib atau Peguam Negara?
Seorang ahli Parlimen PKR hari ini menggesa peguam negara menjelaskan jejak aliran wang di antara SRC International dan Datuk Seri Najib Razak, memandangkan kini firma itu menafikan mengetahui mengenai dana yang dipindahkan ke dalam akaun perdana menteri.
Wakil rakyat Kelana Jaya Wong Chen berkata, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang medianya 26 Januari lalu mengesahkan dana daripada syarikat milik Kementerian Kewangan itu didepositkan ke dalam akaun Najib.
Tetapi Najib, yang juga menteri kewangan, hari ini berkata SRC International tidak tahu apa-apa mengenai dana yang dipindahkan ke dalam akaun beliau itu.
“Kalau hendak dikatakan, jawapan daripada menteri kewangan itu mengejutkan kerana ia merupakan penafian keseluruhan mengenai adanya pemindahan RM42 juta yang didakwa dibuat ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
“Penafian keseluruhan itu juga bertentangan dengan kenyataan akhbar rasmi peguam negara berkenaan isu SRC, di mana beliau mengakui pemindahan SRC wujud tetapi perdana menteri tidak akan didakwa,” kata Wong Chen kepada pemberita di Parlimen hari ini.
PEGUAM NEGARA, POLIS PERLU SIASAT PENGELUARAN BON AS$6.5 BILION 1MDB – DAP
Peguam Negara, polis perlu siasat pengeluaran bon AS$6.5 bilion 1MDB – DAP
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar harus segera menjalankan siasatan berhubung pengeluaran bon bernilai AS$6.5 bilion oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Goldman Sachs, kata DAP.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, tindakan itu perlu dilakukan susulan bekas ketua Goldman Sachs di Asia Tenggara Tim Leissner disepina Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).
“Kegagalan peguam negara dan ketua polis negara mengambil tindakan segera dan efektif terhadap jenayah seperti itu mengakibatkan Putrajaya terpaksa menyelamatkan 1MDB dengan pinjaman kecemasan, penjualan hartanah dan kontrak dengan harga yang rendah,” kata Pua pada satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata, walaupun Putrajaya dan pembayar cukai mangsa terbesar pembayaran kepada Goldman Sachs, penyiasat AS yang menemui asas penyiasatan dalam transaksi yang berkemungkinan satu penipuan.
Bloomberg sebelum ini melaporkan Tim (gambar kanan) disepina FBI bulan lalu, dan pendakwaraya Jabatan Keadilan kini sedang menyiasat sama ada terdapat kaitan dengan 1MDB.
“Saya dan pengkritik 1MDB sejak sekian lama menggesa pengeluaran bon oleh Goldman Sachs untuk 1MDB sebanyak AS$6.5 bilion itu disiasat,” kata Pua.
Beliau berkata, 1MDB mempunyai 3 bon antarabangsa, dengan 2 bon masing-masing bernilai AS$1.75 bilion, dan AS$3 bilion.
Pua juga berkata, 1MDB membayar AS$196 juta dan AS$283 juta untuk komisen, caj dan perbelanjaan bagi mengemukakan bon bernilai AS$1.75 bilion dan AS$3 bilion.
“Amaun ini berbentuk kepada peratusan yang tinggi sehingga 11.2% dan 9.4% daripada dana bon,” kata Pua.
Beliau berkata, negara luar seperti Mexico dan Uruguay berjaya mengeluarkan bon masing-masing bernilai AS$3.9 bilion dan AS$2 bilion dengan hanya menolak 0.2% dan 0.1% sebagai caj dan perbelanjaan.
“Bagaimana mungkin Malaysia sebagai sebuah negara lebih baik daripada mereka,” katanya.
DEKLARASI RAKYAT PERLU PAMER KESEPADUAN PIMPINAN UMNO – PH
Deklarasi Rakyat perlu pamer kesepaduan pimpinan Umno – PH
Kempen ‘Selamatkan Malaysia’ melalui Deklarasi Rakyat yang ditandatangani pada 4 Mac lalu masih kurang difahami rakyat biasa.
Malah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin beranggapan sesetengah tokoh yang mengkritik pentadbiran Najib tidak menunjukkan keseriusan apabila tidak hadir menandatangani deklarasi berkenaan.
“Amat menghairankan apabila ada setengah pihak yang sepatutnya menyokong matlamat ini akhirnya tidak menyokong pula,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu kepada Suara pakatan daily (SPD).
Manakala tinjauan ke atas 15 orang penyokong Pakatan Harapan yang dilakukan SPD mendapati deklarasi itu kurang mendapat sambutan kerana penyokong tidak memahami secara menyeluruh tujuannya.
“Mungkin kerana media arus perdana sangat kurang memberi liputan berkenaan dengan isu deklarasi ini,” kata Kenny Hiew, seorang penyokong DAP, berusia 46 tahun berasal dari Ipoh.
Seorang penyokong parti Amanah, Ramlah dari Bandar Menjalara, Kepong pula berpendapat deklarasi itu kurang ditandatangani wakil-wakil rakyat, justeru impaknya agak kurang.
Bagi mereka, langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah mempromosi gerakan Selamatkan Malaysia secara besar-besaran ke seluruh negara sebagaimana Pas dan DAP mempromosi gerakan Reformasi melalui gabungan longgar NGO dan parti politik, GERAK, pada 1998 dahulu.
Selain itu, pemimpin Umno dan Pakatan Harapan juga, kata mereka, perlu melakukan road show bersama. Menurut mereka, hanya dengan kemunculan Dr Mahathir dan Muhyiddin di pentas pembangkang sahaja akan mampu membawa ahli Umno berfikir di luar kotak dan melakukan perubahan dalam pilihan raya.