Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam yang memberi hak kepada Orang Asli berkaitan tanah tempat tinggal dan kawasan mereka mencari rezeki sepatutnya memberi peluang kepada kerajaan untuk mengkaji supaya hak tanah Orang Asli disesuaikan menurut kehendak Islam.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad berkata walaupun di sudut undang undang tanah dan enakmen rezab melay
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad berkata walaupun di sudut undang undang tanah dan enakmen rezab melayu Kelantan, masyarakat Orang Asli tidak layak untuk mendapat hak milik tanah, tetapi di sudut Islam, mereka tidak dihalang untuk mendapat hak tersebut.
"Kerajaan Kelantan sepatutnya tidak sewenang wenangnya membangunkan tanah tanah kerajaan yang didiami atau berada berdekatan dengan penempatan Orang Asli tanpa apa apa perundingan awal dengan masyarakat tersebut," katanya mengulas keputusan mahkamah berkenaan.
Masyarakat Orang Asli katanya, telah lama berjuang untuk mendapat hak mereka atas apa yang didakwa sebagai wilayah adat.
"Mereka telah mendiami kawasan tersebut semenjak ratusan tahun dahulu.
"Selagi kerajaan negeri gagal mencari satu penyelesaian kepada tuntutan tersebut, pembangunan tanah di kawasan berkenaan akan menimbulkan berbagai masalah dan halangan daripada mereka," katanya.
Menurutnya, sebagai sebuah Kerajaan yang mendakwa ditadbir dengan dasar Islam, tuntutan Orang Asli ini tidak boleh hanya dilihat di sudut undang undang dan peraturan tanah semata mata.
"Mereka juga perlu diberi keadilan di sudut Islam untuk menduduki dan memiliki tanah dan kawasan sendiri, lagi pula mereka merupakan masyarakat pribumi, bukannya pendatang atau satu masyarakat yang baru diberi taraf kewarganegaraan," katanya.
Antara orang yang boleh dirujuk adalah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau pernah membuat kajian ijazah masternya tentang pemilikan tanah dalam Islam.