Undi AMANAH di Sungai Besar untuk gandakan kemajuan – PH
Pakatan Harapan menegaskan sekiranya rakyat undi calon Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam Piliharanya Kecil Sungai Besar, ia boleh disifatkan sebagai undi bagi urus tadbir yang baik.
Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, perkara itu sudah terbukti dengan kejayaan pentadbiran Selangor yang telah bekerja keras memenuhi aspirasi rakyat dalam menjana ekonomi negeri itu sejak 2008.
“Berdasarkan Laporan 2010-2014 daripada Jabatan Statistik, negeri Selangor telah menyumbang kepada pendapatan negara, iaitu sebanyak 22.4% menerusi penjanaan aktiviti ekonomi, manakala Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur adalah yang kedua pada 15.1%.
“Kemajuan ekonomi di Selangor mahu dikongsi Pakatan Harapan dengan rakyat terbanyak.
“Fokus kami adalah untuk mengangkat status ekonomi rakyat ke arah ekonomi yang hebat dan masyarakat yang ulung.Pakatan Harapan menyambung aspirasi rakyat yang mengundi dan menaruh kepercayaan kepada kami sejak tahun 2008 lagi.
“Kami siap siaga InshaAllah dalam memenuhi impian dan aspirasi rakyat bermula dengan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar,” katanya dalam satu kenyataan bersama tiga parti Pakatan Harapan, iaitu PKR, Amanah dan DAP.
Menurut Izzah, pada tahun 2014, industri pertanian meliputi 1.7 peratus kawasan yang menjalankan aktiviti ekonomi di Selangor.
Malah, Kerajaan negeri berusaha untuk meningkatkan penghasilan dan kualiti pengeluaran dimana 900 petani dari Sungai Besar telah menerima bantuan baja mikrob yang menelan belanja sebanyak RM 225,000.
Selain itu katanya, Sungai Besar yang merupakan kawasan tertumpunya komuniti nelayan, Kerajaan Selangor telah berjaya mengurus selia pendapatan nelayan yang tidak tetap dan kerajaan juga telah melaksanakan satu Program Skim Bantuan Nelayan sejak 2012.
“Di kawasan Sabak Bernam di mana terletaknya Sungai Besar, 121 nelayan telah menerima bantuan tambahan sebanyak RM901,000 untuk sampan, enjin bot, dan alatan memancing dan menjala.
“Bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan penduduk kawasan Sungai Besar, kerajaan Selangor telah memperkenalkan program Dana Usahawan Mikro.
“Sehingga kini, kerajaan negeri telah membelanjakan RM616,290 dalam memberi manfaat kepada 66 orang usahawan mikro dari Sabak Bernam,” kata kenyataan yang ditandatangani oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
Jelas Izzah, Kesemua kejayaan ini adalah bukti komitmen Kerajaan Selangor dalam memastikan hasil negeri diagihkan dengan baik di segenap
peringkat dan lapisan masyarakat.
peringkat dan lapisan masyarakat.