UNDI PAS = UNDI UMNO?
Kebenaran kini semakin terbuka dan ditunjukkan di depan mata. Di sebalik mereka mengata mengundi Amanah sama dengan mengundi DAP, akhirnya kedudukan sebenar PAS didedahkan oleh pimpinannya sendiri.
Maka, sukar dinafikan lagi bahawa mengundi Pas sama dengan mengundi UMNO. Mengundi Pas juga tidak lain hanya untuk memanjangkan lagi hayat UMNO.
Sementara Najib terus digelumangi dengan skandal 1MDB dan wang beribu-ribu juta dalam akaun peribadinya sehingga persepsi umum mengatakan mengundi UMNO sama seperti merestui Jho Low, Pas menzahirkan dirinya ke arah yang sama.
Bermakna kini, Pas dan UMNO sudah tidak berbeza lagi. (SH 11/06/2016).