MANA NAK LAYAK KALAU MACAM SAMSENG ??? MALU BANGSA SAJA



Umno senarai 7 calon Sungai Besar, nama saya tiada, kata Jamal

Datuk Jamal Md Yunos Datuk Jamal Md YunosUmno Selangor sudah menyenaraikan tujuh nama calon bagi kerusi Ahli Parlimen Sungai Besar bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) ekoran kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon kerana terbabit dalam nahas helikopter ketika berkempen di Sarawak pada Khamis lalu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos berkata, senarai nama calon itu telah dibuat oleh Umno Bahagian Sungai Besar bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 akan datang.
Kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada calon Umno itu turut menyenaraikan nama bekas menteri besar Selangor Dr Khir Toyo sebagai ahli parlimen selain calon dari pergerakan wanita,pemuda dan puteri di bahagian itu yang berpotensi untuk diketengahkan untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut tidak didedahkan.
“Sebagai Pengerusi BN di Parlimen Sungai Besar saya telah meletakkan tujuh nama calon bagi kerusi Parlimen dan 10 nama calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Panjang dan Sekinchan untuk PRU14 kelak.
"Dalam senarai tujuh nama bagi kerui MP kita ada senaraikan Dr Khir Toyo bukan saudaranya yang lain rahsia.
“Sungai Besar adalah bahagian yang paling awal menghantar nama calon untuk PRU 14. Gerak kerja kami dan jentera telah digerakkan selepas kami menang tipis majoriti 399 undi dalam PRU13 lalu.
“Dalam senarai 17 calon di Parlimen dan Dun itu nama saya tidak ada pun dalam senarai tersebut.
“Saya buat gerak kerja kenal pasti calon yang sesuai untuk Parlimen dan Dun sejak setahun lalu untuk memastikan BN akan menang dalam PRU mahupun PRK dengan trajedi sedih yang menimpa kepada MP Sungai Besar,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Petikan laporan yang tersiar di sebuah portal hari ini dinafikan Jamal.Petikan laporan yang tersiar di sebuah portal hari ini dinafikan Jamal.
Jamal diminta mengulas khabar angin kononnya beliau sedang melobi untuk mendapatkan pencalonan dirinya di kerusi parlimen tersebut yang dikaitkan dengan program makan burger percuma di Sungai Besar pada 14 Mei ini seperti di lapor portal malaysianmirror.com hari ini.
Turut dilaporkan kononnya saudara kepada Khir Toyo juga akan disenaraikan sebagai calon MP.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, program  burger percuma kepada pengundi sudahpun dilakukan kali pertama di Dun Sekinchan pada 24 April yang dihadiri lebih daripada 5,000 orang.
“Program makan burger ini adalah program tahunan yang diatur di bahagian sebagaimana kami memberi sekampit beras kepada 1,000 buah rumah melalui Program Bagi Barang Dapur dari Rumah ke Rumah.
“Tidak timbul soal kononnya saya nak melobi dan sedang mengerakkan jentera akar umbi dengan menganjurkan program makan burger percuma.
“ Saya berkempen untuk diri sendiri nak jadi calon? itu semua tidak betul!.
“Program makan burger percuma itu sudah dirancang lebih awal bukan dirancang selepas berlaku kematian MP Sungai Besar,” tegasnya.

Ditanya apa motif memberi makan burger percuma?
Jamal berkata, program itu semata-mata mahu mengimbau sejarah bagaimana beliau mula berniaga selepas tamat persekolahan dengan menjual burger dan kini menjadi usahawan.
“Lagipun mengadakan program makan burger lebih jimat perbelanjaan berbanding majlis makan tengahari atau kenduri untuk rakyat.
“Program yang kami rancang dua kali bagi tahun ini hanya berbelanja RM5,000 dengan 4,000 biji burger diberikan percuma. Malah ‘burger’ itu sendiri menarik minat semua bangsa untuk datang dalam program yang diaturkan Umno-BN di Sungai Besar,” ujarnya.
Jamal yang pernah menimbulkan kontroversi kerana menjadi Penganjur Himpunan Baju Merah menentang beberapa kali penganjuran himpunan Bersih di ibu negara menolak dakwaan beliau mempunyai potensi untuk dipilih sebagai calon MP dalam PRK kelak.
“Saya tidak peduli apa orang nak kata, orang Sungai Besar kenal siapa saya. Cakap-cakap kosong, persepsi negatif atau buruk sangka tidak akan memberi sumbangan apa-apa dalam pilihan raya di Sungai Besar ini.
“Saya telah beberapa kali dalam ucapan di setiap program bahawa saya tidak meletakkan hasrat untuk bertanding dan saya lebih selesa untuk kekal dengan kerja saya untuk terus memimpin Umno bahagian pada masa akan datang.
“ Siapa yang akan menjadi wakil rakyat bergantung kepada pilihan pucuk pimpinan. Jika ada calon yang ke 10 saya adalah calon yang ke 11.
“ Tujuan saya masuk politik untuk bantu parti, apabila saya merasakan kemampuan dari segi pendekatan dan pemikiran baru yang agak agresif selama ini, saya percaya ahli Umno pun sukar menerima  pada awalnya tetapi kini mereka tahu mengapa saya lakukannya,” terangnya.
Jamal merujuk kepada tindakannya mendesak Umno Bahagian Sungai Besar untuk mengemukakan usul dalam mesyuarat peringkat bahagian tahun lalu  agar  Presiden dan Majlis Tertinggi  Umno memecat Tan Sri Muhyiddin juga tidak disenangi dikalangan ahli jawatankuasa bahagian itu.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, program memberi burger percuma kepada pengundi sudahpun dilakukan kali pertama di Dun Sekinchan pada 24 April yang dihadiri lebih daripada 5,000 orang.Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, program memberi burger percuma kepada pengundi sudahpun dilakukan kali pertama di Dun Sekinchan pada 24 April yang dihadiri lebih daripada 5,000 orang.