Sunday, 3 May 2015
sakmongkol 47
ü1.
Najib kata focus dia ialah tidak hiraukan
kenyataan dan tuduhan tidak berasas. Ertinya
dia telah membisu seribu bahasa, lidah nya kelu tidak berkata sejak lama sudah.
ü2.
Menteri Pertanian kata, jika Wan Aizah menang,
kelulusan dana akan diberhentikan. Ertinya
Menteri ingat ini duit ayah dia.
ü
3. Ahmad Maslan kata- dia yakin GST skim kutipan
cukai terbaik. 160 negara dalam dunia telah pilih GST- mesti ianya baik
walaupun ekonomi paling besar yakni USA tidak pakai GST. Ertinya semua menteri meleleh air liur bila ingatkan banyak wang
dikutip.
ü4,
Saleh said Kruak kata kemenangan pembangkang
dalam PRU13 satu ilusi. Ertinya UMNO
tidak perlu risau dan pemberontakan dalam UMNO itu tidak benar.
ü5
Rakyat bantah GST maka 15,000 protes dijalan. Itu ertinya lambang kebangkitan rakyat.
ü6
Beberapa pemimin UMNO telah lihat dokumen 1MDB
dan yakin bahawa suatu skim songlap duit telah berlaku dengan pengetahuan PM
Najib. Ertinya UMNO sudah tahu temberang
Najib.
ü
7Tapi Najib tidak peduli lapuran tidak berasas. Ertinya UMNO dan Najib akan nahas.
Saya tidak mahu
komen gerak kerja UMNO di Permatang Pauh. Sudah pasti mereka melakukan yang
terbaik. Kepada lawan kita, kita ucapkan selamat maju jaya.
Kenapa saya
yakin PR menang Permatang Pauh? Jentera PRK mantap dan kemas. Setiap bilik
gerakan pusat penyampaian ceramah. Rakyat datang dengar dan sedar. Ada kesungguhan.
Calun dilihat sebagai ganti Anwar Ibrahim yang tepat.
Apa yang UMNO
tidak sebut ialah kawasan parlimen ini sekian lama dijaga oleh kerajaan Negeri pulau
pinang. Ertinya, kepedulian keatas kawasan Permatang Pauh tidak terabai. Kemajuan
dan pembangunan terus berlaku. Sebulan sebelum Anwar Ibrahim dipenjara- saya
bertemu dengan beliau dan Anwar ucap terima kasih kepada Lim Guan Eng kerana
menjaga permatang pauh. Anwar lebih diperlukan pada peringkat nasional.
Apa yang
kerajaan UMNO tawarkan kepada rakyat permatang Pauh pada masa ini, ialah apa
yang sepatutnya diberi kepada rakyat tapi disekat oleh mereka. Ini sikap orang
yang busuk hati dan suka menganiayai orang.
Ini adalah penafian
hak rakyat. Apa yang rakyat permatang pauh lakukan yang menyebabkan mereka
diperlakukan demikian rupa? Kerana memilih ahli parlimen dari parti pembangkang?
Rakyat sudah
menyampah dengan jenis kerajaan seperti ini yang peras ugut rakyat.
Malam tadi, saya bersama kempen di Kampung Kubang Semang. Ia disertai oleh rakan2 seperti saudara Ng Wei Aik, Sdri
Kahsturi Patto. Turut sama ialah Nik Nazmi, Dr Afif, Suhaizan Kayyat, Ustaz Idris
Ahmad dan Nurul Ilham.
Bila rakyat
lihat PAS utuh bersama PR- ia beri semangat kepada mereka. BN rasa gentar dan
pemimpin nya hampa PAS U Turn. PAS tidak pernah U Turn ketika melawan
kemungkaran. Dengan penglibatan tokoh seperti ustaz Idris Ahmad dan Suhaizan
Kayyat- cerita mengenai PAS boikot wan azizah ialah mimpi basah UMNO.
Saya yakin
bahawa PAS menyokong penuh Datin Sri Wan Azizah.
Rakyat Permatang Pauh datang mendengar dengan
penuh minat ceramah Pakatan Rakyat. Ceramah diadakan serentak dibanyak tempat.
Saya ingin
menyeru supaya pengundi Permatang Pauh yang tinggal diluar pulang beramai ramai
menghukum Barisan Nasional. Beri keadilan kepada Wan Azizah dan keluarga. Tidak
ada sang isteri dan anak yang digodam oleh pendakwaan politik lebih dasyat dari
mereka semua.
Dr Mahathir
kata, ini kerajaan yang dipimpin oleh penyamun untuk penyamun lain. Itulah yang
sebenarnya apa yang Dr Mahathir kata. Setakat ini, mustahil wang berjalan sendiri.
Nilai asset atas kertas 1MDB ialah RM51 billion. Nilai tanggungan dan hutang
ialah RM49 billion. Bayaran bunga atau faedah sahaja sekitar RM2 billion setahun. Kemana
wang itu dilabur? Bagaimana USD1 billion lebih boleh disalurkan oleh Jho Low?
Kecuali wang ada
kaki atau sayap. Jika ia berlaku, ini
pertama dalam dunia- Malaysia mencipta wang yang ada kaki dan mungkin sayap.
Najib
bertanggung jawab keatas 1MDB sebab dia penasihat dan penyebut YES-NO pada peringkat
akhirnya. Dia yang membawa Jho Low, sang musang untuk menjaga reban ayam. Pegawai2
1MDB kata, Jho Low lah yang mengarah operasi pelaburan untuk 1MDB.
Sukalah kita
beritahu Adnan Masur, anak raja jadian itu, 1MDB yang dia sebut sebagai angsa
yang menghasilkan telur emas itu dijaga oleh suatu musang yang ganas.
Ini kerajaan
kleptocracy. Duit rakyat macam duit sendiri. Masuk dalam akaun sendiri.
Apa kita buat
keatas kerajaan seperti ini? Kita jangan beri peluang untuk mereka bernafas
walaupun sesaat lagi. Rakyat mesti tolak mereka.
Kita hukum
kerajaan yang membinasakan ekonomi negara, mencuri wang rakyat,
memporak-porandakan negara dengan menyuruh rakyat berkelahi sama
sendiri,
Pengundi luar kembali
untuk hukum menteri yang angkuh dan sombong. Kita hukum menteri yang ugut
menyekat dana untuk rakyat sedangkan duit yang ada pada kerajaan ialah duit
kutipan cukai keatas semua rakyat.
Kita hukum menteri yang kata GST tidak
membebankan rakyat sedang harga barang semua sudah naik.
Kita hukum menteri
yang bodoh yang mengatakan bahawa kad prabayar hanya digunakan oleh pendatang
asing. Sedangan 65% dari talipon mudah alih menggunakan kad pra-bayar.
Kita hukum
perdana menteri yang hipokrit suruh rakyat berjimat cermat, tapi dia beli
pesawat yang ke 7 dengan harga RM600 juta. Belanja maintenance untuk 15 tahun
yang akan datang berjumlah berbillion Ringgit.
BN hinggakan gentar
menaikkan poster Najib Razak dan Rosmah Mansor di Permatang Pauh. Najib sudah istihar akan membentangkan plan
pembangunan baru untuk Pulau Pinang. Kenapa tidak dilakukan sejaak jadi PM dari
tahun 2009?
Pengorbanan yang
pengundi luar buat amat dihargai oleh rakyat semua. Rakyat yang bangkit
menentang kezaliman dan penganiayaan dan pembulian keatas rakyat akan
menghargai setiakawan pengundi luar.
Buktikan kepada Najib Razak, kuasa
rakyat
kebih besar dari kuasa buli, kuasa ugut dan kuasa ancaman pemerintah.
Selamat mengundi. Pilih calun nombor 3- Datin Sri Wan Azizah.