Dato’ Dr Nazri Khan : Kajian & Analisa Ekonomi Malaysia & Dunia 2015. Politik? Malaysia Bakal Dapat Presiden UMNO & PAS Baru 2015?



presiden umno 2015
Dato’ Dr Nazri Khan : Kajian & Analisa Ekonomi Malaysia & Dunia 2015. Politik? Malaysia Bakal Dapat Presiden UMNO & PAS Baru 2015? : Figura ini cukup terkenal apabila acapkali kali membincangkan dan berkongsi pendapat tentang perkembangan dan halatuju ekonomi di mana beliau seringkali dipanggil memberikan analisa dan kajiannya melalui media-media arus perdana. Dato’ Dr Nazri Khan namanya. Kali ini…..
Kali ini Dato’ Dr Nazri Khan tampil berkongsi yang yang beliau jangkakan akan berlaku di sepanjang tahun 2015 ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan baru-baru ini….

Senarai Kajian & Analisa Dato’ Dr Nazri Khan : Ekonomi Malaysia & Dunia Serta Politik Negara?

BACA SINI : Gelombang Kenaikan Harga Barang Naik & Lonjakan Inflasi 2015 Berpunca GST Malaysia. Pasti Berlaku!
Apa yang anda boleh jangkakan dan harapkan akan berlaku pada tahun 2015, terutamanya melibatkan aspek ekonomi Malaysia?
  • 2015 : Rizab Perseketuan akan melancarkan pakej rangsangan ekonomi bernilai US$3,000,000,000,000 (US$3 trilion) dan akan mula menaikkan kadar feadah mereka untuk pertama kali dalam sejarah sepanjang 8 tahun terakhir ini

  • 2015 : Bank Jepun dan Bank Pusat Eropah akan mula menyuntik US$1 trilion yen dan juga 1 trilion Euro bagi meningkatkan ekonomi negara meraka dan kesatuan mereka.

  • 2015 : Malaysia akan mempengerusikan ASEAN seklaigus melancarkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan juga Bursa Saham ASEAN sekitar Oktober 2015

  • 2015 : Pengabungan bank mega di Malaysia (antara CIMB, RHB dan juga MBSB) sekaligus diangkat menjadi bank terbesar di Malaysia dengan modal pasaran bernilai lebih daripada US$100 bilion bagi tahun 2015

  • 2015 : Akhirnya, Malaysia akan mula melaksanakan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) pada kadar 6% dalam keadaan ekonomi negara berada pada “iklim yang cukup lemah“. Dato’ Dr Nazri Khan menjangkakan dengan pelaksanaan GST kelak bakal menyebabkan gelombang kenaikan harga barang di Malaysia

  • 2015 : Terdapat lebih daripada 10 IPO berstatus “mega” di Bursa Malaysia termasuk 1MDB, Malakoff, Weststar, Iskandar Waterfront, Al Medini, Khazanah Theme Park, Ekuinas Ilmu, Sunway Construction, Sime Auto dan Ecoworld International

  • 2015 : Selepas Bursa Malaysia berada pada paras tertinggi pada 8 Julai 2014, akhirnya prestasi Bursa Malaysia sehingga penghujung tahun 2014 digelar oleh pakar-pakar ekonomi sebagai yang terburuk dalam sejarah selepas prestasi bursa Malaysia pada tahun 2008, 1997 dan 1994.

  • 2015 : Bagi tahun 2015, isu-isu ekonomi antara yang hangat diperkatakan dan diperbincangkan di antara pakar-pakar ekonomi dan juga rakyat marhaen di bawah termasuklah kejatuhan nilai ringgit Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia, kenaikan inflasi, kenaikan kadar faedah, hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi, aliran keluar wang haram dan Model Ekonomi Baru bagi Rancangan Malaysia Malaysia ke-11. Kita akan melihatkan nilai ringgit Malaysia sedang menguji dolar Amerika dan Dolar Singapura di tahap yang rendah

  • 2015 : Berkenaan dengan isu-isu politik pula yang hangat dan akan terus diperbincangkan adalah yang paling hangat pastinya 1MDB Berhad, Keputusan kes liwat Anwar ibrahim, Akta Hasutan, Hudud, kerajaan Perpaduan, Kumpulan Felda, Malaysia Airlines Berhad dan Model Politik Baru bagi UMNO. Dijangka suhu politik di Malaysia semakin bahang dan panas dek kerana konfrantasi antara Melayu liberal dan ektrem Melayu. Dan Dato’ Dr Nazri Khan menjangkakan akan ada Presiden UMNO dan Presiden PAS yang baru. What?

presiden pas 2015
  • 2015 : Rakyat malaysia akan dipertonton di mana harga minyak bakal menjadi “lebih murah daripada air“. Dalam tempoh 5 bulan, harag minyak telah jatuh begitu mendadak dari setinggi USD110 kepada serendah US$50 setong. Kos untuk seliter minyak adalah sekitar RM1 brbanding seliter air RM2 seliter. Ironinya, RON95 dan milo tarik tidak banyak berubah.

  • 2015 : Dunia telah menyaksikan matawang yang paling terjejas teruk adalah Rubel Rusia, Peso Chile, Argentina Peso, Peso Colombia dan Ukraine Hryvnia yang telah jatuh lebih daripada 20% sehingga menyebabkan Rusia terpaksa menaikkan kadar faedah kepada 17% daripada 10% selepas kejatuhan mata wang ruble. Ringgit yang sudah turun lebih 12% dan bakal menyertai kumpulan 5 negara di atas tidak lama sahaja lagi

  • 2015 : Pengaruh China akan semakin meningkat di rantau ASEAN di man negara tembok besar China ini telah mula menanam modal sejumlah trilion ke dalam ekonomi Mekong bagi tujuan membina infrastuktur. Malaysia terus tercari-cari peluang dan ruang untuk mendapatkan “belas ihsan” China bagi menabur lebih banyak peruntukkan di Malaysia pula.

  • 2015 : Tahun ini, akan menyaksikan kembalinya El Nino. Biro Meteorologi Australia mengesahkan kebarangkalian sebanyak 70% El Nino akan muncul sekitar Februari 2015 di Lautan Pasifik.

  • 2015 : Greece meninggalkan Kesatuan Eropah jika parti radikal kiri, Parti Syriza menang pilihan raya umum Greece. Jika ini menjadi kenyataan, matawang Euro akan menghadapi masalah yang besar sekaligus memberikan impak yang cukup serius kepada ekonomi Eropah

Dato’ Dr Nazri Khan, Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank.

Mustafa Ali wajar berundur dari politik, bukan Harakah

 Oleh:   Jebon

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali digesa oleh bekas pengurus Harakah cikgu Ishak Surin agar berundur daripada kedudukan pengerusi Harakah berikutan tindakannya membenarkan pemecatan Pengarang Harakah Tarmizi Md Jam, Pengarang Rencana Roslan Hamid, dan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman.

Cikgu Ishak berkata tindakan memecat itu bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara.

"?Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci 'anak' yang kita lahirkan tiba-tiba bersikap zalim," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur.

Sebenarnya Mustafa Ali bukan sahaja wajar berundur daripada jawatan pengerusi Harakah tetapi perlu berundur sebagai S / U Agung PAS. Beliau tidak lagi layak mentadbir PAS berikutan berlakunya perpecahan dalaman yang hebat antara puak profesional dan puak ulama dalam parti itu.

Jika dibandingkan rekod kerja SU Agung terdahulu Datuk Kamaruddin Jaafar, macam bumi dan langit. Kamaruddin berjaya membawa PAS ke era perpaduan dengan Pakatan Rakyat. PAS dilihat oleh bukan Islam sebagai parti yang boleh dipercayai dan lebih baik berbanding MIC atau MCA.

Lintang pukang

Sebaliknya, PAS pada zaman Mustafa adalah parti yang lintang pukang dan hampir karam. Sebagai S/U Agung, Mustafa sepatutnya memainkan peranan sebagai pendamai antara puak ulama dan profesional, bukannya menyebelahi rakan lama yang melantiknya ke jawatan tersebut, Presiden Hadi Awang.

Sikap tidak profesional Mustafa yang mendahulukan Hadi dan kroninya dalam segala perkara menyebabkan PAS merosot. Ustaz muda yang ‘merapu’ dan menghentam pemimpin PR seperti Nik Abduh dan Tantawi sewajarnya diambil tindakan sekiranya Mustafa berwibawa.

Mereka harus dinasihati dan ditunjukkan logik hidup. Jangan tenggelam dalam kitab-kitab kuning dari pengajian di Mesir yang tak berjejak di bumi Malaysia. Logik untuk hidup di Malaysia adalah menghormati berbilang kaum dan bukan menggerakkan pandangan-pandangan yang ekstrem.

Pandangan ulama muda PAS kebelakangan ini mendekati fanatik agama. Dalam Islam pun ada empat mazhab.

Betapa tolerannya empat mazhab boleh dilihat ke atas ijtihad berkenaan anjing. Mazhab syafie mengatakan air liur, bulu dan najis adalah najis berat tetapi agak lunak dalam mazhab Hanafi serta Maliki yang menganggap hanya air liur sahaja sebagai najis berat.

Dihasut Amerika

Maka dalam arena politik tentulah akan wujud lebih banyak pandangan yang perlu diraikan. Sementelah parti-parti politik terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Tanpa kebijaksanaan SU Agung PAS mengendalikan parti, ulama muda yang tidak berpengalaman akan melakukan paksaan ideologi ke atas rakan-rakan dalam PR dan akhirnya berlakulah apa yang terjadi sekarang.

Ulama muda PAS bersetuju ke atas idea rangkaian Melayu Islam dan bersatu dengan Umno. Mengikut ijtihad mereka, penyelewengan dan kezaliman boleh diterima asalkan pemerintah itu bersyahadah.

Ustaz muda ini sebenarnya tidak bijak dan termakan dengan hasutan ahli strategi Barat. Prinsip bersekongkol dengan pemerintah yang bersyahadah walaupun zalim ini adalah doktorin Barat sepenuhnya.

Amerika dan zionis menyokong kerajaan negara Arab yang zalim terhadap rakyat. Ulama kerajaan melarang rakyat memberontak. Tetapi apabila Amerika melihat diktator itu tidak lagi dikehendaki  maka kezaliman para diktator itu didedahkan kepada rakyat melalui internet.

Rakyat bangkit menggulingkan diktator tersebut untuk Amerika menaikkan diktator baru. Itulah yang dilakukan Amerika di Mesir. Mereka menggulingkan Hosni Mubarak melalui percaturan CIA, kemudian mereka juga menggulingkan Ahmad Morsi yang dilantik rakyat untuk kemudiannya menaikkan panglima tentera Abdul Fattah al-Sisi menerajui Mesir.

Saddam Hussein juga suatu ketika adalah sekutu Amerika. Saddam menyiksa dan membunuh rakyat atas nama kesucian Ahli Sunnah Wal Jamaah melawan kesesatan Syiah. Apabila Saddam tidak diperlukan Amerika maka negara Uncle Sam itu menyokong puak syiah penentang Saddam dan akhirnya tentera Amerika membunuh Saddam.

Musuh bersorak

Menjadi radikal adalah satu kemenangan kepada musuh Islam. Mereka akan menggunakan umat yang berpecah belah itu untuk puluhan tahun lamanya, menaikkan dan menjatuhkan pemimpin. Negara Islam lemah akibat umat berbunuhan sesama sendiri.

Dalam konteks Malaysia, Amerika akan menang sekiranya PAS menyokong Umno demi Melayu dan Islam. Mereka akan melemahkan ekonomi melalui penyelewengan Umno. Ekonomi Islam tidak dibenar berkembang dengan penyelewengan berbilion ringgit pemimpin Umno.

Kerana kelemahan Mustafa membaca strategi musuh Islam dan kelemahan politiknya bertindak menasihatkan presiden maka amat wajar beliau berundur dan digantikan dengan tokoh yang lebih berwibawa.

Begitu juga Presiden Hadi Awang wajar turut sama berundur. Ternyata gandingan politik mereka tidak menjana kebaikan kepada masa depan Islam di Malaysia. Menjelang PRU 13 lalu, Hadi dan Mustafa bersetuju dengan idea orang Melayu tidak mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri kerana isu-isu moral.

Ku Li PM

Sebagai alternatif, Tengku Razaleih Hamzah dipujuk untuk menjadi calon PM. Delegasi PAS yang mengunjungi Ku Li bagaimanapun pulang hampa apabila MP Gua Musang itu didakwa memberi syarat dengan persetujuan Anwar Ibrahim dan DAP untuk menimbang jawatan PM.

Adakah kepimpinan seperti ini yang mahu dibawa oleh PAS dalam PRU akan datang. Pastilah tiada siapa percaya kepada PAS. Menentang Umno untuk menaikkan pemimpin Umno sebagai PM.

Di bawah kepimpinan Mustafa – Hadi PAS dilihat sebagai parti hanyut dan bergayut kepada retorik agama. PAS tidak mempunyai pemimpin sehebat Rafizi Ramli atau Tony Pua dalam membongkar penyelewengan BN.

Pemimpin ‘bapa demonstrasi’ Muhammad Sabu yang suatu ketika aset PAS kini disejuk bekukan oleh golongan ulama.

Apa ada pada PAS?

Akhirnya rakyat akan bertanya, ke manakah PAS akan membawa rakyat jika diberi kuasa? Pemimpin sehebat Fadzil Noor yang mampu menyatukan pembangkang telah tiada. Pemimpin seperti Nik Aziz yang tegas tetapi berhikmah dalam mentadbir telah uzur.

Pelapis adalah ustaz muda yang rapat dengan rakyat tetapi tidak mempunyai strategi politik. Nik Abduh dan Tantawi tidak berkaliber. Strategi poilitik mereka hanya sesuai ditempatkan sebagai ahli majlis atau paling tinggi Adun sahaja.

PAS memerlukan golongan profesional seperti Dr Dzulkifly, Dr Hatta, Mazlan Aliman, Khalid Samad, Dr Mujahid Yusof tetapi orang-orang inilah yang dianggap liberal dan sebaris dengan tiga pengarang Harakah yang dipecat itu.

Mereka juga berkemungkinan besar akan dipecat dalam muktamar Jun nanti melalui undian puak  ulama yang mendominasi parti. Habis apa lagi yang tinggal pada PAS?

Komunikasi bantuan banjir lemah, bantuan tidak sampai


Di jambatan menuju ke Kampung Manek Urai Lama di Kuala Krai, Kelantan, tiga wanita pertengahan umur mencangkung di bawah sekeping zink koyak cuba menahan trak yang lalu lalang membawa bekalan makanan ke kampung dipenuhi lumpur.

Kadang-kala ada lori berhenti dan memberikan wanita itu beberapa barangan yang dibawa tetapi sebahagian besarnya terus menuju ke Kampung Manek Urai Lama, yang menjadi terkenal selepas imej kemusnahan seperti tsunami akibat lumpur banjir menjadi “viral” di Internet.

Bagaimanapun, semua wanita di jambatan berkenaan bukanlah dari Kampung Manek Urai Lama, tetapi terpaksa berpusu-pusu di situ kerana tiada bantuan yang didermakan ke kampung mereka, walaupun turut menjadi mangsa banjir.

"Barangan diagihkan tidak sampai ke rumah saya, jadi saya perlu datang ke sini. Saya menunggu selama sejam untuk mendapatkan sedikit makanan yang boleh saya bawa pulang untuk keluarga di rumah," kata Aminah Che Se, 47, kepada The Malaysian Insider.

"Kami seperti burung mencari makanan dan jambatan ini adalah pokok yang penuh dengan buah-buahan."

Aminah dan dua rakannya itu berasal dari Kampung Peria, dan mereka terpaksa menempuh perjalanan sejauh 10km dengan menaiki motosikal untuk sampai ke jambatan dengan harapan dapat menerima sebahagian daripada bekalan bantuan yang dalam perjalanan itu.

Beliau kagum dengan aliran kenderaan yang tidak berhenti memasuki Kampung Manek Urai Lama untuk membawa bantuan, dan tertanya-tanya mengapa tiada yang baik hati mengambil peduli memeriksa kampungnya juga.

"Sejak banjir, ketua kampung saya mengagihkan bekalan makanan hanya dua kali. Tiada bekalan yang mencukupi untuk melakukannya! Tetapi di sini, saya tidak dapat mengira berapa banyak kereta yang datang dengan begitu banyak makanan dan minuman serta pakaian,"katanya.

Tetapi di situlah terletak masalah agihan yang tidak sistematik. Menurut pihak Pengurusan Bencana Kebangsaan bagi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, kumpulan yang "melambakkan" barangan bantuan banjir yang melanda kampung-kampung adalah usaha bantuan bencana pihak berkuasa.

Ketuanya, Datuk Dr Bahari Datuk Abu Mansor, memberitahu akhbar berbahasa Inggeris The Star, beberapa buah kampung mendapat lebih daripada bahagian sepatutnya, manakala mereka di lokasi yang jauh ditinggalkan tanpa sebarang bantuan.

Sebagai bukti bekalan yang diterima Kampung Manek Urai Lama, pakaian yang baru didermakan bersepah begitu sahaja di atas tanah berlumpur di setiap beberapa meter, manakala jalan menuju ke kampung ini sesak dengan kenderaan pacuan empat roda yang penuh dengan bekalan.

Sukarelawan yang memberhentikan trak mereka untuk mengagihkan bantuan kepada Aminah dan "burung" lain yang menunggu di jambatan mengakui mereka tidak tahu ke mana hendak dituju dan apa bekalan yang diperlukan, tetapi datang ke sini kerana mendengar ia adalah kawasan paling teruk terjejas.

"Lihatlah, terdapat begitu ramai orang menderma barang di sini. Tetapi tiada satu pun di kampung saya. Sila datang ke kampung saya juga," satu suatu kedengaran merayu kepada sukarelawan.

Seorang penduduk tempatan, Wan Sulaiman Wan Zainal memberitahu The Malaysian Insider kampungnya, Kampung Manek Urai Baruterletak sebelum jambatan itu, namun tiada sukarelawan yang masuk.

"Jadi, kami hanya berdiri di jambatan ini, seperti pengemis dan berharap mendapat sebarang lebihan daripada apa yang jiran kami dapat."

Wan Sulaiman berkata dia kehilangan restorannya dalam banjir – perniagaan yang dibina sejak 1987 – dan disebabkan keperluan mendesak dan kelaparan, datang ke sini beberapa hari lepas dengan dua anak-anaknya.

Di sebelahnya berdiri Mohd Shahri Saga, 54, seorang pegawai tentera bersara yang berkongsi kesusahan yang sama. Dia memberitahu, jika tidak ke Kampung Manek Urai Lama, keluarganya akan kelaparan.

"Saya tidak mempunyai pilihan tetapi datang ke sini. Saya tidak boleh memaksa semua sukarelawan datang ke kampung saya juga. Jadi saya hanya datang ke sini dan menunggu," katanya.