Plaza Low Yat 2: Mengapa baru sekarang sibuk soal ekonomi Melayu?


Low-Yat-2-only-for-Malays-785x442
JULAI lalu, berlaku insiden pergaduhan apabila seorang remaja Melayu dituduh mencuri telefon bimbit dari sebuah kedai di Plaza Low Yat. Remaja itu dikatakan menuduh penjual keturunan Cina menipunya.
Insiden itu bertukar perkauman apabila beberapa ahli Umno membuat kekacauan di bangunan Plaza Low Yat kononnya untuk membela remaja berkenaan dan menyeru orang Melayu memboikot plaza itu.
Maka, timbul selepas itu dakwaan orang Cina memonopoli perniagaan alat telekomunikasi.
Baju-MerahHal itu terus diapi-api sehingga Menteri Kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri mencadangkan sebuah Plaza Low Yat 2 untuk orang Melayu, dibina segera.
Tidak sampai setahun arahan itu, bangunan itu siap dan dirasmikan pada 8 Disember 2015.
Persoalannya ialah, kenapa setelah insiden itu baru UMNO sibuk hendak bina pusat perniagaan untuk orang Melayu? Kenapa bukan dari dahulu lagi?
Adalah projek itu akan berjaya? Atau UMNO akan serahkan semuanya kepada anak emas UMNO? Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary? Yang dilapor memonopoli hampir semua keperluan asas di negara ini.
Persoalan kedua, kenapa UMNO mengulangi sejarah perit suatu ketika dahulu – mengasing-asing ekonomi mengikut kaum? Cuma bezanya, penjajah mengasingkan ekonomi kepada jenis-jenis ekonomi. Cina sebagai pelombong, Melayu sebagai petani dan pesawah, India sebagai pekerja ladang.
UMNO hari ini pula muncul mengasingkan ekonomi mengikut kaum dengan cara mengasingkan tempat jual beli barang.
MalaysiaUMNO mahu hidupkan perkauman, suatu hari nanti jika projek itu gagal seperti projek-projek Giat Mara, maka UMNO akan menyalahkan orang Cina.
Waktu itu UMNO hendak buat apa pula? Mahu asingkan negeri Melayu, negeri Cina?
Nyatalah, UMNO sudah tidak relevan untuk memimpin malaysia yang berbilang kaum.
Kerana UMNO bukan ejen penyatu tetapi pemecah belah perpaduan kaum dan pada masa sama, terus menipu orang Melayu melalui pelbagai cara yang mula terbongkar, hari demi hari.

*Alfilfilany adalah penuntut Universiti al-Azhar yang berasal dari Malaysia.