KAH, KAH, KAH...KESIANNYA DENGAN PAS SEKARANG INI!!
SHAHBUDIN.COM
Tidak
dinafikan Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang makin melalut dan mengarut
sejak kebelakangan ini. Apa perjuangan mereka pun tidak diketahui lagi,
tidak lebih macam orang yang memandu kereta tanpa tujuan tetapi sekadar
mahu menghabiskan minyak dalam tangki saja.
Setelah
sebahagian ahli dan pimpinannya menubuhkan Amanah, sikap beliau semakin
sukar difahami. Tidak tahu sama ada beliau mahu menjadikan Pas kekal
sebagai parti politik atau sekadar pertubuhan dakwah saja.
Mari kita baca antara kenyataan terbaru Presiden Pas itu sebagaimana yang disiarkan di media arus perdana hari ini:-
- Pas sedia menasihati BN dalam hal seperti 1MDB, cukai GST, perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.
-
Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Yang
penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan
Islam.
- Kesediaan itu kepada syarat agar UMNO mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.
- Mengumumkan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Najib Razak akan berlangsung tidak lama lagi.
Kah,
kah, kah...mari kita ketawa dulu dengan hasrat Haji Hadi untuk membawa
Pas menasihati BN berkaitan 1MDB, GST, perumahan dan kejatuhan nilai
ringgit.
Apa
pengalaman Pas dan siapa pakar-pakar ekonomi dalam parti itu? Apa rekod
mereka sebelum ini dalam hal-hal perniagaan dan ekonomi yang rumit itu?
Bukankah
golongan profesional, pakar ekonomi dan aktivis daripada parti itu
majoritinya sudah meninggalkan Pas dan menyertai Amanah sekarang ini?
Adakah
Hadi Awang sendiri, Tuan Ibrahim, tiga Naib Presidennya, Nasharuddin
Tantawi, Nik Abduh dan lain-lainnya yang mahu disandarkan harapan
menasihati BN berkenaan 1MDB dan kejatuhan ringgit?
Pernahkah
kita mendengar Haji Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pas memberi
pandangan bernas berkaitan perkara yang disebutkan itu sebelum ini, sama
ada dalam Parlimen, melalui kenyataan media dan sebagainya?
Hujah
Pas dalam memberi nasihat itu sehingga mengatakan tidak ingin merebut
kuasa daripada BN dengan syarat UMNO mengubah pemerintahahnya selaras
dengan Islam, tidak lebih umpama "burung pungguk rindukan bulan"
semata-mata.
Sebagaimana
burung pungguk tidak mungkin dapat menyentuh bulan sampai bila-bila,
maka mengharapkan UMNO mengubah dasarnya sebagaimana yang diidam-idamkan
oleh Pas juga mustahil kesampaian sehingga hari kiamat sekali pun.
UMNO
akan terus kekal dengan dasar kebangsaannya seperti yang ada sekarang.
Jika Pas ingin berbaik-baik dan teringin sangat bersamanya, UMNO
mustahil mahu mengubah identitinya, tetapi Paslah yang perlu
menyesuaikan dirinya.
Hakikatnya, UMNO lebih besar dan kuat daripada Pas...gilalah jika orang besar dan kuat tunduk kepada orang kecil.
Hadi
Awang juga berterus-terang bahawa satu pertemuan dengan Najib yang
pernah memiliki wang derma sebanyak RM2,600 juta akan diadakan tidak
lama lagi.
Sekali lagi....kah, kah, kah...
Yang
nyata, dengan kenyataan Hadi Awang ini, ahli dan penyokong Pas di
kampung-kampung, bahkan selama ini sangggup menderma wang untuk
perjuangan menegakkan Islam, bolehlah beransur-ansur meninggalkan parti
itu kerana Pas sebenarnya tidak ingin pun kepada kuasa sedangkan suatu
ketika dahulu ghairah mengatakan dengan kuasa dalam tanganlah, maka
Islam dapat ditegakkan.
Pas
hari ini sebaliknya tidak lagi inginkan kuasa, mereka hanya mahu jadi
penasihat kepada BN semata-mata. Maka, ahli dan penyokong Pas, jika
ingin berjuang serta terlibat dalam politik, lebih baik sertai parti
lain mulai sekarang. Jika tidak, duduk saja di surau serta masjid,
lupakanlah untuk mengharapkan pahala dan syurga melalui Pas.
Pas
dibawah kepimpinan Hadi Awang nampaknya lebih sanggup "mati dalam
angan-angan" kerana yang dikejar mereka bukanlah Islam melalui
perjuangan sendiri, tetapi lebih mengharapkan UMNO menukar dasar
pejuangannya, walaupun menyedari ia umpama mengharapkan burung pungguk
dapat menyentuh bulan yang nun jauh di angkasa. (SH 01/11/2015).