Pakatan Harapan mencadangkan mekanisme bagi mengekang kenaikan harga tol.
Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli hari ini berkata perkara itu boleh dilakukan melalui pemberian keutamaan kepada pemegang konsesi sedia ada untuk terlibat dengan projek lebuh raya lain masa depan.
Mekanisme first right of refusal yang juga amalan biasa dalam perjanjian komersial itu jika diguna pakai tidak akan membebankan rakyat, tambah Rafizi.
Rafizi juga berkata, syarikat terlibat juga akan dapat memastikan aliran pendapatan konsisten selepas terlibat dalam projek masa depan.
Syarikat-syarikat konsesi melibatkan 18 lebih raya semalam mengejutkan orang ramai dengan mengumumkan kenaikan harga tol sehingga 200 peratus bermula Khamis ini.
Kementerian Kerja Raja mendakwa kerajaan terpaksa membayar RM1 bilion untuk mengekalkan kadar tol.
Mengulas itu itu, Rafizi berkata, kementerian tidak mampu tampil dengan langkah inovatif dan praktikal untuk mengurangkan beban rakyat.
“Cadangan ini boleh dilakukan segera tanpa memberi kesan apa-apa kepada orang awam,” katanya.