Ihsan : Al Hussen
BismillahirRahmanirRahim
Saya menerima satu
artikel yang disebarkan dalam alam maya yang berjudul "TEGAS TANGANI
ANASIR DALAM JAMAAH" ditulis oleh Izwan Abdul Halim (Exco Pemuda Pas
Malaysia).
Saya amat terkejut
apabila membaca artikel yang menyimpulkan hukuman bunuh terhadap
"kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga" yang
dinisbahkan kalam tersebut kepada seorang tokoh agama di negeri Kedah.
Saya MENGANGAP bahawa kenyataan ini amat bahaya, bahkan memasarkan kembali pemikiran takfiri di kalangan masyarakat.
Di sini saya turunkan
petikan tersebut beserta ulasan secara point dari kenyataan tersebut.
" Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar
Islam juga, dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk
memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, nabi suruh bunuh, jangan
taruh".
"Kalau ada kuasa bunuh,
tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak, ini hadith sohih
Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu, tapi orang yang tak percaya
Hadis dan Quran payah kira, orang ni tak sah untuk lantik sebagai
pimpinan" tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105
surah an Nisa.9
Dari petikan tersebut ini komen saya:
1. Budaya mudah
menghukum dengan hanya bersandarkan kepada 'teks' hadis yang difahami
oleh pemberi kenyataan amat berbahaya, kenyataan ini secara umum
(sebagaimana yang saya selami) merujuk kepada hadis yang berkaitan
dengan jamaah, lalu perkataan jamaah itu disandarkan kepada satu pihak
sahaja, sedangkan di kalangan para ulama hadis menafsirkan jamaah itu
kepada beberapa makna, antaranya :
a. Sawadul a'zam (pandangan majoriti yang dipegang oleh Muslimin)
b. Imam mujtahid dan fuqaha
c. Sahabat Nabi
d. Kesatuan ummat Islam
e. Kesatuan ummat Islam yang dipimpin oleh pemimpin agung.
Semua takrifan
tersebut, tidak DIRUJUK kepada mana2 jamaah, bahkan kebanyakan syurrah
(para pensyarah Hadith) menilai al Jamaah itu dirujuk kepada ummat Islam
yang bernaung di bawah pimpinan seorang khalifah.
Bermudahan dalam
menafsirkan istilah jamaah ini akan menatijahkan kecelaruan dalam
berhukum sehingga akan menyebabkan tuduhan kufur, murtad, berdosa dan
mati jahiliah akan berleluasa di kalangan ummat ini.
2. Ketegasan hukum ini
kononnya disandarkan kepada ayat 105 surah an Nisa. Ayat 105 surah an
Nisa adalah:
" Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu
(Muhammad) membawa kebenaran, agar engkau mengadili antara manusia
dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu dan janganlah engkau
menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang
yang berkhianat".
Setelah anda meneliti
ayat di atas, dimanakah yang boleh dinyatakan "ketegasan hukuman" yang
dimaksudkan sehingga membolehkan membunuh orang yang "mari dengan parti
Islam baru". Ayat al Quran bukan boleh dipasangkan mengikut suka hati
sahaja.
Saya membelik dua
tafsir (Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir dan Al Muyassar fi Tafsiril Quran),
saya tak temui maksud ketegasan hukum tersebut. Sekali lagi kesucian
ayat Al Quran yang seharusnya membawa rahmat kepada manusia sejagat
dinukilkan dengan secara yang 'amat2 salah' sehingga menghalalkan darah
manusia yang amat suci dalam agama ini.
Kepada Saudara Izwan
dan yang sewaktu dengannya ! Berhatilah2 dalam menukilkan dalil sehingga
agama yang rahmat ini tidak disalahertikan.
Ridzwan bin Abu Bakar
9
30 Julai 2015 / 15 Syawal 1436 H
Perlembahan Ilmu, Derang
Artikel yang dimaksudkan itu ialah sebagaimana berikut :
TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Tokoh ulama PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan melontarkan peringatan bermakna untuk direnungi seluruh anggota Harakah Islamiyah PAS berhubung pendirian dan tindakan terhadap situasi dalaman yang sedang melanda jamaah masa ini.
Menurutnya, terdapat empat kewajipan utama pemimpin dengan perkara pertama adalah ‘tanfizu syariah’ iaitulah meluluskan syariah sekadar boleh dan termampu, di mana hasrat itu tidak ada pada parti Islam baharu yang disebut-sebut akan ditubuhkan.
Kedua ujarnya, ‘nasyru dakwah’ iaitulah mengibarkan dakwah seluas-luasnya dan ketiga adalah ‘al qada u ala tawaghit’ yakni segera menyelesaikan segala bentuk penyelewengan terutama di dalam jamaah.
“Saya tengok terlalu lewat bertindak dari pimpinan. Semua yang ternyata bawa cela (kerosakan) tak patut lekat (berada) dah, bagi saya jangan taruh (simpan) dah. Puak ni taruh jadi bahaya, jadi duri dalam daging,” tegas beliau yang dikenali dengan julukan Tuan Guru Awang Lanai.
Manakala keempat katanya, ‘idadu jaish ‘ila ikalimatillah’ iaitulah menyediakan sebanyak mungkin tentera atau kumpulan tenaga kerja untuk meninggikan kalimah Allah.
Beliau turut memetik takrif kepimpinan oleh Imam Al-Mawardi RA dari kitab Ahkamu Sultaniah yang bermaksud “Kepimpinan diasaskan sebagai pengganti Nabi-nabi meneruskan sistem pemerintahan dalam menjaga agama dan urus tadbir dunia dengan hukum hakamnya dan pegangan mereka di tengah-tengah ummah adalah wajib disepakati”.
Perkara itu terangnya, telah tercatat sejak tahun 450 Hijrah lagi, malangnya ulama-ulama di dalam Umno membutakan mata dan membisu terhadap perkara itu kerana menjaga periuk nasi dan kepentingan peribadi.
“Ini sebab depa (mereka) belajar (agama) mula tujuan macam tu dah. Sebab tu saya pesan kepada pelajar kita yang pergi mengaji luar negeri, jangan niat pergi belajar tu untuk nak cari makan gaji, nampak kuasa dan sebagainya.
“Siapa yang niat tujuan dia belajar (agama) macam tu, Allah akan turunkan dia tiga bala. Yang pertamanya dibalakan dengan jawatan. Kedua Allah letakkan dia dipinggir negeri di tempat tidak ada orang boleh kira berbicara.
“Bala ketiga Allah Taala matikan ketika umurnya muda lagi, tak sampai had pencen akan mati awal. Jadi yang belajar kerana tujuan tu, tengok dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Ghazali sebut nasihat ni kepada pelajar-pelajar.
“Jadi, pergi luar negeri kena niat elok nawaitu. Ingat niat nampak habuan besar, balik rupanya jumpa tiga bala ni,” ujar Mudir Pondok Tahzibun Nufus Lanai, Parit Panjang. Kerana itulah katanya, pemilihan pemimpin dalam Islam, apatah lagi Jamaah Islam, mestilah mereka yang ahli agama dan sekiranya tidak, bermakna parti atau kumpulan tersebut hanya ada Islam pada nama semata-mata.
Malah menurutnya, sebagaimana pemimpin itu adalah pengganti Nabi menjaga agama dan politik dunia, maka perlantikan pemimpin di kalangan umat juga wajib dengan ijmak ulama. Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.
“Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.
“Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, “Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia”.
“Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.
“Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan,” tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa’.
Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju.
Sedangkan katanya, serangan DAP itu adalah kepada para alim ulama dan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.
Beliau menggesa agar golongan seperti itu jangan dibawa masuk ke premis dan entiti jamaah serta dijauhi.
Membaca petikan kitab, Tuan Guru menyebut, mendepani gerak kerja jamaah adalah wajib atas setiap Muslim dan mengerjakannya dan melunasinya adalah tanggung jawab yang dituntut serta dipertanggung jawabkan di hadapan Allah.
“Akan ditanya kamu kerja tak untuk kuatkan jamaah Islam. Tuhan akan tanya kamu buat tak kerja ni? Tahap mana kamu kerja? Itu saja akan ditanya. Kita hidup atas muka bumi kuatkan tak jamaah Islam?
“Ini kadang-kadang tak ambil tahu langsung masalah jamaah Islam nak hidup atau mati, senyap saja. Nabi kata, “Setiap amalan dicatat dan dipegang dengannya pertanggung jawaban atas mereka”.
“Kerana inilah Islam seru kita untuk tempatkan diri dalam jamaah dan tegah untuk pencilkan diri ketika adanya jamaah. Kalau tak ada, wajib kita bantu tubuhkan jamaah. Jelas kena ada jamaah sehingga kalau pemimpin menyeleweng sekalipun, zalim sekalipun tetap kena duduk dalam jamaah,” terang beliau.
Tuan Guru turut membacakan hadis Nabi di mana menegaskan sesiapa keluar dari jamaah yang telah terpimpin maka boleh dipenggal lehernya kecuali ia kembali kepada jamaah dengan menegaskan bahawa hadis itu kuat kerana terdapat dalam Musnad Imam Ibnu Hambal, Sunan Tarmizi dan Sahih Muslim.
Jelasnya, terjadinya perkara-perkara sedemikian adalah disebabkan berjuang dengan tidak berpandu al-Quran dan hadis serta berjuang mementingkan jawatan dan kebendaan, bukan menuju akhirat.SUMBERCATATAN :
Entah kenapa sumber asal artikel tersebut ( http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/36677-tegas-tangani-anasir-dalam-jamaah) kini tidak dapat di akses.