Dana RM2.6 Bilion : Hj Hadi dan Haron Din terkancing gigi....??

 

 

AL HUSSEYN

 

Haji Hadi dan Haron Din dua orang tokoh ulama pun mudah diperdayakan oleh Najib sebab dia memang pakar putar alam.

Atau mungkinkah mereka bertiga ini memang sama level, saling sokong menyokong, sahut bersahutan sesama mereka? Hahahaha... spekulasi aku sahaja.

 Sehingga kini dua orang tokoh ulama ini masih belum membuat kenyataan untuk membetulkan semula apa yang pernah mereka nyatakan sebelum ini.

 Apakah Hj Hadi dan Haron Din masih belum percaya bahawa dana RM2.6 billion itu telah benar-benar dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib? 

 Apa yang menjadikan mereka berdua ni terkancing gigi, waima Najib sendiri telah mengakuinya? SPRM pun akuinya ....Mahu saksi apa lagi?

 Adalah penting bagi mereka memperbetulkan kenyataan mereka yang terdahulu itu. Menurut Shahbudin, kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya...ikuti tulisannya berikut :


SETELAH TERPEDAYA, KINI GILIRAN PAS 'MENGAJAR' NAJIB

   Masihkah kita ingat apa antara kata-kata Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2,600 juta mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian Pas melalui Mursyidul Amnya, Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut?

 Berikut petikan berita Malaysiakini bertarikh 5 Julai 2015:-

 Perdana Menteri Najib Razak melahirkan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ). 

 Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai wang yang dipercayai daripada dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

 "Saya berterima kasih ramai yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Dr Haron Din. Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

 Kata Perdana Menteri, beliau menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini yang mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

 "Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itu pun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya di sini

Lihat...walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2,600 juta itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap "berlakon" seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata.

Siap mengungkapkan "baeeek punya ayat", "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia."

 Sekarang kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya...

Dr Haron Din, seorang yang warak dan tinggi ilmu agama ternyata boleh terpedaya dengan "lakonan" Najib, malah siap mengucapkan terima kasih dan penghargaan lagi kepada Mursyidul Am Pas itu bagi menunjukkan kepada umum beliau seolah-olah tidak tergamak menerima kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya.

 Najib melahirkan penghargaan itu berikutan kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi. (Baca di sini).


 Presiden Pas Haji Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap Perdana Menteri itu sambil mengatakan, "kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang."( Baca di sini)

Setelah terbukti wang tersebut benar-benar masuk ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun berubah-ubah penjelasannya daripada dana politik, selepas itu sebagai derma dan kemudian kononnya sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia untuk memerangi IS, meskipun pada Mac 2013 ketika wang disalurkan, daulah Islamiah itu belum wujud lagi, hakikatnya Najib sudah terperangkap dalam tindakan paling tidak bermoral sekali sebagai pemimpin.

 Apa pun hujah dan alasannya, tidak masuk akal ada seseorang sanggup menderma atau bersedekah dengan jumlah yang sebegitu besar, bak kata Tun Mahathir Mohamad, ia adalah "bullshit".

Apatah lagi, siasatan yang pada mulanya dijalankan untuk mencari kebenaran mengenai wang itu oleh pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan juga digagalkan melalui pembubaran pasukan petugas khas, pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara dan kacau ganggu termasuk serbuan dan rampasan fail, dokumen serta komputer riba terhadap SPRM.

 Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang banyak bertanya mengenai wang itu pula dipecat daripada kabinet. Najib kemudian "berlakon" lagi dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa pembiayaan dana politik untuk memantau sumbangan yang diterima oleh parti-parti politik.

 Sekali lagi...di sebalik gagal menjelaskan dengan jujur, berterus terang dan atas nama Tuhan mengenai wang RM2,600 juta, Najib tetap mahu mempamerkan dirinya seperti kain putih di depan umum di mana dana politik, derma atau sebagainya mesti dipantau pengalirannya.

 Meskipun Pas, terutamanya Haji Hadi dan Dr Haron Din, terlihat ingin bertolerasi dan bersangka baik dengan Najib, isu wang RM2,600 juta ini seharusnya menyedarkan Pas hakikat yang sebenarnya.

 Pas harus segera meletakkan titik noktahnya terhadap Najib demi menyelamatkan masa depan negara ini dengan turut sama menyokong jika ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri mahu dibentangkan di Parlimen.

Sekadar Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapha Ali memperakukan sokongan parti itu terhadap undi tidak percaya masih belum memadai sebenarnya. 

Haji Hadi sebagai Presiden dan Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am harus tegas menyatakan pendirian rasmi Pas untuk menyokong usul tersebut.

Sokongan tersebut bukan saja untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan seterusnya yang mungkin lebih dahsyat daripada wang RM2,600 juta, tetapi juga sebagai "mengajar" Najib kerana tindakannya "memperperdaya" dan "berlakon suci bersih" terhadap golongan ulama.

 Menyokong usul di Parlimen dan memastikan Najib tersingkir sekurang-kurangnya dapat mengembalikan maruah serta harga diri kedua-dua pimpinan utama Pas itu yang selama ini mungkin "tersilau" dan "terpedaya" tanpa disangka.

 Tambahan lagi, ia juga bertepatan dengan kata-kata Haji Hadi sendiri yang mengikut asas Islam, "yang baik disokong, yang tak baik ditentang." (SH 20/08/2015) ~ shahbudin