OLEH: KERENGGA
MESTI BACA!!! Apa yang terjadi dengan PAS sebenarnya? – Arifin Zakaria
1. Dua
soalan popular ketika hari raya tentang PAS. Pertama kenapa habis
sepasukan pimpinan lama dibuang? Sedangkan dengan merekalah kami kenal
PAS. Era 80-an dan 90-an nama popularnya Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam
Musa, Solehudin Ayub dll. Pasca reformasi popular dengan Dr Dzul, Dr
Mujahid, Mazlan Aliman, Ustaz Ghani Samsudin, Nizar Jamaludin dll.
Tetapi kenapa mereka dibuang kesemuanya?
2. Soalan kedua popular. Benarkah bekas pimpinan yang
tewas ini hendak tubuh parti? Kenapa perlu tubuh parti? Tidak bolehkah
bersabar dan tunggu perubahan seterusnya dalam parti? Tidakkah nanti
dituduh tidak boleh terima kalah lalu tubuh parti? Tidakkah UMNO
sebenarnya yang mengupah mereka ini agar tubuh parti? Tidakkah mereka
ini berada dalam percaturan JIM/IRC/IKRAM/HIS untuk ranapkan PAS? Inilah
dua jenis soalan yang kerap ditanya. Saya cuba menjawab dengan
pengetahuan dan maklumat yang ada pada saya.
4.
Menjawab soalan pertama. Mereka ini dibuang setelah melalui kempen yang
panjang. Ada yang mengatakan 18 bulan pasca muktamar 2013 hingga 2015
kempen non stop dilancarkan untuk membuang mereka. Sebenarnya tidak.
Sebelum itu lagi. Sejak pemilihan tahun 2009 lagi.
Mereka
ini dilihat menentang UG atau Kerajaan Perpaduan dengan PAS - Umno.
Sebenarnya UG ini tidaklah sama maksud dengan apa yang Presiden
lontarkan pada tahun 2009. Presiden TGHA lontarkan UG yang menggabungkan
kesemua parti politik termasuk PKR dan DAP untuk buat perubahan dalam
kerajaan.
Walaupun
lontaran yang tidak masak, tetapi bukan UG itu yang ditentang. Tetapi
jauh daripada itu sememangnya wujud usaha hendak menggabungkan PAS
dengan Umno hasil kerja kuat bekas Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin
Mat Isa (UN) dan bekas Naib Presiden Dato Dr Hasan Ali (DHA) dan bekas Timbalan Mursyidul Am yang kini menjadi Mursyidul Am Dato Dr Harun Din (DHD).
Pasca
PRU 2008, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri bersama Khir
Toyo berunding dengan pimpinan PAS untuk membentuk kerajaan PAS Umno di
Selangor dan di Perak.
Rundingan ini pada awalnya dinafikan Pengarah Pilihanraya PAS ketika
itu Dato Mustafa Ali. Tetapi bocor apabila Pak Lah sendiri
membocorkannya. Ada pertemuan di sebuah lokasi tidak jauh bangunan
parlimen. Berakhir dengan PAS menolak pelawaan tersebut.
Tetapi
Ustaz Nasha dan Hasan Ali meneruskan agenda ini. Kerap mereka berdua
bertemu Pak Lah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tokoh tokoh Umno baik di
bangunan parlimen atau di Hotel Meridien. Watak kedua orang ini dilihat
pelik dalam tempoh 2008-2011. Dilihat mesra UMNO dan menjadi pengacau
kepada Pakatan Rakyat dan kerajaan PR di Selangor. Kerap Hasan Ali
mengambil tindakan berseberangan dengan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Diantaranya
pengakuan bekas Pengerusi ngo GERAK Nazree Yunus, beliau didatangi
Hasan Ali dan orang orangnya termasuk Roslan SMS dan SETPOL Presiden PAS
Dr Ahmad Samsuri untuk membuat pendedahan tentang salahguna kuasa Tan
Sri Khalid. Beliau membuat report SPRM, TS Khalid Ibrahim sudah menguna
peruntukan kerajaan untuk menghadiahkan lembu korban ke parlimen Bandar
Tun Razak kawasannya sendiri. Kemudian tuduhan kedua menggunakan
peruntukan kerajaan untuk servis kereta peribadi. Tujuannya adalah untuk
menjatuhkan Tan Sri Khalid dan menaikkan Hasan Ali sebagai MB. Tetapi
setelah disaman Tan Sri Khalid, Nazree berubah dan menyertai PKR serta
mendedahkan perancangan jelik ini.
Dr Hasan
Ali dan Ustaz Nasha dilihat meneruskan usaha ini sehinggalah sebelum
PRU 2013 pertemuan diantara Hasan Ali, Ustaz Nasha dengan PM Najib di
Hotel Meridien. Pertemuan ini didedahkan Hasan Ali kepada rakan-rakannya
sendiri. Kata
beliau PM Najib sedia memberi kerjasama membantu beliau dan Ustaz Nasha
membuat satu gerakan politik Melayu Islam atas nama ngo ala ala PERKASA. Najib sedia bantu wang ringgit dan segala kepakaran.
Targetnya
mereka sedia bertanding calon bebas di kerusi PAS. Ngo ini akhirnya
ditubuhkan selepas Hasan Ali dipecat iaitu ngo JATI. Pertemuan untuk
membuat kerjasama dengan Najib dan menubuhkan platform baru itu bocor ke
pengetahuan Presiden dan SUA Dato Mustafa Ali. SUA menjalankan
siasatan. Di tengah siasatan berjalan, Ketua Penerangan PAS Selangor YB
Shaari Sungip mengeluarkan kenyataan nama Dr Hasan Ali tiada dalam
senarai calon PAS Selangor.
Kemudian
melentinglah Hasan Ali dan pengikutnya dan berlakulah perang media yang
berleluasa sehinggalah membawa pertemuan beliau dengan TGNA di
Kelantan. Berakhir dengan beliau dipecat daripada PAS yang kesemua pihak
melihat kononnya hasil serangan awal Shaari Sungip itu. Walhal kisah
sebenarnya memang dia sedang disiasat SUA dan Presiden atas isu
pertemuan beliau dan Ustaz Nasha dengan Najib di Hotel Meridien.
Pokoknya
selepas dipecat belangnya dengan Umno semakin jelas. Ucapan beliau
menyeru penyatuan Umno PAS sangat jelas. Begitu juga Ustaz Nasha.
Kelibatnya kerap bersama Najib jika Najib ke negara negara Arab dalam
keadaan dia masih ahli PAS. Tetapi beliau tidak dipecat. Itu yang pelik.
Dalam
kes Perak pula. Seawal kemenangan 2008 UMNO berusaha memujuk PAS
membentuk kerajaan bersama di Perak dengan janji PAS sebagai MB. Kisah
Zahid Hamidi bekejar ke rumah Ustaz Ahmad Awang PJ Perak ketika itu
untuk memujuk membentuk kerajaan sudah menjadi rahsia umum.
Ustaz
Ahmad Awang mendedahkan ketika muktamar 2011 ketika ucapan
penggulungannya memang wujud usaha menggabungkan PAS Umno. Jangan ada
sesiapa nafikan. Saya ada maklumat. Kata Ustaz Ahmad Awang.
Beliau
mendedahkan 3 pihak menghubungi beliau memohon dibentuk kerajaan PAS
Umno di Perak. Iaitu Zahid Hamidi, Mufti Harusani dan Dato Dr Harun Din.
Inilah 3 pihak yang berusaha mewujudkan kerajaan PAS Umno di Perak.
Inilah
perkara yang ditentang Husam, Mat Sabu, Mahfuz, Solehudin dan kumpulan
mereka. Namun dengan mudah mereka disabitkan menentang Presiden. Maka
bermulalah wujud kononnya kumpulan penentang Presiden. Datanglah isu apa
sekalipun mereka ini akan dikaitkan. Walaupun sekarang terbukti Hasan
Ali dan Ustaz Nasha jelas menjadi pembantu Umno. Jelas dan terbukti apa
yang dikatakan fitnah sebelum ini. Tetapi perkara itu diabaikan.
Kumpulan Husam, Mat Sabu dll ini kekal diletakkan dikandang bersalah.
Sedangkan Ustaz Nasha kekal kebal sebagai ahli PAS tanpa dipecat.