Petang 12 Jun 2015 ; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato' Fauzi Abdul
Rahman meninjau sendiri kes pencemaran debu-debu bauksit yang meresahkan
kehidupan rakyat di sekitar kawasan Parlimen Indera Mahkota.
Bermula dari sempadan Pahang/Terengganu di Kampung Chendor berkeadaan
normal sehingga ke Sungai Ular. Tetapi bermula dari simpang jalan ke LPT
di Sungai Ular, kesan pencemaran dari aktiviti pengangkutan bauksit
telah bermula sehinggalah semakin menghampiri Pelabuhan Kuantan, kesan
pencemaran semakin teruk selain kerosakan jalan yang berlaku.
Di kawasan pelabuhan kelihatan timbunan bauksit berada merata-rata di sekitarnya. Adalah amat membimbangkan sekiranya berlaku hujan, air yang tercemar oleh bauksit ini terus mengalir ke laut yang hanya berada beberapa meter dari timbunan bauksit ini. Kelihatan juga lebih 50 lori sedang berbaris bagi menurunkan muatan bauksit ke kawasan itu sehinggakan menghalang satu lorong jalan di situ.
Keluar dari kawasan pelabuhan Dato' Fauzi menziarahi satu keluarga yang merupakan Ketua Kampung, Kampung Selamat Pelabuhan yang telah kehilangan dua anak dan seorang cucu yang masih bayi dalam tempoh tiga tahun yang lepas akibat masalah pernafasan/paru-paru yang disyaki akibat pencemaran akibat debu-debu amang dahulunya. Pencemaran yang berterusan sekarang ini akibat bauksit pula amatlah meresahkan penduduk di kampung ini.
Meninggalkan Kampung Selamat, Dato' Fauzi singgah di kawasan pantai berhampiran melihat kesan laut merah akibat pencemaran bauksit. Walaupun kelihatan keadaan lebih baik dari beberapa minggu lepas, keadaan yang lebih teruk mungkin akan berulang sekiranya berlaku hujan di kawasan ini.
Dato' Fauzi juga hadir ke Himpunan Bantah Bauksit yang di adakan di hadapan Surau Al-Uhtmaniah, RTP Bukit Goh yang diadakan oleh penduduk sekitar yang tidak lagi tahan dengan pencemaran debu bauksit dan keselamatan keluarga mereka yang terancam akibat lori-lori pengangkut bauksit tersebut.
Penduduk terpaksa bertindak sendiri setelah pihak berkuasa kelihatan gagal untuk membela mereka. Penduduk telah membuat sekatan agar lori-lori tersebut tidak melalui kawasan mereka dan mencari laluan alternatif lain untuk mengeluarkan galian tersebut.
Walaubagaimanapun sekatan ini dihentikan buat sementara setelah dua jam kemudian setelah diminta oleh pihak polis dengan janji untuk pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
Pihak penduduk akan kembali meneruskan tindakan ini jika dalam tempoh seminggu keadaan tetap tidak berubah.