Buat apa pula Hadi, Nik Abduh bersama Muhyiddin di Kundasang?Tak ajak ketua Dapsy dan AMK sekali ka????
Laporan Astro Awani: Sidang media yang sepatutnya dijalankan bersama kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Liwagu, Kundasang di sini terpaksa dibatalkan ekoran berlaku satu lagi gegaran pada kira-kira jam 1.35 petang.
Situasi tersebut membuatkan semua orang yang berada dalam ruang berlangsungnya sidang media berkenaan, termasuk petugas media dan pegawai pengiring bergegas keluar.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh wartawan Astro AWANI Ridzal Abdullah yang turut berada di tempat kejadian.
Sidang media itu difahamkan pada awalnya untuk Muhyiddin mengemas kini perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa di Gunung Kinabalu selain mengulas mengenai pengurusan bencana termasuk bentuk bantuan yang bakal dilakukan.
Selain Muhyiddin, turut kelihatan bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Turut kelihatan dalam situasi cemas berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun.
Difahamkan, setelah suasana kembali tenang dan dilaporkan selamat sidang media tersebut diteruskan.
Muhyiddin telah mengumumkan bahawa bantuan sejumlah RM10,000 akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terkorban iaitu sumbangan RM5,000 dari Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada kerajaan negeri.
Sementara itu, wang bantuan sejumlah RM2,000 bakal diberikan kepada mangsa yang cedera manakala bagi yang selamat dan tidak cedera tetapi mengalami trauma akan mendapat RM1,000 seorang.
Buat apa pula Hadi, Nik Abduh bersama Muhyiddin di Kundasang?
Belum pun reda pergolakan dalam PAS lewat Muktamar ke 61, presiden Hadi dan Ketua Pemuda Nik Abduh bersama Muhyiddin pula di Sabah. Apa pula yang dibuat mereka dalam dewan sidang media. Ada nak umumkan apa-apa kot?Laporan Astro Awani: Sidang media yang sepatutnya dijalankan bersama kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Liwagu, Kundasang di sini terpaksa dibatalkan ekoran berlaku satu lagi gegaran pada kira-kira jam 1.35 petang.