Saya belum mahu
bercakap dan beri komen mengenai pengistiharan bulan dan bintang Najib lagi. Kerana
saya boleh dan mampu melakukan demikian. Saya mengalu-ngalukan orang lain
menulis pendapat mereka dalam satu extended
article dan berhentilah mendapat kemasyuran 5 minit dengan menghantar surat
kepada editor atau membuat laporan polis.
Langkah seperti
ini tidak langsung mengurangkan kegigihan menulis untuk menyampaikan pandangan
kepada pembaca.
Dan saya jadikan
bisnes saya memberi komen dan pandangan untuk memusnahkan omongan Najib. Bukanlah
saya rasa saya sahaja yang layak berbuat demikian- ianya kerana saya boleh dan
mampu. Tidak ada yang menyekat orang lain dari melakukan perkara yang serupa.
Saya
hairan ada orang menyifatkan Najib diluar boleh dikomen.Berulang kali
saya katakan- jika Najib boleh jadi PM, sesiapa sahaja pun boleh.
Memanglah misi
pembangkang dan saya ialah menyingkir kerajaan Najib dari kuasa. Sebab kita ada satu kepercayaan- Kita percaya
dan yakin kita boleh lakukan lebih baik dari kerajaan UMNO. Semudah ini titik
tolak kita.
Misi kerajaan
pula ialah memburukkan pembangkang. lakukan dengan gentlemen tanpa menggunakan tektik
kotor dan tektik intimidasi dan menggunakan the
legitimate forces of coercion.
Tujuan kita
ialah overthrow kerajaan Najib. Hanya cara kita lakukan ialah cara demokratik
melalui peti undi. Siapa yang dapat yakinkan rakyat, dialah yang menang. Fakta nya,
dalam pru13, lebih ramai yang sokong kita dari sokong BN.
Perkara inilah
yang tidak dapat diterima oleh UMNO. Sebab itu mereka naik sasau dan bertindak
balas dengan melakukan segala bentuk kezaliman dan penganiayaan keatas
pembangkang. Mereka pihak yang takut dengan kebangkitan rakyat yang enggan
diperbodohkan.
Berapa kali
sudah saya nyatakan- saya sendiri tahu dan sedar bukan semua pandangan dan
pendapat saya mantap dan benar; tapi saya menulis dengan penhujjahan. Orang yang
tidak setuju dengan saya tidak pun mengukuhkan cause mereka jika hanya membantah dengan respons sebaris/oneliner
responses. Apatah lagi jika buat serangan peribadi.
Jika ada penghujjahan dari mereka yang membantah- akhirnya, it comes
to the point where pembaca menimbang mana satu pandangan yang mempunyai higher
level of believability.
Saya akan resev
satu masa lain untuk beri komen keatas goga dan gegak gempita Najib berkata
mengenai darah Melayu yang mengalir dari tubuh nya. Cukup dengan saya mengatakan
awal ini, cukup lah kelentongkan rakyat.
Antara bulan dan
bintang, bagaimana kedudukan bangsa Melayu?
Setiap kali saya
round kampung2 Melayu dalam daerah Raub, saya akan menemui cerita sedih. Dari Ulu
Semantan, Gesing, Cheroh, Ulu Lepar, Batu Malim, Ulu Sungai, Ulu dong, Pamah
Rawas, Pamah Kulat, Tanjung Putus, Ulu Lepar, Gali, Sega, Ulu Atok, Kuala Atok,
Chenua, masaalah nya sama- janji kerajaan dan nikmat sorga loka hasil
pemerintahan kerajaan Melayu tidak kesampaian.
Ini bukan
kerajaan bukan Melayu- ini kerajaan Melayu, kulit sawo matang, beragama Islam. Pengalaman
saya satu penggal bersama kerajaan menyedarkan saya bahawa segala peruntukan
yang diterjemahkan dalam bentuk projek dan program- semua nya 100% akan dicukai sebahagian nya oleh pembuat
polisi dan pelaksana projek dan program. Itulah punca asas sekali mengapa
polisi memajukan Melayu gagal.
Lihatlah apa
yang berlaku. Penghuni di dua buah pusat serenti dadah di Raub semua nya Melayu.
PPRT semua oang Melayu. Apa yang berlaku di Raub belaku serupa dalam daerah dan
negeri lain. Rumah PPRT semua penghuni dan pemohon nya Melayu. Setiap tahun ,
pejabat daerah mampu buat 200 unit, pemohon nya- semua Melayu ada 10,000.
Yang bangsat dan
papa kedana dan haram jadah- ini istilah2 yang sering kali Najib guna( petanda
darah Melayu mengalir dalam tubh nya) ialah orang Melayu.
Yang memerintah
selama ini, siapa kalau bukan bangsa Melayu? Jawablah dengan jujur.
Sudah lah
Melayu- UMNO pula- parti dulu, kini dan selama nya berjuang untuk PUTERA dari
istilah keramat BUMIputera itu. Putera didahulukan, bumi dikemudiankan!
Orang Melayu
kena sedar bahawa kepentingan yang UMNO perjuangkan ialah kumpulan Melayu yang
terpilih. Itu sebabnya, semenjak tahun 1955 bila UMNO mula memerintah,
kepentingan Melayu biasa sentiasa terkebelakang.
Pendapatan kasar
purata isi rumah per bulan kumpulan 40% terbawah Melayu , mengikut angka
rasmi kerajaan ialah RM1686 sebulan. Kos selia rambut Rosmah Mansor sekali
buat ialah RM1200. Tentu bukan sekali. Kalau seminggu sekali , jumlah nya 4
kali. Jadi kos nya RM4800 sebulan.
Pendapatan golongan
Melayu kumpulan B40? RM 1686. Ertinya, pendapatan purata bulanan isi rumah dalam
kumpulan B40, lebih rendah dari kos nilai selia rambut Rosmah Mansor per bulan!
Silalah datang
dan tanya, peniaga pasar minggu bandar Raub- adakah yang pendapatan mereka RM4800
sebulan. Dan Rosmah Mansor kata dia suri rumah tangga. Yang dia lupa kata ialah
dia suri rumah tangga kumpulan 1% teratas.
Tidak berapa
lama dahulu, kapal terbang rasmi kerajaan hilang sekejap sehingga Najib terpaksa
pulang melawat orang banjir dengan kapal terbang lain. Kapal terbang kerajaan
itu telah di guna pakai oleh isteri PM yang tidak ada peranan rasmi dalam system
berkerajaan.
Tapi oleh sebab
Rosmah itu Melayu dan Najib itu Melayu- dan UMNO pulak- kesalahan2 ini ditutup
sebelah mata. Tak mengapa- mereka Melayu. Ertnya, oleh kerana pesalah itu melayu,
UMNO lagi, kesalahan itu bisa dimaafkan. Ekstensi dari ini- tidak lama lagi,
jika gerombolan UMNO masuk dalam rumah kita, meniduri isteri, isteri2 dan anak
perempuan kita- orang pro UMNO akan kata- tak mengapa-mereka itu melayu dan
UMNO lagi.
Inilah realiti nya.
Yang memohon
tapak buat rumah dan memohon tanah tak dapat2 sejak 40 tahun, dalam daerah Raub
ialah Melayu. Tak kiralah jika Melayu itu datang dari Terenganu atau Kelantan
atau negeri lain- mereka tetap Melayu. Orang Cina yang asalnya datang dari
negeri China mudah pulak kita berikan tanah. Yang memberi itu DO nya, SO nya,
pegawainya Melayu.
Apalah kita nak
herankan sangat mengenai himpunan Melayu yang bersorak dan gegak gempita berteriak
bila Najib dengan air liur meleleh bercakap mengenai bangsa Melayu. Mereka didatangkan
dengan bas dan segala macam kenderaaan, dibayar dan diupah. Yang datang pun
entahkan pegawai2 kerajaan yang diberi amaran kalau tak datang diambil tindakan
disiplin, penuntut IPTA dan KOlej kerajaan, dan seterusnya.
Kita jangan
lupa, UMNO dan BN hanya dapat 47% undi popular. Kita jangan lupa pula lebih
ramai orang Melayu sokong Pakatan dari sokong BN dan UMNO. Jadi biarlah mereka
nak jerit, nak hunus keris atau apa- fakta nya, mereka hanya dapat 47% undi
popular.
Kita perlu
ingat, UMNO dapat 3.2 juta undi dalam PRU13. Dan bukan semua undi ini orang
Melayu. Kalau semua Melayupun, ianya sama dengan jumlah ahli UMNO. Itu pun jika
semua ahli UMNO memilih calun UMNO yang semestinya Melayu.
Jumlah orang
Melayu yang keluar mengundi daripada 11 juta itu dianggar 60%. Ini sama dengan
6.6 juta. Kalaulah jumlah orang Melayu yang undi UMNO itu 3.2 juta, ini bereti
3.4 juta Melayu tak undi UMNO dan BN.
Maka kalau kita
tidak tergolong dalam 3.2 juta itu, jangan resah dan gelisah.
Yang bersorak
gegak gempita, dalam himpunan itu mewakili bahagian bukan majority orang
Melayu.
Majoriti orang
Melayu ialah yang berada dalam dalam kumpulan B40 yang mempunyai pendapatan
purta isi rumah bulanan sebanyak RM1686.
Ada 16-17 juta
orang Melayu di Malaysia ini. Ertinya yang berada dalam B40 ialah 6-7 juta Melayu.
6-7 juta Melayu berada dibawah garis kemiskinan. Tahun ini yang layak terima
BR1M ialah 7.2 juta. 90% dari nya orang Melayu. 6.3 juta. Hampir sama dengan
kumpulan B40.
Yelah- kita jerit
pasal Melayu itu dan ini-seperti saya kata tadi
1.
Hampir 100% pemohon dan penginap PPRT ialah
Melayu
2.
90% penerima BR1M ialah Melayu
3.
90% penerima bantuan JKM ialah Melayu
4.
Pemohon tanah tapak rumah- majority nya Melayu.
5.
Peniaga dibawah canopy atau teduhan zinc –majority
nya melayu.
Siapa yang memerintah
negara ini sejak 1955? UMNO dari perikatan sehingga BN.
PM semua Melayu.
Menteri majoriti Melayu. KPN semua Melayu. Ketua tentera Malaysia semua Melayu.
Raja- semua Melayu. KSN semua Melayu ( sekarang je mamak). KSU kementerian -99%
Melayu. Pengarah jabatan kerajaan- 99% Melayu. SUK negeri- semua Melayu. MB-
semua Melayu. Exco- ramai Melayu. DO? Semua Melayu. Ketua2 kerajaan tempatan? Semua
Melayu.
Semua level
pembuat keputusan ialah Melayu tapi, bangsa Melayu masih terkebelakang.
Dari 10
billionaire di Malaysia- 8 orang Cina, 1 India dan 1 Arab.
Mana Melayu? Masih
terperangkap antara bulan dan bintang.Kalau ada 6-7 bangsa Melayu yang
miskin dan ketinggalan- itu petanda hina nya bangsa Melayu. Dan kita
tahu siapa yang menyebabkan Melayu jadi begini.
1.....MALAYSIAAAAAAAA.......PADAN MUKA .....(WRLR)