Ahmad Husni pemimpin tak ada tulang belakang – Mohd Ariff Sabri


 
Kenyataan Husni itu menunjukkan bahawa Najib dan Husni mencelakakan kabinet seolah olah mengatakan - pergi mampuslah.

ariff husniPETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP-Raub, Datuk Mohd Sabri Ariff Abdul Aziz menyifatkan Menteri Kewangan Dua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai pemimpin UMNO yang tidak ada tulang belakang.

Katanya, Ahmad Husni tidak akan berani membuat keputusan berkaitan portfolionya melainkan setelah mendapat kebenaran Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Dia seorang yang penakut,” dakwanya dalam entri terbaru blog sakmongkol.blogspot.com, dan seterusnya menyatakan, “Dan jika Husni buat kenyataan bahawa RM950 juta adalah standby credit-mestilah istilah itu dipersetujui oleh Bossman Najib. Dan Bossman Najib, satu Malaysia dah tahu-orang nya blur.”

Bekas ahli UMNO dan ADUN Pulau Manis itu berkata, rakyat perlu mengetahui kelentongan para pemimpin kerajaan semasa bercakap “akan melakukan yang terbaik untuk menegak benang basah dan menipu rakyat.”

Beliau mempersoalkan jawapan Ahmad Husni di Dewan Rakyat berhubung tunai RM950 juta untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tujuan kredit siap sedia, bukannya pinjaman atau bailout.
“Silalah nyatakan apa bezanya bila RM950 juta benar-benar digunakan oleh 1MDB? Bila ia digunakan bagaimana? Ia akan jadi hutang. Dan hutanglah yang diakui oleh CEO 1MDB, Arul Kanda (Kandasamy) yang mengesahkannya. Ia pinjaman dengan terma dan syarat pinjaman komersial,” katanya.