Dia tercirit lagi ....kali ini di Kota Baharu

 oleh: al hussein



Ya ampun, memang benarlah apa yang pernah Mustafa Ali kata tentang Zuhdi ni sebagai mulut cirit birit!. Tulis pun cirit birit! 

 Yang terbaru Zuhdi buat kelaku buruk cirit birit di Kota Baru. 

KOTA BAHARU, 28 Feb (Bernama) -- Gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh kumpulan tertentu dalam parti itu dikesan bermula sejak 1998, kata Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marsuki.


 komen al Husseyn


 Untuk makluman Zuhdi cirit birit, tahun 1998 Presiden PAS ialah almarhum Datuk Fadzil Noor bukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ustaz Hadi Awang ketika itu ialah timbalan presiden PAS. Kamu tu sebagai Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan.

 Buat malu kat orang sahaja kalau begini taraf ketua penyelidikan tentang susur galur jawatan presiden parti sendiri!


Zuhdi tercirit lagi…..

 Beliau berkata pada 1998, PAS menjadi begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan dari luar dan kumpulan berkenaan membentuk pasukan dalam PAS.

 "Sebelum itu (1998) budaya 'team' tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas itu (1998) dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Wacana Ilmiah: PAS: Semalam, Hari Ini dan Esok di Pengkalan Chepa di sini, Jumaat malam.Baca lagi di sini

 komen al Husseyn

 Alahai, simulut cirit birit ini rupa-rupanya tidak tahu bahawa Hj Hadi, Almarhum Ust Fadzil Nor dan ramai lagi adalah asalnya dari kumpulan dari luar .....
 Hj Hadi pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978, dalam masa yang sama Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu . 
 Pada 1982, apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nakhaie Ahmad. 
 Ramai di kalangan pimpinan ABIM yang masuk PAS selain mereka bertiga, antaranya, Tuan Haji Mohamad Sabu, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Datuk Paduka Husam Musa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Muhammad Mustafa, Datuk Mohammad Daud Iraqi dan ramai lagi.
 Ketika ditahan di Kamunting, Anwar merupakan Presiden ABIM. Tempat Anwar sebagai Presiden telah dipangku oleh allahyarham Fadhil Noor (Ketika itu Timbalan Presiden). Sila rujuk di sini