Shahbudin Husin
Mereka
mewajarkan bahawa jet 9M-NAA itu terpaksa singgah di di London dan
Dubai dalam perjalanan ke Bangkok daripada Amerika Syarikat kerana
pesawat itu mempunyai tangki yang kecil dan oleh itu perlu selalu
mengisi minyak.
Mereka
juga menyebut bahawa jet itu hanya singgah tidak sampai dua jam di
London dan Dubai dan oleh itu tidak mungkin jangkamasa itu digunakan
untuk membeli-belah.
Berapa
lama pula masa diperlukan untuk keluar dari pesawat, melalui beberapa
pintu, pilih barang-barang, bayar di kaunter dan kemudian bergegas
semula menuju pesawat, kata mereka.
Sekala
imbas, ternampak bahawa blog dan pengendali media sosial ini telah
memberi hujah yang logik dan dapat diterima akal dan mungkin dapat
mengembirakan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang kian dipertikaikan
berikutan isu jet ini.
Dalam
masa yang sama, wujud juga penjelasan dari PMO sendiri bahawa jet itu
ditinggalkan di Amerika kerana menghadapi masalah teknikal dan tidak
digunakan oleh mana-mana ahli keluarga Perdaha Menteri.
Seolah-olah
jawapan dan penjelasan itu senada untuk membersihkan nama isteri
Perdana Menteri daripada tohmahan membeli-belah di beberapa bandaraya
indah yang disinggahinya.
Tetapi,
satu perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh blog dan pengendali media
sosial ini ialah siapakah penumpang utama di dalam jet ketika dalam
perjalanan daripada Amerika ke Bangkok itu?
Adakah ada Rosmah di dalamnya atau jet itu pulang kosong setelah masalah teknikalnya berjaya diatasi?
Jika Rosmah menjadi penumpangnya, siapakah yang membenarkannya?
Kenapa
juga jet itu berada di Bangkok dan dalam masa yang sama Rosmah juga
didapati membeli-belah di Central Chidlom? Adakah Rosmah penumpangnya
atau Rosmah datang ke Bangkok daripada Amerika menaiki pesawat
komersial?
THE MAIN ENTRANCE CENTRAL CHILLOM
Kenapa daripada Amerika, setelah kononnya masalah teknikal jet itu diatasi, ia tidak terus balik ke Kuala Lumpur saja?
Kedatangan
Najib ke Bangkok pula menaiki apa? Adakah juga menggunakan jet khas
TUDM sebagaimana kepulangannya daripada Hong Kong ke Kota Bharu sebelum
ini?
Jika
pemergian Najib ke Bangkok menggunakan jet TUDM, adakah ia pulang
kosong kerana pulangnya Najib dan Rosmah ke Kuala Lumpur kemudiannya
adalah dengan jet 9M-NAA yang didatangkan daripada Amerika itu? Tidakkah
sudah berlaku pembaziran berganda di sini?
Sebenarnya
banyak lagi persoalan dalam isu jet ini yang menimbulkan lebih
tanda-tanya kepada rakyat walaupun cuba diwajarkan dengan pelbagai
perkara seperti masalah teknikal dan sebagainya.
Meskipun
juga blog dan pengendali laman sosial ini bersungguh mahu
mempertahankankan tiada aktiviti membeli-belah dan jet itu singgah
daripada satu bandar ke bandar yang lain hanyalah untuk mengisi minyak,
namun tiada yang berani memberi jawapan siapakah penumpang utama di
dalamnya?
Daripada Amerika Syarikat - London - Dubai - Bangkok, siapakah yang jadi "Perdana Menteri" di dalam jet itu?
Selagi
jawapan yang benar dan "kerana Allah" tidak diberikan, malah cuba
disimpang-siurkan kepada hal-hal lain, selagi itulah isu jet ini terus
menjadi percakapan ramai dan tambah membawa derita kepada Najib yang
sedang berehat kerana jangkitan e.coli sekarang ini. (SH 06/01/2015)