Apa cerita Hj Hadi tentang setiap ceramah beliau untuk menolak Umno dan perjuangan Islam.Malah jika menyokong Umno juga di anggap sebagai murtad ? ha.ha,ha....Dulu orang PAS kutuk Anwar dan penyokonya , Kini siapa pulak yang nak menjatuhkan hukum pada Hj Hadi?
SILA BACA DIBAWAH INI TENTANG TINGKAH LAKU HJ HADI . RUPA RUPANYA ADA JUGA HATI NAK JOIN Umno. TOK GURU NIK AZIZ KALAU TAHU SAH KECEWA. DULU BELIAU PERNAH TERSINGGUNG APABILA TULANG BESI MENDEDAHKAN PERJUMPAAN SECARA SENYAP PUAK UG YANG DI KETUAI HASAN ALI, NASARUDDIN DAN TURUT DI KETAHUI OLEH HJ HADI. SEHINGGAKAN TOK GURU NIK AZIZ MENGELUARKAN AMARAN....AYUH ORANG PAS....APAMACAM...........NAK JAWAB MACAMANA NI???? NAK HADIS DAN FATWA MACAMANA NI????
KALAU BIRO POLITIK TAK NAK AZMIN DAN 13 ADUN LAIN JUGA TIDAK MAHUKAN AZMIN, TIBA TIBA HJ HADI TAWARKAN KEAPADA AZMIN MINTA BELIAU LOMPAT SERTAI PAS....
KALAU IKUT LOGIK LA....KALAU SETAKAT NAK CARI DUIT, AKU RASA BAIK AZMIN LOMPAT MASUK UMNO....BELIAU BEKAS PEGAWAI KHAS MAHATHIR, SETIUSAHA POLITIK ANWAR IBRAHIM....MUDAH SANGATKAH AZMIN NAK MEMBELOT SERTAI PAS???
MALU ORANG PAS KALAU BETUL APA YANG BERLAKU SEMALAM......APA YANG ORANG PAS HARUS LAKUKAN DEMI NAK JAGA AIR MUKA HJ HADI.....GULINGKAN DAN GANTIKAN DENGAN PRESIDEN BARU....KEMUDIAN BUAT KEPUTUSAN NAK JOIN PAKATAN ATAU BERJUANG BERSENDIRIAN.....HANYA ITU SAHAJA PAS ADA...ATAU KEKAL SEPERTI SEKARANG.
AKU RASA KES ANWAR MENINGKATKAN SOKONGAN KEPADA PAS. AKU JUGA RASA SOKONGAN KAUM CINA DAN INDIA MENJADIKAN PAS MENANG DI BANDAR....LAIN KALAU ORANG PAS TAK BERFIKIRAN SEPERTIMANA AKU FIKIR....MUNGKIN NAK JOIN DENGAN UMNO????
PILIHANRAYA SEKALI LAGI , DAP DAN PKR YANG AKAN MENGEKALKAN PAKATAN RAKYAT AKAN MENENTANG PASUMNO/BN /UMNOPAS
HJ HADI MENAFIKAN. BACA BERITA DI BAWAH......
BAGAIMANA PULA JIKA ADA TAPE HJ HADI TIBAI ANWAR IBRAHIM BILA BERJUMPA DI TERENGGANU???? ATAU PUN ADA TAPE PERBUALAN ANTARA AJK PAS PUSAT DAN HJ HADI BARU BARU INI????
SAMAN AMIN ISKANDAR JIKA TIDAK BETUL......
/http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/presiden-pas-nafi-tawar-azmin-bentuk-kerajaan-bersama-umno
Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti
dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada
presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri
besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu.
"Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.
Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya. – 26 Ogos, 2014.
Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat
OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA
Published: 26 August 2014
Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku semalam yang beliau menawarkan
Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa
rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor. – Gambar fail The
Malaysian Insider, 26 Ogos, 2014.
Mesyuarat Jawatankuasa
PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul
Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin
Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan
bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi
mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang,
Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.
Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan
Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS
menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan
kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi
membentuk kerajaan.
Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila
seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran
beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan
dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin,
lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang
lagi Adun PKR.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang
dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana
hendak mengadakan kerajaan?”
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan
alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang
disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat
itu kepada The Malaysian Insider.
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas
mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.
Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam
mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita
dan kerana dia juga tidak layak.
Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos
lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan
Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri
besar Selangor.
Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih
tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.
Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal
sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk
majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.
Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari
kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan
Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa
berkata, mesyuarat mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan
Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. – 26 Ogos, 2014.