Apa cerita Hj Hadi tentang setiap ceramah beliau untuk menolak Umno dan perjuangan Islam.Malah jika menyokong Umno juga di anggap sebagai murtad ? ha.ha,ha....Dulu orang PAS kutuk Anwar dan penyokonya , Kini siapa pulak yang nak menjatuhkan hukum pada Hj Hadi?
SILA BACA DIBAWAH INI TENTANG TINGKAH LAKU HJ HADI . RUPA RUPANYA ADA JUGA HATI NAK JOIN Umno. TOK GURU NIK AZIZ KALAU TAHU SAH KECEWA. DULU BELIAU PERNAH TERSINGGUNG APABILA TULANG BESI MENDEDAHKAN PERJUMPAAN SECARA SENYAP PUAK UG YANG DI KETUAI HASAN ALI, NASARUDDIN DAN TURUT DI KETAHUI OLEH HJ HADI. SEHINGGAKAN TOK GURU NIK AZIZ MENGELUARKAN AMARAN....AYUH ORANG PAS....APAMACAM...........NAK JAWAB MACAMANA NI???? NAK HADIS DAN FATWA MACAMANA NI????
KALAU BIRO POLITIK TAK NAK AZMIN DAN 13 ADUN LAIN JUGA TIDAK MAHUKAN AZMIN, TIBA TIBA HJ HADI TAWARKAN KEAPADA AZMIN MINTA BELIAU LOMPAT SERTAI PAS....
KALAU IKUT LOGIK LA....KALAU SETAKAT NAK CARI DUIT, AKU RASA BAIK AZMIN LOMPAT MASUK UMNO....BELIAU BEKAS PEGAWAI KHAS MAHATHIR, SETIUSAHA POLITIK ANWAR IBRAHIM....MUDAH SANGATKAH AZMIN NAK MEMBELOT SERTAI PAS???
MALU ORANG PAS KALAU BETUL APA YANG BERLAKU SEMALAM......APA YANG ORANG PAS HARUS LAKUKAN DEMI NAK JAGA AIR MUKA HJ HADI.....GULINGKAN DAN GANTIKAN DENGAN PRESIDEN BARU....KEMUDIAN BUAT KEPUTUSAN NAK JOIN PAKATAN ATAU BERJUANG BERSENDIRIAN.....HANYA ITU SAHAJA PAS ADA...ATAU KEKAL SEPERTI SEKARANG.
AKU RASA KES ANWAR MENINGKATKAN SOKONGAN KEPADA PAS. AKU JUGA RASA SOKONGAN KAUM CINA DAN INDIA MENJADIKAN PAS MENANG DI BANDAR....LAIN KALAU ORANG PAS TAK BERFIKIRAN SEPERTIMANA AKU FIKIR....MUNGKIN NAK JOIN DENGAN UMNO????
PILIHANRAYA SEKALI LAGI , DAP DAN PKR YANG AKAN MENGEKALKAN PAKATAN RAKYAT AKAN MENENTANG PASUMNO/BN /UMNOPAS
HJ HADI MENAFIKAN. BACA BERITA DI BAWAH......
BAGAIMANA PULA JIKA ADA TAPE HJ HADI TIBAI ANWAR IBRAHIM BILA BERJUMPA DI TERENGGANU???? ATAU PUN ADA TAPE PERBUALAN ANTARA AJK PAS PUSAT DAN HJ HADI BARU BARU INI????
SAMAN AMIN ISKANDAR JIKA TIDAK BETUL......
/http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/presiden-pas-nafi-tawar-azmin-bentuk-kerajaan-bersama-umno
Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu.
"Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.
Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya. – 26 Ogos, 2014.
Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.
Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.
Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.
Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.
Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.
Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.
Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. – 26 Ogos, 2014.