Dun penentu nasib Abdul Khalid Ibrahim. Ada yang pada mulanya menafikan kelemahan Khalid. Khalid macam superpower tak buat salah.Bila dah lama baru faham.
Aku pun sekupang tak dapat kalau Khalid jatuh ka Azmin naik ka...bukan sekupang sediut pun tarak.Cuma tak mau dengar ada lagi yang bakal tumbang kalau tak dengar nasihat.
Politik apa nak heran...kalau DSAI pun kena tibai bagai.Tu pencetus gelombang Reformasi , tu manusia yang mencerdik kan sebahagian umat Melayu yang bengong lagi dan jahil dalam Umno. Sokong buta tuli. Ini kan pula jawatan Menteri Besar.......sudah laaa.... selesaikan lah elok elok...kata parti orang cerdik pandai. Jadi selesai la cara cerdik pandai...
KEMELUT pertukaran Menteri Besar (MB) di Selangor semakin rumit dan menimbulkan krisis besar politik dalam negeri ini.
Berbagai desakan dan pihak terutamanya dalam kalangan ahli PR mahukan
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan berikutan kepimpinannya
semakin dipersoalkan dalam rakan partinya sendiri.
Namun
begitu, desakan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana masih banyak
faktor perlu diambil kira sebelum mendesaknya meletak jawatan. Salah
satu proses tersebut adalah menerusi Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Negeri Selangor 1959 yang memungkinkan beliau meletak jawatan atau
mengheret pihak istana dalam kemelut ini.
Dr Abdul Aziz Bari
menyentuh undang-undang tubuh dalam pelantikan menteri baru dan krisis
politik di Selangor.
Boleh Dr jelaskan sejauh mana peranan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dalam pelantikan MB? DR ABDUL AZIZ : Semua
Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah negara Komanwel adalah
sama dari segi pelantikannya dan cuma nombor dalam undang-undang tubuh
itu yang berbeza. Mungkin terdapat perbezaan sedikit apabila membaca
syarat undang-undang tubuh ini seperti di negeri beraja terkandung
syarat iaitu menteri besar itu mesti Melayu dan Islam. Namun begitu,
dari segi syarat jantina tiada disebutkan.
Ini bermakna,
jika ada cadangan untuk calonkan Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ibrahim jadi MB, perkara ini tiada masalah. Mungkin dari pihak istana
tidak perkenan dengan calon tetapi dari sudut perlembagaan
undang-undang tubuh, perkara ini dibenarkan. Ia tidak seperti raja di
mana syaratnya adalah lelaki tetapi dalam jawatan politik, ia tiada
masalah.
Apa yang akan menjadi sekatan kepada pelantikan ini? DR ABDUL AZIZ :
Dalam perkara ini, sekatan mungkin dari segi syarat bangsa dan agama
tetapi paling penting calon adalah seorang Adun negeri. Kalau di tempat
lain, syarat Melayu dan Islam ini tidak disebutkan berbanding di
sembilan negeri yang mempunyai raja dan merupakan sejarah. Tetapi,
sebelum zaman merdeka, lantikan ini adalah lantikan peribadi oleh
sultan.
Bagaimanapun, bila berlakunya pihak istana meminta
tiga nama calon maka kita sudah kembali kepada zaman lama. Ingin saya
tegaskan bahawa pihak istana tidak boleh campur tangan dalam menentukan
apa yang di suka atau tidak dan tidak boleh menentukan syarat.
Walaupun kita akur pihak istana mungkin selesa dengan calon tersebut,
itu tidak penting kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah hak dan urusan
dewan.
Saya percaya bila ada campur tangan pihak istana, ia
pastinya akan menimbulkan masalah. Sebagai contoh, jika kerajaan itu
gagal berfungsi, adakah kita mahu heret istana dalam masalah tersebut.
Prinsipnya, kerajaan bertanggungjawab itu akan dinilai bukanlah di atas
dasar istana malah kita tidak mahu istana dipalit dengan masalah. Ini
bukan soal menolak sultan tetapi kerajaan itu adalah milik rakyat.
Apakah kuasa sultan menerusi undang-undang tubuh?
DR ABDUL AZIZ :
Walaupun syarat yang ditetapkan iaitu Melayu dan Islam, istana boleh
ketepikan syarat tersebut jika Melayu itu tidak berkelayakan seperti
buta huruf, menimbulkan kesulitan atau tiada Melayu langsung.
Undang-undang tubuh memberi laluan kepada sultan untuk mengetepikan
syarat itu tetapi calon yang difikirkan itu mestilah mendapat majoriti
kepercayaan dewan dan itu paling asas.
Begitu juga dengan
pembubaran dewan, sultan mempunyai budi bicara tertentu tetapi mestilah
dengan alasan kukuh. Sekiranya dewan tidak mahu permintaan pertukaran
dewan tetapi keadaan dewan kecoh, maka undi percaya boleh dilakukan.
Apakah kelebihan undang-undang tubuh?
DR ABDUL AZIZ : Syarat
undang-undang tubuh ini berbeza dengan negeri beraja atau tiada raja.
Ia ditubuhkan kerana mahu mengamalkan demokrasi berparlimen dan pada
masa sama mahu kekalkan sejarah.
Namun jelasnya, MB itu
mestilah Melayu dan Islam dan begitu juga syarat sama diletakkan
kepada pelantikan setiausaha kerajaan dan ketua pentadbir kerajaan. Ini
berbeza dengan jawatan perdana menteri dan ketua setiausaha negara.
Bagaimana Dr melihat kemelut PR dalam isu pelantikan MB Selangor baru?
DR ABDUL AZIZ :
Saya melihat tiada isu di Selangor, lagi-lagi isu pertukaran MB
Selangor ini apabila PKR dan DAP sebulat suara dan majoriti Pas pula
setuju dalam perkara ini. Kalau lihat isunya sekarang, majoriti yang
didominasi PR mahukan MB baru.
Soal dan dasarnya sekarang,
kerajaan pusat dan negeri adalah bertanggungjawab kepada dewan dan kita
mahu elakkan pihak istana terlibat dengan masalah rutin dan remeh.
Kita tidak mahu istana tercemar dan dalam konteks Malaysia, istana
mempunyai tanggungjawab menjaga soal agama dan itu lebih penting.
Tetapi sekiranya campur tangan pihak istana itu berpotensi menyebabkan
kontroversi, adalah lebih baik pihak istana tidak memihak kepada
mana-mana pihak.
Berbalik kepada isu MB, sekiranya MB Selangor meletak jawatan, adakah exco lain perlu bertindak sama?
DR ABDUL AZIZ : Prinsipnya,
apabila MB atau perdana menteri meletak jawatan, seluruh kabinet dan
exco perlu meletak jawatan walaupun ada pihak yang tidak mahu. Secara
automatiknya, semua ketua kerajaan tiada lagi kuasa dan undang-undang
jelas apabila MB letak jawatan, digugurkan atau mati, kerajaan terus
terbubar dan bukan lagi anggota kerajaan.
Melihat kedudukan kerusi Dun yang dimonopoli Pas, apakah terdapat kesan sekiranya Pas menuntut jawatan MB?
DR ABDUL AZIZ :
Umumnya, dari segi politik akan ada kesannya kerana kebiasaannya
majoriti adalah penentu. Tetapi perlu juga diingatkan dalam isu ini,
walaupun Pas mendominasi kerusi, adakah PKR dan DAP akan menyokong Pas?
Memang kita ada dengar desas-desus Pas mahu calonnya jadi MB kerana
syarat Melayu dan Islam tetapi masalahnya bolehkah Pas peroleh
sokongan.
Jika dilihat kepada kerusi, Pas memperoleh 15
kerusi namun PKR dan DAP apabila digabungkan mempunyai 28 kerusi dan
sama ada Pas boleh mendapatkan 28 sokongan dalam dewan. Dari segi
politiknya, ini adalah satu angan-angan yang tidak berasas.
Undang-undang mungkin memberi majoriti kepada Pas tetapi parti lain
mungkin tidak menyokong. Dimaklumkan juga DAP tidak akan menyokong Pas
dalam pelantikan ini dan dalam proses demokrasi, takkan Pas mahu
gunakan pengaruh atas dasar feudal kerana kerajaan wujud adalah atas
dasar kekuatan.
Bagaimana jika MB enggan undur?
DR ABDUL AZIZ :
Ini pernah berlaku kepada bekas MB Selangor, Datuk Harun Idris
(1964-1975) apabila enggan melepaskan jawatan walaupun didesak Umno
setelah undi tidak percaya dilakukan dan begitu juga bekas MB Kelantan,
Datuk Muhamed Nasir pada tahun (1973 -1978) yang digulingkan secara
undi tidak percaya. Jadi mustahil perkara ini tidak akan berlaku di
Selangor apabila MB tiada pengaruh.
Walaupun undang-undang tubuh atau perlembagaan tidak menyebut perkara ini, tetapi jawatan MB adalah jawatan politik.
Jika sudah ada undi tidak percaya dan ditolak oleh parti maka dia kena
berundur. Walaupun dia masih Adun, dia duduki jawatan tersebut di atas
majoriti dan perlu akur sekiranya sudah mendapat isyarat parti untuk
lepaskan jawatan.
Tapi dalam situasi di Selangor sekarang, walaupun
pernah berlaku kepada Datuk Harun, mungkin parti merasakan dengan
membuat undi tidak percaya, ia bukanlah pilihan yang sesuai sekarang.
Apa yang boleh disimpulkan dengan krisis politik MB Selangor?
DR ABDUL AZIZ :
Saya boleh simpulkan bahawa MB Selangor kini sudah tidak ada kedudukan
dalam parti. Bagi kebanyakan negara dalam Komanwel, kebiasaannya ketua
kerajaan adalah pemimpin parti sebagaimana perdana menteri merupakan
pemimpin parti.
Berbeza dengan isu di Selangor, senario
menunjukkan kesulitan apabila seseorang itu bukan pemimpin parti atau
individu itu cuba menunjukkan bebas. Berbeza seperti di Pulau Pinang di
mana Lim Guan Eng merupakan Setiausaha Agung DAP dan Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat merupakan Presiden Pas.
Untuk memudahkan parti,
ketua kerajaan adalah pemimpin parti. Di sinilah masalah apabila
jawatan parti tidak seragam. Di Selangor, jawatan tertinggi PR dipegang
orang lain dan jawatan MB pula disandang orang lain. Oleh itu, untuk
memudahkan hubungan parti, ketua kerajaan hendaklah juga pemimpin
parti.
Apa yang berlaku di Selangor, berlakulah persaingan
kerana kedua-dua pemimpin berbeza kerana masing-masing ada kuasa dan
wilayahnya. Kalau MB itu laksanakan dasar parti, mungkin tidak
menimbulkan masalah tapi kalau dia nafikan politik itu dengan pembawaan
sendiri, ini akan menimbulkan konflik.