'Hafarizam panik hilang Kidex jika Azizah jadi MB'
“Saya rasa beliau boleh ucap selamat tinggal pada projek RM2 bilion Kidex jika Wan Azizah mengambil alih kuasa,” kata Rafizi kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Hafarizam merupakan pengarah dalam Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Construction Sdn Bhd, pemilik saham dalam konsesi lebih raya Kidex Sdn Bhd.
Rafizi berkata, Wan Azizah kelihatan tidak berminat dengan Kidex ekoran dakwaan kurangnya rundingan awam dalam perkara itu.
Wan Azizah dispekulasikan sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim jika menteri besar Selangor itu ditukar oleh Pakatan Rakyat.
Hafarizam: Tak relevan
Sementara itu, Hafarizam berkata, Rafizi tidak nampak gambaran besar kerana melihat perkara yang remeh-temeh.
Hafarizam juga berkata, ulasannya yang disiarkan New Straits Times (NST) hari ini adalah tafsiran undang-undang dan Kidex sementara Kidex pula sebuah projek komersial.
“Ia (kenyataan Rafizi) sama sekali tidak relevan, tidak berkaitan dan menyimpang,” katanya kepada Malaysiakini.