MENGAPA TAKUT PASMA (SIRI 3)
Peranan yang dimainkan oleh anggota MSU untuk bergabung dengan UMNO demi perpaduan Melayu Islam dengan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dirancang dengan rapi oleh anggota MSU. Ulamak adalah pewaris nabi dan mereka adalah penyampai risalah kebenaran. Mereka tidak boleh berbohong, apatah lagi dengan jamaah Islam.

Sebaliknya berlaku apabila
anggota MSU sanggup berbohong dengan menafikan pertemuan sulit dengan
UMNO yang diadakan beberapa kali. Pertemuan di Terengganu, mulanya
dinafikan tetapi apabila didedahkan oleh Pak Lah, barulah mengaku.
Sebenarnya bayak kali pertemuan dalam negeri dan luar negeri yang
diadakan. tetapi mereka sanggup berbohong kepada ahli PAS.
Seorang bekas
pimpinan PAS di Perlis dipanggil oleh anggota MSU dan mengarahkan
untuk menyerang PAKATAN RAKYAT melalui blog. Pimpinan tersebut adalah
seorang yang ada bukti tentang rancangan jahat untuk mengkhianati
PAKATAN RAKYAT dan keputusan Muktamar PAS yang mahu mengukuhkan PAKATAN
RAKYAT.
Beliau sanggup mendedahkannya apabila dipanggil oleh pimpinan.
Jangan khianati kepercayaan ummah kepada ulamak. Jangan ulangi
pengkhianatan Syeikhul Azhar ke atas Morsi. Jangan ingat bahawa oang
lain tidak tahu apa yang MSU rancangkan. Bukan semua anggota MSU
terlibat.
"Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat" .
"Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat" .