Hasad dengki at-Takiri kepada 2 Adun tersebut ialah kerana tindakan mereka berdua telah menggagalkan usaha pembentukan Kerajaan Bersama antara PAS dan UMNO ...
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno. – Baca seterusnya di sini atau dari sumber asalnya di sini |
Zulhazmi At-Takanan Jawab Khairuddin At-Takiri.
Ini ulasan aku kepada tulisan bertajuk "KE MANA PAS MAHU DIBAWA?" tulisan Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri. Aku akan jawab & ulas perenggan demi perenggan kemudian aku cantumkan semuanya.KE MANA PAS MAHU DIBAWA?
Isu 2 Adun PAS yang
menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini
benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan
adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.
Jawapan & Ulasan Zulhazmi at-Takanan
Isu ini sebenarnya dan
sepatutnya sudah tidak perlu dibangkitkan melainkan orang yang
membangkitkan itu ada perasaan dendam kesumat yang tinggi. Isu 2 Adun
yang menyokong PKR dan DAP bukan isu 2 Adun semata-mata tetapi isu
berkaitan tahalluf PAS bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Jika 2
Adun tersebut dikatakan tidak beradab kerana mendahului keputusan
Jawatankuasa Pas Pusat, bagi aku Presiden lebih tidak beradab malah
Majlis Syura Ulamak juga turut tidak beradab dalam adab organisasi PAS.
Nanti aku ulas perkara tu dalam perenggan berikut. Dalam perenggan ini,
aku cuma nak ulas berkaitan kesabaran ahli-ahli Pas yang prihatin dengan
adab berjemaah.
Adab berjemaah di dalam
PAS berpandukan kepada Perlembagaan PAS yang jelas. Perlembagaan
meletakkan Al-quran, Sunnah, Ijmak dan Qias sbg asas hukum utama.
Perlembagaan juga memperuntukkan adab organisasi di dalam Pas baik
Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan-dewan sehingga
peraturan Muktamar. Semuanya ini disahkan dan dipandu oleh empat (4)
asas hukum Islam yang nyata. Justeru untuk mengatakan bahawa 2 Adun
tersebut tidak beradab, aku amat khilaf malah aku tetap dengan pendirian
aku bahawa jika 2 Adun itu tidak beradab maka Presiden, Majlis Syura
Ulamak dan beberapa Dewan Pemuda Negeri dan Perhubungan Pas Negeri juga
tidak berperanan.
Perenggan Ke-2
Keputusan Majlis Syura
Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil
ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai
Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah
sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua adun
tersebut.
Jawapan & Ulasan Zulhazmi
Aku telah menulis
panjang lebar dari sudut Perlembagaan PAS berkaitan keputusan Majlis
Syura Ulamak (MSU) bertarikh 6 Ogos 2014 yang mengekalkan TSKI sbg MB
Selangor. Sehingga hari ini tiada sebarang hujah atau tulisan dari
mana-mana pihak menjawab tulisan tersebut. Selagi tiada tulisan @ hujah
menyangkal tulisan aku tu maka selagi itu tulisan aku sah dan hujah aku
bahawa MSU telah melanggar Perlembagaan PAS adalah kekal. Apabila MSU
telah membuat keputusan yang melanggar Perlembagaan, maka keputusan MSU
adalah tidak sah dan tidak terpakai. Tuduhan bahawa 2 Adun tersebut
sewenang-wenang melanggar keputusan MSU adalah tuduhan yang dangkal yang
disertakan dengan niat jahat dari hati yang busuk.
MSU membuat keputusan
mengekalkan TSKI sbg Menteri Besar pd 6/8/2014 tetapi 2 Adun membuat
keputusan menyokong DS Wan Azizah selepas TSKI dipecat. Apabila TSKI
dipecat dari parti beliau, maka keputusan MSU yang menyokong beliau
sudah terbatal kerana TSKI bkn lagi ahli PKR yang bersama PR yang mana
PAS di dalam PR. Apabila 2 Adun tidak menyokong TSKI maka tindakan
mereka jelas tidak melanggar keputusan MSU. Lagi pun keputusan MSU
memang dari awal lagi sudah tidak sah mengikut Perlembagaan PAS.
Perkara yang sama
berlaku pada 17/08/2014 apabila JKPP membuat keputusan bersetuju menukar
TSKI dan mencalonkan 2 nama pengganti Menteri Besar. Apabila JKPP
membuat keputusan yang sama seperti 2 Adun tersebut, gegak gempita alam
dipuji keputusan JKPP, ada yang mengatakan itu keputusan pewaris Nabi,
ada yang mengatakan ia keputusan yang tepat malah Setiausaha MSU juga
mempertahankan bahawa keputusan JKPP tidak bercanggah dengan keputusan
MSU pada 6/8/2014. Jika keputusan JKPP tidak melanggar keputusan MSU,
kenapa & bagaimana keputusan 2 Adun tersebut boleh dianggap
melanggar keputusan MSU?
Jangan bermuka-muka dalam tindakan. Mula-mula pertahan TSKI, siapa yang tidak ikut dilabel melanggar adab, kemudian setuju tukar TSKI dan katakan keputusan itu tepat dan yang dilabel tidak beradab dulu masih dimaki hamun dan diqunutnazilahkan.
Jangan bermuka-muka dalam tindakan. Mula-mula pertahan TSKI, siapa yang tidak ikut dilabel melanggar adab, kemudian setuju tukar TSKI dan katakan keputusan itu tepat dan yang dilabel tidak beradab dulu masih dimaki hamun dan diqunutnazilahkan.
Perenggan Ke-3
Kesan secara
teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan
majoriti adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya
mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun.
Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13
adun PAS dan 12 adun UMNO yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh
lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia
mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk
menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.
Jawapan & Ulasan Zulhazmi
Perenggan ini paling
seronok dibaca. Perenggan ini dengan JELAS, TERANG dan NYATA hasrat
sekelompok dalam PAS lebih2 lagi penulis artikel ini untuk bersama
dengan UMNO. Sudah terang lagi bersuluh. Tak perlu nafi atau dikatakan
salah tafsir kerana tulisan ini amat jelas.
At-Takiri mengatakan
bahawa kesan secara teknikal sokongan 2 Adun PAS kpd Wan Azizah
menyebabkan TSKI tidak boleh kekal sbg MB kerana hilang majoriti. PKR
dan DAP yang pada mulanya ada 28 sokongan Adun telah menjadi 30 dgn
sokongan 2 Adun PAS manakala TSKi ada sokongan 26 Adun termasuk 13 baki
dari PAS dan 12 ADUN UMNO yang menyokong tanpa syarat.
Baca elok-elok.
At-Takiri tulis dan membuat PENGAKUAN bahawa TSKI boleh kekal jika semua
Adun PAS (15) menyokong TSKI bersama 12 ADUN UMNO yang menyokong tanpa
syarat. Dalam keadaan 15 Pas bersama 12 Umno dan 1 bebas (TSKI) maka
bilangan kerusi dlm Dun adalah sama 28-28, maka TSKI boleh dikekalkan.
Malah peluang TSKI kekal amat tinggi dengan tindakan membeli beberapa
Adun PKR yang PAS rancang.
Nak kelentong apa
lagi??? Memang JELAS ada usaha daripada kalangan sekelompok dlm PAS yang
telah bersetuju bersama UMNO di Selangor. Ini bukti yang amat jelas.
Mereka marah kepada 2 Adun yang menyokong Wan Azizah kerana plan
strategik mereka bersama Umno gagal di tengah jalan.
Dalam keadaan inilah
kemudiannya at-takiri mengatakan bahawa JKPP membuat keputusan
menghantar 2 nama calon pengganti. Apa maksudnya? Maksudnya apabila
gagal bersama Umno maka sekelompok dalam PAS ini cuba menggagalkan Wan
Azizah sbg MB dan seterusnya menjadi jarum UMNO memecahkan PKR dan
seterusnya Pakatan Rakyat. Inilah objektif kenapa 2 nama dihantar. Orang
yang waras akan berfikir dengan waras. Orang yang hati busuk saja buat
perangai tu.
Perenggan Ke-4
Lebih menjengkelkan
apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS
Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. Lebih
jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan
mereka berdua bakal dianggap sebagai "hero" atau wira oleh orang
terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat.
Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap
membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi
tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh
kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk
untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.
Jawapan & Ulasan Zulhazmi
Perenggan ini
mengulangi perenggan terdahulu iaitu niat jahat hati busuk
memburuk-burukkan 2 Adun yang menyokong Wan Azizah. Perlu diingat semula
bahawa tindakan 2 Adun ini bukan menyokong Wan Azizah secara peribadi
tetapi lebih UTAMA ialah mengekalkan kewujudan Pakatan Rakyat yang
diputuskan oleh Muktamar Pas. Dalam keadaan PAS Pusat terumbang-ambing
tiada keputusan rasmi, 2 Adun ini menjadi galang ganti sebagai
penyelamat maruah PAS. Akhirnya keputusan JKPP pd 17/08/2014 juga sama
seperti tindakan yang diambil oleh 2 Adun ini. MAKA mereka selayaknya
diangkat sebagai HERO. Yang menentang HERO ialah penjahat, pengkhianat,
duri dalam daging yang jelas hendak bersama musuh politik utama iaitu
UMNO!!! Itu jelas.
Perenggan Ke-5
Sudahlah perbincangan
di aplikasi whatsapp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat
jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan
dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam
mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor
rahsia ini. Amanahkan mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS
Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?
Jawapan & Ulasan Zulhazmi
Isu whatsapp
dibocorkan, isu mesyuarat dibocorkan, bagi aku tak perlu nak meroyan di
alam maya. Kenapa tidak ditubuhkan jawatankuasa siasatan dlm JKPP
menyiasat siapa yang membocorkan maklumat atau siapa yang sebar
printscreen whatsapp?? Masuk mesyuarat JKPP dan usulkan supaya disiasat
dan diambil tindakan. PAS Pusat ada Jabatan IT yang boleh membuat
siasatan. Perkara ini bukan baru. FB El-Haraki juga membuat ulasan
perkara yang dibincang secara detail dlm mesyuarat tapi dibiarkan.
Kenapa? Sebab El-Haraki bersama mereka. Saraf jahat ni tak perlu nak
guna la... Kata fikrah Islam buat la cara Islam.
Siasat dan ambil tindakan. Jika tak siasat, jangan nak ungkit dan kondem
pimpinan jenis apa, kualiti apa... apabila awak tanya org pimpinan
jenis apa... Awak tu di mana?? Awak pimpinan jenis apa?? Kata dulang
paku serpih... tepuk air di dulang.
Perenggan Ke-6&7
Sehingga kini berpuluh
aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak
dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan
dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan
tegas terhadap mereka berdua. Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini
sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di
belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?
Lebih mengejutkan lagi
ialah apabila ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa
tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan
kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan
diluar jangkauan akal manusia yang waras !
Jawapan & Ulasan Zulhazmi
Aku mintak At-Takiri
sebutkan dengan jelas berapa aduan dibuat kepada Pas Pusat ke atas 2
Adun ini. Sebagai pimpinan bertaraf PHD aku nak nasihatkan supaya faham
prosedur tatatertib dan faham Perlembagaan parti. Kalau tak faham boleh
rujuk lawyer swasta yang ada dlm Pemuda Pas Pusat. Tindakan tatatertib
kepada mana-mana ahli hendaklah melalui laporan kepada Setiausaha Agung
atau Pejabat Agung. Ini jelas. Tidak ada peruntukkan bahawa usul dalam
mesyuarat agong kawasan atau muktamar dewan boleh dijadikan laporan
tatatertib melainkan dewan atau kawasan yang membuat usul menulis
laporan rasmi kpd SUA atau pejabat Agung untuk tindakan diambil.
Dalam keadaan suatu
laporan atau aduan dibuat kepada seseorang ahli atau mana-mana kumpulan
ahli, mereka tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah. itu
konsep keadilan Islam dan juga keadilan manusia sejagat. Maka selagi
mereka tidak dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib atau JKPP maka
mereka tidak bersalah. Ahli yang dituduh juga berhak membela diri
justeru jika terdapat siapa sahaja tak kira ahli biasa atau pimpinan
tertinggi yang menyokong 2 Adun tersebut adalah tidak salah kerana
masing2 mempunyai hujah tersendiri. Jika at-Takiri rasa 2 Adun itu
salah, aku pulak ada hujah bahawa 2 Adun itu tidak salah. Jom kita lawan
depan Jawatankuasa Tatatertib. Jangan nak sebar dakyah busuk di alam
maya. Jangan burukkan nama USTAZ dengan perangai huduh hang seorang!!!
Jangan kerana kerbau seekor habis semua ustaz dikata jahat!!
At-takiri terkejut
konon tindakan 2 Adun diarahkan pimpinan tertinggi. Aku lagi terkejut
bila ada pimpinan tertinggi jadi umpan Umno untuk beli Adun PKR!!! Itu
lagi busuk, buruk dan hodoh!!! Guna kedudukan sebagai ulamak untuk buat
kerja busuk cukup malang bagi Islam. Selalu kata kpd Ulamak Umno sbg
ulamak jahat dan ulamak terompah. Adakah terompah itu yg diguna oleh
sekelompok ulamak dalam PAS atas nama Melayu Islam?? Tolonglah kami!!
Kami tidak mahu Ulamak PAS dipandang hodoh dek kerana tindakan seorang
dua yang berkepentingan!! kami sayang Ulamak kami. Kami bersama ulamak
tapi jangan ulamak bawa kami ke lubang yang jahanam!!!
Perenggan Ke-8
Dalam keadaan itu
tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan
membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan UMNO.
Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh "team" UMNO.
Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?
Jawapan & Ulasan Zulhazmi
Perenggan ini ditulis
khusus kepada Naib Presiden Dato' Husam Musa. DHM ada keluarkan
kenyataan bahawa ada usaha segolongan di dalam PAs menggunakan institusi
tertentu untuk bersama Umno. Maka At-Takiri menujukan perenggan ini
kepada DHM.
Aku nak sebutkan bahawa
apa yg DHM sebut itu amatlah berlapik sekali. Kalau aku yang keluarkan
kenyataan, aku akan direct terus kepada institusi tu. Maka aku nak sebut
bahawa ada jarum Umno di dalam Institusi Majlis Syura Ulamak. Umno cuba
menggunakan beberapa kerat ahli MSU untuk kepentingan Umno. Umno ingat
dengan gunakan pimpinan di dalam MSU maka semua ahli PAS akan taat dan
wala' begitu saja?? Umno silap!! Bukan semua ahli PAS bodoh mcm yang
Umno sangka. Ada ahli PAS yang bodoh dengan gelaran Doktor PHD tapi ada
juga ahli PAS yang cerdik walaupun petani nelayan. Umno boleh guna boleh
beli beberapa org dlm MSU tapi Umno tak boleh beli kami ahli2 Pas di
bawah.
Jangan ingat kami tak
tau ada Ahli Majlis Syura yang menjadi broker membeli Adun PKR. Jangan
ingat aku tak tahu ada Ahli Majlis Syura yang jadi juru cakap syarikat
besar Umno untuk deal projek2 tertentu. Kalau ini semua fitnah. Sila
saman aku. kalau tak saman aku maka aku juga berhak dipertahan oleh
Majlis Syura Ulamak kerana aku tidak pernah disabitkan salah di
mana-mana Mahkamah.
Jangan gunakan kedudukan di dalam Majlis Syura untuk buat kerja jahat.
Perenggan Ke-9&10
Sangat menarik apabila
diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan
setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi
menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya
Presiden PAS.
Malangnya apabila
Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya
seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus
Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan
pelbagai percubaan pertemuan. Menariknya ia tidak pula menggerakkan
pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya. Lebih
jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah.
Adakah kerana ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu
dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah
salah???
Jawapan & Ulasan Zulhazmi
Perenggan ini cukup
jahat. Cukup busuk dengan buruk sangka. Aku tak hairan klu yang tulis tu
nangoi cangak mcm aku tapi yang tulis adalah seorang Ahli Parlimen,
ulamak, bergelar DATO' dan ada doktor PHD.
Berkaitan Isu UG ni
sekali lagi aku rujuk kepada perenggan 3 yang At-Takiri sendiri tulis.
Dia sendiri dengan jelas sebut nak bersama Umno di Selangor.
PAS 15 bersama 12 Adun
Umno yang menyokong tanpa syarat!!! Umno menyokong PAS tanpa syarat!!!
Woi!!!! Apa punya kepala lutut hang nie?? Sejak bila Umno suka dengan
PAS??? Bukan UG lagi ka kalau dah Umno sokong tanpa syarat??? Hang buat
PHD bidang apa??
Perenggan Ke-11
Maka tidak
menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan
kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi.
Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014
iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang
dipaksa berlaku oleh PKR.
Jawapan & Ulasan Zulhazmi
Adab berjemaah tidak
kira siapa samada Mursyidul Am atau Presiden atau ahli biasa mcm aku.
Tapi bila seseorang itu di peringkat tertinggi seperti Mursyidul Am atau
Presiden, maka lebih lagi perlu menjaga adab dlm organisasi.
Presiden selalu
ingatkan pimpinan di bawah jangan keluarkan pendapat peribadi tetapi
perlu lebih dulu rujuk kepada parti yang membuat keputusan secara jemaah
atau syura. TAPI dalam hal krisis Selangor, Presiden yang terlebih
dahulu mendahului parti. Apa yang Presiden sebut? Presiden sebut begini
"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza"
Berdasarkan kata-kata
Presiden sendiri jelas bahawa pendirian Presiden menyokong TSKI adalah
pendirian peribadi yang bukan dibuat melalui mesyuarat/syura PAS Pusat.
Presiden nyatakan sikap beliau dah seterusnya mengharapkan pimpinan PAS
bersama. Dalam konteks ini sepatutnya Presiden membawa pendapat peribadi
beliau bersama hujah dan bukti untuk dibentang di dalam mesyuarat,
dibincangkan dan diputuskan. Apa yang berlaku sebaliknya apabila
Presiden keluarkan pendirian peribadi dan kemudian ada pihak anggap
ianya perintah parti. Itu bukan konsep jemaah. Itu bukan adab dlm
jemaah. Aku dah sebut benda ni dlm mesyuarat Pemuda Pas Pusat pd
9/8/2014 yang lalu.
Lebih teruk dan
menyedihkan apabila pendirian peribadi tersebut diwar-warkan secara
terbuka dan dianggap perintah, apabila ada yang tidak setuju dianggap
khianat dan durhaka. Lebih teruk lagi apabila terhidu ada penentangan
terhadap pendirian tersebut, Majlis Syura pulak dilibatkan dan diturut
serta dalam kancah yang tidak elok sehingga rosak imej Majlis Syura
dipergunakan untuk tujuan peribadi.
Ini bukan dijaja reka
oleh sesiapa tetapi org yang berfikiran terbuka dan waras akan boleh
berfikir mengikut kronologi dan membuat kesimpulan dengan waras. Majlis
syura dipergunakan untuk kepentingan tertentu bukan untuk kepentingan
PAS!!!
Perenggan Ke-12& terakhir
Akhir-akhir ini ada
usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan
negatif. Usah dikira serangan di facebook walaupun oleh mereka yang
mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang
untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan
Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?
Kemanakah PAS ini ingin
dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan
Sunnah dalam percaturan politik mereka? Tepuk dada tanya iman!!!
Jawapan & Ulasan Zulhazmi
Buruk sangka!! Dari
awal lagi aku tulis, pada bila-bila masa pun aku tulis, aku
bertanggungjawab dgn setiap yang aku tulis. Aku ahli PAS dan aku sayang
PAS lebih dari aku sayang Presiden PAS. Dulu aku sayang Presiden PAS
Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Beliau meninggal dunia dlm keadaan kekal
& cekal melawan Umno. kemudian beliau diganti oleh Tuan Guru Hj
Abdul Hadi Awang sehingga sekarang. Semangat peninggalan Ustaz Fadzil
itulah yang ada pada aku meneruskan perjuangan PAS sebagai "wasilah'
menegakkan dan mendaulatkan Islam di muka bumi Malaysia. Semangat dan
tarbiyah Ustaz Fadzil itulah yang membara di kalangan kami anak muda
untuk bersama PAS bersama PAKATAN RAKYAT menjahanamkan umno di muka bumi
Malaysia.
Tidak ada serangan
peribadi ke atas Presiden PAS sekarang. Aku hormati Presiden sbg
Presiden dan ulamak hebat. Aku hormati & kagum dengan Presiden yang
cekal dengan PAS melawan Umno dan melawan kezaliman serta memacu PAS
menegakkan Islam. Tapi aku juga berhak untuk menyatakan suara hati aku
berdasarkan pengalaman hidup, tarbiyah dan ilmu tentang apa yang sedang
dan akan berlaku. Aku nampak Presiden semakin dipergunakan untuk entah
apa tujuan yang tidak pasti. Mereka mempergunakan susuk tubuh Presiden
menghalalkan apa saja tindakan. Aku saya Presiden tapi aku sayang PAS
melebih Presiden.
Sejarah membuktikan
suatu ketika dulu Presiden PAS yang lari dari perjuangan dan hala tuju
PAS digantikan. Kita tidak mahu sejarah itu berulang. PAS telah lama
wujud sehingga mampu mendapat sokongan majoriti pengundi samada melayu
dan bukan melayu. Bukan mudah untuk mencapai tahap tersebut dlm keadaan
PAS tidak pernah berganjak drpd prinsip Islam. Transformasi PAS ini
jangan diundurkan hanya kerana dendam kesumat peribadi. Jangan jadikan
PAS sebagai pemangkin imej buruk Islam. Islam tertinggi, tiada yang
lebih tinggi daripada Islam.
Pas memperjuangkan
Islam sebagai cara hidup tapi jangan disebabkan cara Pas mengendalikan
sesuatu itu memberikan imej buruk kepada Islam.
Ke Mana PAS mahu dibawa??? Insya-Allah aku dan kawan-kawan akan tetap membawa PAS ke hadapan tanpa UMNO!!!!
Setelah kesemua perenggan tulisan "Ke Mana PAS Mahu Dibawa?" tulisan Dato' Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri aku jawab dan ulas, maka aku buat kesimpulan ringkas begini :
Setelah kesemua perenggan tulisan "Ke Mana PAS Mahu Dibawa?" tulisan Dato' Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri aku jawab dan ulas, maka aku buat kesimpulan ringkas begini :
Keseluruhan tulisan
at-Takiri menggambarkan hati busuk beliau terhadap 2 Adun Selangor iaitu
Shaari Sungip dan Hasnul. Hasad dengki at-Takiri kepada 2 Adun tersebut
ialah kerana tindakan mereka berdua telah menggagalkan usaha
pembentukan Kerajaan Bersama antara PAS dan UMNO yang berMenteri
Besarkan Adun bebas.
Bayangkan betapa
bodohnya jika Shaari dan Hasnul tidak menyokong Wan Azizah maka akan
wujud sebuah kerajaan gabungan 15 Adun PAS bersama 12 Adun Umno yang
"menyokong tanpa syarat" dan berMenteri Besarkan Tan Sri Khalid yang
merupakan Adun Bebas. Konsep apa yang at-Takiri dan kelompok dia guna
dalam politik macam ni???
Bila Takiri tanya ke
mana Pas mahu dibawa? Maka bagi aku at-Takiri nak bawa PAS bersama Umno
TAPI aku tetap akan bantah, tentang dan lawan!!!!!!
Khas kepada at-Takiri,
jika terbaca tulisan aku, kalau tak puashati, terguris hati aku mintak
maaf dan kalau nak berdebat aku tunggu...