19 April 2009
Cadangan Penubuhan Kerajaan Perpaduan Terhenti?
Marang – Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau menarik balik cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan (unity government) yang beliau tawarkan kepada rakyat Malaysia beberapa bulan sebelum ini.
Beliau berkata ia kerana masih ramai yang tidak faham tentang konsep kerajaan perpaduan yangcuba diketengahkan oleh beliau.
“Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,
“(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik.”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.
Katanya didalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada kerajaan perpaduan, kerajaan campuran, kerajaan ‘fron-national’ sebagaimana kerajaan Barisan nasional di Malaysia.
“Di Malaysia adalah kerajaan ‘front-national’ yang ada pembangkang, manakala kerajaan campuran ialah kerajaan yang (bercampur) antara satu parti (dengan parti),
“diajak parti lain untuk memerintah dengan syarat2 yang dibuat biasanya terikat dengan syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan yang dibuat,”jelasnya.
Beliau berkata ia kerana masih ramai yang tidak faham tentang konsep kerajaan perpaduan yang
“Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,
“(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik.”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.
Katanya didalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada kerajaan perpaduan, kerajaan campuran, kerajaan ‘fron-national’ sebagaimana kerajaan Barisan nasional di Malaysia.
“Di Malaysia adalah kerajaan ‘front-national’ yang ada pembangkang, manakala kerajaan campuran ialah kerajaan yang (bercampur) antara satu parti (dengan parti),
“diajak parti lain untuk memerintah dengan syarat2 yang dibuat biasanya terikat dengan syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan yang dibuat,”jelasnya.
Katanya kerajaan perpaduan adalah satu konsep yang berbeza kerana ia bukan berbentuk ‘front-national’ dan bukan dalam bentuk kerajaan campuran.
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang melibatkan semua parti politik duduk dalam kerajaan tanpa ‘pembangkang’.
“semua parti ada syakhsiah ada identiti (dan) ada kepribadian sendiri, dan berhak untuk membangkang,
“dimana kerajaan perpaduan ini membolehkan orang dalam UMNO sendiri membangkang kerajaan, membangkang partinya sendiri,” katanya yang menambah, kerajaan perpaduan akan memecahkan tradisi yang dibuat oleh UMNO.
Orang UMNO pada hari ini, katanya, tidak boleh membangkang partinya sendiri dan sekiranya seseorang membangkang, mereka boleh dipecat.

Katanya dalam masa yang sama perubahan mesti berlaku dalam kerajaan perpaduan yang memberikan keadilan kepada semua rakyat.
“Mestilah berlaku perubahan yang adil untuk semua rakyat termasuklah Sutruhanjaya Pilihanraya, badan kehakiman dan pentadbiran negara, konsepnya mesti berubah bukan apa yang ada pada hari ini,
“sebagai contoh apa yang ada di Indonesia, kerajaan perpaduan di sana berlaku pemisahan kuasa diantara badan PEMILU (SPR) dengan badan politik,
“pemisahan kuasa dalam badan kehakiman sehingga badan kehakiman Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah,”terangnya lagi.

Katanya kerajaan perpaduan juga boleh menyeret Perdana Menteri dan menteri-menteri ke mahkamah sebagaimana yang berlaku di Israel , sebagai contoh Perdana Menteri Israel boleh disiasat dan dibawa kmahkamah.
Katanya dalam Pilihanraya di Indonesia adalah pilihanraya yang berubah dimana bukan hanya kerajaan yang memerintah mempunyai hak menggunakan kemudahan TV untuk berkempen, bahkan semua parti politik boleh menggunakannya dan rakyat mempunyai kebebasan.
Menurutnya cadangan beliau menubuhkan kerajaan perpaduan kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah mendapat persetujuan daripada komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.
“Mereka bersetuju, DAP menyertai beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana orang UMNO sendiri takut untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, mungkin mereka takut kerana ada orang yang akan dibicarakan dimahkamah,
Oleh itu, katanya, beliau menarik balik cadangan beliau berkaitan penubuhan kerajaan perpaduan, namun beliau yakin pada suatu hari nanti, masyarakat akan merima cadangannya.
Apabila ditanya, samada isu kerajaan perpaduan akan menjadi perbahasan hangat dalam Muktamar PAS akan datang, beliau berkata, ia terpulang kepada kefahaman ahli-ahli PAS dan ia akan menjadi kayu pengukur sejauh mana kefahaman ahli tentang kerajaan perpaduan.
“Sekiranya kita tidak faham lebih baik jangan bercakap kerana orang akan nampak kejahilan kita,”katanya.Menurutnya cadangan beliau menubuhkan kerajaan perpaduan kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah mendapat persetujuan daripada komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.
“Mereka bersetuju, DAP menyertai beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana orang UMNO sendiri takut untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, mungkin mereka takut kerana ada orang yang akan dibicarakan dimahkamah,
Oleh itu, katanya, beliau menarik balik cadangan beliau berkaitan penubuhan kerajaan perpaduan, namun beliau yakin pada suatu hari nanti, masyarakat akan merima cadangannya.
Apabila ditanya, samada isu kerajaan perpaduan akan menjadi perbahasan hangat dalam Muktamar PAS akan datang, beliau berkata, ia terpulang kepada kefahaman ahli-ahli PAS dan ia akan menjadi kayu pengukur sejauh mana kefahaman ahli tentang kerajaan perpaduan.
Dengar Radio Buletinonline Tentang Unity Government