Satu-satunya cara untuk menghalang terbubarnya DUN Selangor adalah dengan kesemua 13 ADUN PAS memberi sokongan terbuka kepada Wan Azizah seperti yang dipesetujui dalam mesyuarat AJK PAS Pusat 17hb yang lalu.
Namun, yang menghalang mereka sekarang ini adalah Presiden dan Mustafa Ali kerana mereka mahu menjaga kepentingan dan kelebihan pribadi serta menantu dan kroni-kroni mereka.
Kalau terbubar dewan amat pasti KESEMUA ADUN PAS akan kalah di kerusi mereka kerana PAS sekarang ini ditolak pengundi Cina dan India angkara pengkhinatan Presiden dan SU Agung.
Yang rugi di kala itu adalah PAS serta ADUN2 PAS semuanya.
Semua aktivis2 PAS yang duduk dlm kerajaan negeri akan terpaksa meletak jawatan.
Maka, ADUN2 PAS wajib memilih antara kepentingan pribadi Presiden/SU Agung ataupun kepentingan PAS.
Baiaah sewaktu sebelum PRU itu tidak termasuk ketaatan yang membawa kehancuran dan kebinasaan PAS.
Ego Haji Hadi telah pun membinasakan PAS di Kedah. Adakah kesemua ADUN2 PAS mahu membiarkan ego Presiden menghancurkan PAS di Selangor.
Tepuk dada tanya imam.
Arwah Ustaz Azizan tu sepanjang jadi MB lebih dua kali koma dan masuk ICU. Tapi, Haji Hadi tetap kekalkan sebagai calon MB.
Akhirnya Kedah terlungkup atas kedegilan dan kejahilan Haji Hadi Awang. Tiada bantuan Allah SWT. Tiada malaikat turun dari langit membantu mempertahankan Kedah, Barangkali makhluk2 di langit jelak dgn kedegilan serta kejahilan Haji Hadi Awang.
Sekarang kedegilan, kejahilan serta kejahatan Haji Hadi Awang mahu diekspot ke Selangor pula.
Diguna Majlis Syura Ulama untuk menyokong kesesatan Haji Hadi Awang yang akhirnya akan memecahkan Pakatan Rakyat yang akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Bila DUN bubar SEMUA Adun PAS akan kalah tertonggengusiSemua akan hilang kerusi mereka dan menjadi orang biasa. PAS dengan sendiri terkeluar dari kerajaan Selangor.
Semua angkara kedegilan, kejahatan serta kejahilan Haji Hadi Awang seperti yang telah berlaku di Kedah 2013. Sudah tiada lagi akhlak Islami dlm jiwa Presiden PAS ini.
Sekiranya Haji Hadi ini hubungannya dengan Allah kuat seperti para anbiyya mengapa tiada amaran dari langit menghalang kejatuhan kerajaan Terengganu 2004?
Mengapa Harun Din tidak bermimpi Nabi SAW yang memberi amaran akan jatuhnya Terengganu 2004?
Barangkali makhluk di langit sudah pun jelak dengan sikap dan perangai Haji Hadi Awang. Tiada malaikat yang suka manusia yang engkar janji dan sombong.
Sanggup tolak pelawaan Mat SAid dan kekalkan kerajaan UMNO di Terengganu semata-mata kerana istana mahukan Dr Syed Azman sebagai MB dan bukan dia.
TULANG BESI
ps Dengar cerita Dewan Ulama PAS Kedah memohon Haji Hadi menukar Ustaz Azizan tapi memorandum mereka dikhabarkan dikoyak oleh Haji Hadi dan dibuang tong sampah
Harun Din Yang Mula2 Bawa Najis UMNO Ke Dalam PAS (Bukti Rakaman)
Tulang Besi ada mendapat serangan dari seorang di Facebook bernama Mohd Shahir Abu Hasan. Mulanya dia panggil Tulang Besi sebar fitnah. Besoknya dia ubah cerita pulak. Dia tuduh Tulang Besi dedah maklumat rahsia AJK PAS Pusat serta Majlis Syura Ulama PAS. Sdr Mohd Shahir ini rupanya bekas anak murid Ustaz Harun Din di Darul Syifa.
Rasanya bukan Mohd Shahir sorang saja yang terkejut. Ramai juga terkejut bagaimana Ustaz Harun Din boleh terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM ini.
Di sini Tulang Besi ingin menyiarkan semula rakaman ucapan Ustaz Nasa berkaitan peranan Ustaz Harun Din di dalam membawa kepada perpecahan di dalam PAS dalam projek UG1 dahulu. Sila pergi ke minit 04:15 sehingga minit 06:00.
(minit 04:15)“Until the 31st April 2008 ada mesyuarat Majlis Syura Ulama. Dalam masa tempoh sebulan daripada Mac 08 sampai April 08 rupanya Ustaz Harun Din tak duduk diam. Dia study the political scenario within ourselves. Kita dah mula Nampak perkembangan2 di Selangor. Walaupun baru tempoh sebulan. Kita dah mula Nampak kita dah dengar cerita di Penang.
Ustaz HArun Din came up with a paper. Paper tu bertajuk “Tahaluf Siyasi dalam pasca Pilihanraya Umum ke 12”. Dia bagi konsep syarak apa itu dipanggil tahaluf siyasi and contemporary political situation. On that paper dia menyebut beberapa option. Salah satu dari option yg perlu diambil oleh PAS ialah mengadakan perbincangan dengan UMNO. For the sake of Islam sebab kita lihat ada benda yang ada pada UMNO dan ada benda yang ada pada kita tiada pada UMNO.
Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam.
Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO"(minit 06:00) ”
Ertinya, tanpa sebab atau alasan munasabah, Ustaz Harun Din telah pun berkempen mahukan PAS mengadakan hubungan belakang dengan UMNO bermula dengan dialog ataupun perbincangan. Partai2 politik tidak akan mengadakan perbincangan untuk saja2 berbincang. Setiap perbincangan pasti akan ada natijah dan keputusannya.
Dengan kata lain, baru lepas sebulan kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan, Harun Din telah pun mencadangkan PAS mengadakan hubungan (tidak kira rasmi atau tidak rasmi) dengan UMNO. Ini adalah kata2 yang datang dari Nasaruddin sendiri dan bukannya dakwaan orang2 yang tidak dikenali. Jelas, Harun Din bertanggungjawab terhadap perjumpaan dalam gelap serta perpecahan dalaman PAS yang berlaku selepas itu. Empat tahun kebelakangan ini dihabiskan berperang dengan puak2 dalam PAS yang mahukan PAS bersama dengan UMNO.
Maka, kalau Harun Din menjadi penaja kepada perbincangan dalam gelap serta kerajaang perpaduang dahulu, jangan lah terkejut kalau Harun Din juga boleh terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM. Malahan, mereka2 yang terlibat dalam konspirasi berjumpa dalam gelap dengan UMNO tempohari adalah yang sama terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM.
Tulang Besi sendiri berpendapat Ustaz Harun Din ini adalah duri dalam daging di dalam PAS. Kehadziran beliau di dalam PAS hanya membawa kerugian serta perpecahan dan tiada untungnya beliau bersama PAS.
TULANG BESI
ps ada beberapa penipuan dalam ucapan Ustaz Nasa itu:
1.0 Kertas kerja Ustaz Harun Din itu tidak pernah diluluskan oleh Majlis Syura. Kalau ia pernah diluluskan, mengapa setelah berita perjumpaan dalam gelap pecah, terpaksa diaadakan mesyuarat Syura di JKR 10 bersama Tok Guru Nik Aziz.
2.0 Yang dikatakan "Keputusan Syura" membenarkan perjumpaan dalam gelap dengan UMNO juga adalah pembohongan. Permintaan beberapa AJK PAS Pusat untuk melihat MINIT MESYUARAT SYURA sebagai bukti keputusan itu juga sehingga hari ini tidak pernah ditunaikan
3.0 Kita tidak faham apa perlunya pertemuan dengan UMNO sedangkan kerajaan PR baru umurnya sebulan lebih Sudah tentulah banyak kelemahan dan ketidak serasian yang berlaku dan perlu dibetulkan secara dalaman. Apa perlunya berjumpa UMNO hanya setelah sebulan lebih sahaja kerajaan terbentuk?
4.0 Mengapa keputusan berjumpa dalam gelap dengan UMNO itu TIDAK DIKETAHUI OLEH TOK GURU NIK AZIZ SELAKU PENGERUSI MAJLIS SYURA ULAMA PAS? Namun, waktu mula2 isu itu dipecahkan oleh Pak LAh, alasan yang digunakan adalah mereka mendapat mandat dari Majlis Syura Ulama PAS.
5.0 Sedikit pun Nasa tidak bercerita mengapa perlunya bercakap dengan UMNO walaupun baru sebulan lebih PR memerintah. Hakikatnya, tiada apa2 isu yang membahayakan Islam mahupun bangsa Melayu berlaku dalam tempoh sebulan setengah itu. Yang ada hanyalah geng2 NAsa yang sudah kemaruk mahu bersenggama dengan UMNO.