Ramai pula sejak akhir akhir ini mengatakan wanita tidak layak menjadi pemimpin. Mengalahkan mufti la pulak berhujah. Pada hal ngaji pun tak sejauh mana. Inilah manusia yanghanya pandai mengkritik tapi sembab. Baca di bawah ini. Banyak pandangan pro kontra tetapi pamdagan ini adalah sesuai untuk masa dan zaman kini.
Bila hujah dah habis , diberi pula masalah lain..oooosebaba Anwar Ibrahimnak lantik isteri jadi MB..Habis Mahathir anak jadi MB tak pa pulak? Najib bukan anak PPPPPM ka dulu, tak pa pulak, Hishammuddin sepupu Najib tak pa pulakya....Oooooo tarak baca punya orang. Tak sokong PR tak pa, tak mengundi pakatan tak apa.. Tapi kalau kau undi Umno apasal la dok sibuk rumahtangga PR pulak?
Kononnya Anwar nak guna duit 3 Billion,dan yang paling tragis sekali ialah nak beli ADUN DAN AHLI PARLIMEN BN.Nah lagi hebat...Kalau cam tu 53% rakyat yang undi pada pilihanraya lalu, sudah tentu lah suka, cara mudah nak beli ahli parlimen BN yang senang dirasuah?
Habis yang lingkup berpuluh puloh billion projek mega dan salah urus tahunan tak kcoh pulak?
http://chegubard.blogspot.com/2012/09/senarai-sebahagian-kecil-dari.html
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat.
Antara hujjah Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dan mereka yang mempersetujui keharusan ini adalah seperti berikut :-
1.
Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis,
digambarkan sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang
berwibawa serta mampu membawa kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat.
Firman Allah SWT:
قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد والأمر إليك فانظري ماذا تأمرين (النمل :33)
قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان لله رب العالمين (النمل: 44)
Mafhum
: Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami
serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi
Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini
aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman” ( An-Naml 33 dan
44)
2. Mempersoalkan sifat umum pada hadith riwayat Bukhari tadi dengan hujjah :
a.
Beliau menyatakan bahawa perkara menggunakan umum hadith untuk melarang
kepimpinan dari kalangan wanita adalah tidak disepakati sepenuhnya.
Selain itu, sekiranya ia diambil dengan pengertian umum lafaz sahaja
maka akan bertentangan dengan kisah tawladan Ratu Balqis sebagai
pemimpin tertinggi yang berjaya. Ratu Balqis digambarkan oleh Allah
sebagai berkata :
قالت ياأيها الملأ أفتوني في أمري ما كنت قاطعة أمرا حتى تشهدوني(32)
Mafhum
: “Wahai pembesar berikanlah pandangan kepadaku dalam urusan ini, aku
tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi
pendapat dan mempersetujuinya” ( An-Naml 32)
b.
Mengambil kaedah fiqhiyyah العادة محكمة dan bersandarkan kepada fiqh
waqi’ , reality hari ini kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang
banyak untuk negara malah adakalanya lebih daripada lelaki, bahkan
mereka juga ada yang lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding
lelaki.
Ini
bermakna, kita perlu memahami hadith dan sunnah fi’liyah Rasulullah SAW
berdasarkan ‘mulabasat’ atau suasana zaman dan kemampuan wanita ketika
itu. Hasilnya, Al-Qaradhawi seolah-olah cuba memberi isyarat di sini,
bahawa isu hukum kepimpinan wanita adalah isu furu’ yang boleh berubah
menurut peredaran zaman, apa yang penting adalah syarat KEMAMPUAN DARI
PELBAGAI SUDUT tanpa menjadikan JANTINA SEBAGAI PUNCA PERBEZAAN UTAMA
DAN KELAYAKAN.
3.
Hadith tadi juga memberi kefahaman bahawa ketika wujudnya Khilafah
Islamiyyah, wanita memang kelihatan amat kurang sesuai menjadi imamah
uzma iaitu khalifah walaupun di ketika zaman ini. Hal ini sememangnya
disepakati larangannya, tetapi selepas ketiadaan khilafah tahun 1924 M,
sebahagian ulama’ telah meng‘qias’ kan kepimpinan ratu Balqis sebagai
Presiden yang punyai kuasa dalam memberi persetujuan terhadap sebarang
pelaksanaan dasar. Justeru, dalam ketiadaan khilafah, negara-negara umat
Islam hanyalah bertaraf seperti Gabenor di wilayah yang terhad.
Sehubungan dengan itu, wanita boleh memegang jawatan menteri, Qadhi atau
lain-lain.
4.
Dalam masyarakat di bawah system demokrasi hari ini, apabila wanita
dilantik ke jawatan kementerian, Parlimen, Pentadbiran atau lainnya, ia
tidak bermakna ia memegang jawatan ini secara veto, hakikatnya ia adalah
kepimpinan secara kolektif, yang mempunyai sebuah institusi dalam
menentukan tindakan. Justeru, menurut al-Qaradhawi, ia tidak
bertentangan dengan Hadtih walau menurut apa jua tafsiran.